"Asalamualaikum..asalamualaikum...!..Ciik...kami datang nak beraya..."..!.
Ucapan salam sebegini akan kerap berkumandang di hadapan pagar rumah anda, mungkin untuk 1-2 minggu lagi...3-4 orang anak anak kecil minta izin untuk beraya...Beraya sambil mengharapkan duit raya sebenarnya...Orang nak beraya takkan ditolak..lagipun tetamu datang membawa rahmat...Bila dah didalam suka aku korek rahsia bebudak ini..duduk mana..? makayah kerja dimana...dah beraya rumah keberapa bla..bla..dan tak lupa aku tanya..rajin solat tak...? dan sedihnya jawapan yang diterima hampir sama...kadang-kadang ...solat subuh apatah lagi..., dan secara jujur ada yang menjawab, mak ayah pun ada yang tak solat...
Bila fikir-fikir apa bezanya kita dengan orang bukan islam, kalau solat sebagai tiang agama pun langsung kita tak ambil peduli. Kalau beginilah senarionya tak hairanlah gejala sosial dikalangan orang islam semakin membarah...kecurian, ragut, rogol, buang anak bunuh diri dsb semakin membimbangkan. Solat sebagai benteng utama telah dirobohkan. Budak budak kecil meniru apa yang digambarkan oleh makayah mereka. Kalau makayah selewat jam 7 pagi masih berselubung dalam selimut, jangan harap anak anak kecil akan bangun lebih awal dari itu...
Aku bimbang sebenarnya..sebagai ayah kepada anak-anak yang sedang membesar apalah sangat yang boleh kami buat...dihadapan mata bolehlah membebel, tetapi bila berjauhan, pergaulan dan persekitaran sangat membentuk peribadi anak-anak...dan sungguh malang persekitaran sekarang dikelilingi dengan remaja-remaja yang kurang menitikberatkan solat...seteguh mana iman seseorang akan terhakis jua sekiranya sentiasa dikelilingi oleh anasir-anasir negatif ...
" Oklah pakcik kami nak balik...kami nak taubat...".. Pergh...bebudak nih ! entah faham entah tidak apa yang diucapkan...
Jomlah mak ayah. Kita mainkan peranan masing-masing . Insyaallah masyarakat dan persekitaran kita akan menjadi lebih selamat..Amin...

Itu mcm Aku jer yg Sebut nak beraya masa kecik2 dulu.. Hik3
ReplyDeletelepas dpt duit raya terus cabut...ha ha..
DeleteSelamat hari raya Kang. Mohon maaf zahir batin.
ReplyDeletesama-sama AD
Delete