Wednesday, September 5, 2012

Bila tinggal di rumah tinggi...

JOHOR BAHRU – Seorang kanak-kanak lelaki meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah (HSA) semalam selepas tiga hari bertarung nyawa akibat kecederaan parah di kepala kerana tertusuk buluh penyidai pakaian yang terjatuh dari sebuah rumah di Flat Sri Tanjung, Taman Kempas Permai di sini...Berita selanjutnya boleh diakses di. Kosmo online

Salam takziah kepada keluarga mangsa kerana adik Muhammad Alias menjadi korban hasil kecuaian orang  lain.

Sedang memandu kereta mendengar berita di atas, semasa makan pula terbaca artikel di akhbar Utusan Malaysia perihal rakyat Malaysia tersenarai antara terbiadab di dunia hasil kajian majalah Reader's Digest...Sejauh mana kesahihan kajian itu wallahualam...argh apa nak jadi dengan kita...Kes di atas barangkali tak disengajakan. Kesalahan penghuni itu barangkali tidak mengikat kayu penyidai dengan kemas..Duduk pulak ditingkat 12 dimana tiupan angin pastinya sentiasa kencang... tidak sepatutnya penghuni tersebut menggunakan buluh untuk menyidai pakaian. Bukankah  penyidai pakaian biasanya menggunakan dawai/wayar yang direntang pada braket besi. Aku dulu semasa baru-baru kahwin pun pernah tinggal di flat juga...

Jika benar kes di atas tidak disengajakan bolehlah sedikit dimaafkan..Namun perangai buruk berikut langsung tidak  boleh dimaafkan-Sesetengah penghuni sengaja melontar objek-objek buangan dari unit kediaman masing-masing ke tempat pembuangan sampah. Penghuni sebegini memang tolol setolol-tololnya...! Kekadang bukan bahan buangan kecil yang dilempar, barang sebesar perabut, tilam dsb turut dilempar keluar melalui tingkap...goblok peringkat tertinggi nih..!...Kesedaran sivik langsung tiada.

Baru-baru ini nyaris terjadi tragedi serupa kepada penyewa flat aku di Shah Alam. Kalau kejadian di JB batang buloh melayang dari tingkat 12, peristiwa di Shah Alam botol kaca yang dilempar dari tingkat 13 nyaris terhempas ke atas kepala anak penyewa yang kebetulan baru keluar dari kereta.. Penghuni bahalol itu melempar botol ke tempat buangan sampah tapi tersasar dari tempat buangan lalu jatuh ke tempat parkir kenderaan.. Akibat peristiwa itu  aku kehilangan penyewa yang setia membayar sewa. Tidak mengapalah, penyewa boleh dicari ganti...kalau nyawa terbang tempoh hari, nescaya bertambah lagi statistik korban gara-gara tindakan bodoh segelintir manuasia yang terlalu mementingkan diri sendiri ..

Wahai penghuni kediaman tinggi, gunalah otak sebelum membaling apa-apa objek keluar dari kediaman anda...jangan bikin malu penghuni bangunan tinggi  lain atas tindakan bodoh anda...Anda mampu mengubahnya...




4 comments:

  1. Bila tinggal di rumah tinggi... kesedaran sivik pun kena tinggi juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tp yg letih en anif, duduk saja tempat tinggi, cara pemikiran masih rendah...

      Delete
  2. hoho.. tahap panas sampai ke kepala jugak dgr berita
    mcm nih.. naper le tak ikat rapi atau guna dawai yang
    lebih selamat..

    Al fatihahuntuk adik Muhamad Alias..

    ReplyDelete
    Replies
    1. taktaulah NM, apakah ampaian terlalu kecil sehingga perlukan buluh tambahan untuk menyidai pakaian...

      Delete