Hampir seminggu aku tak menjengah blog ini. Mempunyai urusan dikampung. Entah kebetulan atau suratan sewaktu aku bermalam dikampung, abang aku mengalami komplikasi kekurangan gula dalam badan yang kronik. Aku tak dapat bayangkan apa akan terjadi sekiranya aku tiada di rumah ketika itu. Abang aku yang menghidap diabetis, tinggal bersama ibu dan ayah yang telah berumur. 2 hari berulang alik ke hospital menguruskan beliau dihospital.
Balik ke KL, terima berita pula sahabat motor aku kembali ke rahmatullah pada Rabu 15 Ogos 2012 akibat barah hati. Jenazah telah dikebumikan pada hari yang sama selepas solat isya di Tanah Perkuburan Islam Bandar Country Homes. Rawang..Ahad sebelum itu sempat kami menziarahi beliau di Sime Darby Medical Centre Subang Jaya. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan tergolong dalam golongan orang beriman.
Korang bayangkan bulan-bulan kebelakangan ini hospital menjadi tempat aku berulang alik. Menguruskan anak, abang dan menziarahi teman yang terlantar dihospital betul-betul menginsafkan aku...Bila berada dihospital, dapatlah melihat ragam pesakit tak kira tua atau muda ..juga dapat melihat insan-insan ceria menerima kehadiran orang baru... dalam masa sama berkesempatan juga melihat waris-waris meratap hiba bila insan tersayang pergi untuk selamanya...
Beginilah kehidupan.. Insan datang dan pergi..Aku teringat dimusim-musim perayaan sebegini. Di waktu petang setelah ayam memasuki reban segera kami mengunci pintu reban supaya senang kami menangkap ayam untuk disembelih..Kadangkala ayam yang ingin disembelih berjaya melepaskan diri..Sememangnya telah dihajatkan ayam akan disembelih maka kami adik beradik akan mengejar ayam tersebut ..kejar dan kejar..berapa lama ayam tersebut mampu bertahan yang akhirnya kepenatan dan berjaya ditangkap...Maka tamatlah riwayat ayam tersebut..Begitu juga dengan hidup kita manusia...Bila telah tiba waktu tersebut malaikat Izrael tetap akan menghambat dan menyabut nyawa samada bersedia atau tidak...tidak akan tertangguh walau sesaat...Penyakit-penyakit yang menimpa hanyalah assebab, padahal itu semua peringatan kepada kita..hidup ini hanya sementara...Semua orang pasti akan menjejaki insan-insan yang telah kembali ke alam satu lagi...
Oklah geng, tak terlalu awal rasanya untuk mengucapkan Selamat Hariraya Aidilfitri. Maaf zahir Batin..mana tau sepanjang aku menulis ada tulisan yang menyinggung perasaan anda sekalian. Ramai yang telah mula bercuti dan meninggalkan kota menuju ke desa.
Mulakan dengan Bismillah..semoga selamat perjalanan.

Selamat Hari Raya Kang. Mahap zahir batin..saya baru sampai dari kampung di Pahang, bermotosikal. Melihat keletah gembira Anak Bawah Umur melenjan motor ayah mereka pergi beraya, tanpa helmet dan pakaian menunggang. Whelie di jalanraya, menunggang dengan laju. Tidakkah mereka terfikir implikasi ke atas keluarga yang ditinggalkan sekiranya berlaku apa apa ke atas mereka di hari lebaran ini? Nauzubillahiminzalik!
ReplyDeletekulit bebudak sekarang sekeras kulit kerbau..itu pasal mereka berani whellie atas jalanraya ...selamat hariraya juga kepada ABN...
ReplyDelete