Wednesday, August 29, 2012

Hu-hu selamat tinggal Mersing...

Hampir sebulan setengah anak aku berehat di rumah setelah menjalani pembedahan membuang sebahagian usus yang rosak. Alhamdulillah secara zahir  beliau  nampaknya telah pulih, walaupun luka didalam perut tidaklah pula diketahui keadaan sebenar..Kesan luka pembedahan disebelah luar telah sembuh sepenuhnya. Temujanji dengan doktor pada 14 September 2012 nanti mungkin akan mendapat gambaran lebih jelas akan keadaan kesihatan sebenar beliau.

Anak aku nampaknya dah tak menyabar untuk mendaftar semula ke sekolah, dan aku pun sebenarnya dah tak menyabar nak menghantar dia balik semula ke sekolah. Sekarang ini dia sedang bercuti sakit lagi. Naik rimas bila anak tidak bersekolah..selimut dan bantal lebih rapat menjadi teman berbanding buku pelajaran...Selepas subuh, kalau tak dikejut alamat waktu zuhor baru nak celik mata..langsung tidak disentuh buku pelajaran...celik mata menghadap buku maya ...Facebook...ishh

Lagi tak menyabar sebab anak aku dapat pindah sekolah baru..MRSM FELDA, Trolak Perak..Jarak dengan rumah pun tak jauh dalam sejam perjalanan... Walaupun pada asalnya dimaklumkan oleh pihak MARA, MRSM berhampiran seperti MRSM Kuala Kubu, Selangor, MRSM Lenggong, MRSM Serting Negeri Sembilan, MRSM di Melaka, hatta MRSM Felda , Trolak  tiada kekosongan..pendek kata semua MRSM..tiada kekosongan! tapi aku skeptikal..mana mungkin dengan alasan kukuh yang kami ada begitu mudah permohonan kami ditolak...MARA kini mengambil pendekatan tidak melayan sebarang pertukaran sekolah sebenarnya...


Anak aku memerlukan perhatian rapi keluarga sekurang-kurangnya untuk 6 bulan pertama selepas pembedahan...makanan perlu berpantang, ubat-ubatan perlu diberi perhatian ..jika dia disekolahkan berhampiran dengan keluarga akan  lebih mudah kami melawatnya  dihujung minggu. disamping itu lebih mudah  membawa keluar untuk membuat rawatan susulan jika perlu.. Demi kebaikan pihak sekolah juga sebenarnya.



Aku mengambil inisiatif berjumpa sendiri dengan pihak sekolah, walaupun aku tahu tindakan aku itu tidak mengikut saluran yang betul...,   MRSM paling berhampiran dengan tempat aku adalah MRSM Kuala Kubu Bharu, Selangor dan MRSM FELDA, Trolak Perak.. Aku ingin berbicara dari hati ke hati dengan pihak sekolah tentang masalah kami..bukan saja-saja ingin bertukar sekolah. Jika bukan masalah kesihatan, aku tidak akan merayu sedemikian rupa...Aku nyatakan, anak-anak aku yang lain semuanya sekolah berjauhan...sulong di Kuantan, Pahang, kedua di Pasir Salak, Perak, ..ke empat di Besut Trengganu, dan jika sihat nescaya anak kelima ini aku biarkan saja bersekolah di Mersing Johor..Hanya anak aku ke tiga sekolah berasrama berdekatan dengan rumah.

Hasil pertemuan, sebenarnya tiada masalah untuk pihak sekolah menempatkan  pelajar yang menghadapi masalah kesihatan seperti anak aku..Mereka akan patuh dengan arahan. sekiranya pihak ibupejabat memutuskan untuk menghatar anak aku ke sekolah tersebut, Tidak timbul masalah penuh sehingga langsung tiada ruang untuk berbincang...Setelah bertemu dengan kedua-dua pihak sekolah, aku berjumpa semula dengan pegawai di ibupejabat mara tingkat 19, aku memutuskan untuk memindahkan anak aku ke MRSM, Trolak. dan Alhamdulillah permohonan aku diterima..Anak aku akan mendaftar pada Isnin, 3 September 2012 depan..

Hu-hu selamat tinggal Mersing dan tunggu kehadiran kami Tolak...









4 comments:

  1. Semoga segala urusan dipermudahkan. Amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah setakat ini semuanya berjalan lancar, anak saya pun dah siap berkemas dengan segala barangan untuk dibawa ke asrama...

      Delete
  2. ABN...Cerita ride mersing dengan topik berbezalah nampaknya..he he..

    ReplyDelete