Friday, August 10, 2012

Jom Meriahkan Akhir Ramadhan...

Ramadhan menghampiri penghujungnya. Alhamdulillah kehadiran jemaah di masjid taman aku untuk berterawih nampaknya walaupun berkurangan tapi masih lagi 3/4 penuh berbanding di awal Ramadhan. Tazkirah yang disampaikan saban malam barangkali meninggalkan kesan dihati sanubari pendengar. Namun alangkah bagus sekiranya kesedaran ini turut diterjemahkan untuk solat 5 waktu bukan saja di bulan Ramadhan bahkan terbawa-bawa sehingga di luar Ramadhan nanti. Kalaupun tidak dapat berjemaah di masjid kariah masing-masing kerana berada di tempat kerja, elok saja berkunjung ke masjid-masjid berdekatan tempat kerja. Nabi sudah menjanjikan golongan pemuda/orangramai yang hatinya sentiasa terpaut kepada masjid-masjid akan terlepas dari kepayahan maha dahsyat di Mahsyar nanti.

Dan lagi aku terbaca solat berjemaah amat baik untuk kesihatan..Wow..! Mengapa dan bagaimana, artikel berikut mungkin membantu..Klik Sini

Sempena di penghujung Ramadhan ini elok rasanya kita mengambil kesempatan mencari redha Allah dengan menghidupkan malam-malam terakhir dengan perbanyakkan solat malam-solat tahajud, solat taubat, solat hajat, berzikir dsb..Buatlah solat yang ringkas tapi istiqamah adalah lebih baik dari berhangat-hangat taik ayam..Boleh kot kita bertekad mengorbankan sedikit tidur malam untuk mendapat redha Illahi. Aku ingatkan untuk diri aku juga. Dulu kalau bola Euro2012 atau sekarang Olimpik2012 kita boleh bersengkang mata, kenapa  tidak di malam sepuluh akhir Ramadhan ini. Banyak pihak masjid-masjid kini  menganjurkan qiyamulail. Elok rasanya kita turut serta.. Mana tau dipertemukan dengan Lailatul Qadar, malam yang lebih baik dari seribuu bulan

Ya Allah berilah kami kekuatan untuk mencari redhaMu...Amin..

No comments:

Post a Comment