Kesah di Trg bapa menyaman anak kerana mengabaikan nafkah terhadapnya dan 2 orang cucunya.. Kesah yang paling hampir dengan aku melibatkan seorang rakan yang rapat, seorang anak menyaman bapak kerana tidak berpuashati pengagihan harta pusaka. Dalam kes pertama bagi aku adalah wajar. dan dalam kes kedua pada pandangan aku tersangat kurang ajar. Dalam kes kedua ini walaupun pelbagai alasan diberikan, sebagai rakan aku tetap berpendapat tindakannya adalah salah...tapi aku hanya mampu sesekali bersuara dan selebihnya menjadi pendengar yang setia..
Dalam kedua-dua kes melibatkan anak dan bapak . Apa nak jadi dengan kita erk..? Masing-masing sanggup berpatah arang, merungkaikan ikatan kekeluargaan. Pembahagian harta pusaka ni memang cukup sensitif. Kebiasaannya jika lapisan generasi pertama tiada masalah, kekadang generasi berikutnya pulak yang membawa masalah...Api semakin marak bila pasangan , ipar duai adik beradik dsb berbeza pendapat dan menyebelahi regu pilihan. Mungkin kes sebegini sudah banyak berlaku dahulu, tapi kurang pendedahan dan sikap malu membataskan tindakan mereka yang bertelagah..Tapi kini saluran mahkamah terbuka sudah menjadi pilihan dan masing-masing bersedia membogelkan keaiban lawan hatta antara makayah dan anak...! Adakah si anak sudah hilang rasa takut digelar siTanggang., kesah tauladan yang sering dipaparkan apabila si anak mendapat bala didunia lagi...wallahualam...
Hidup ibarat roda. Apa yang kita lakukan terhadap orang lain akan kembali kepada kita bila tiba masanya nanti. samada disedari atau tidak...Renonglah sejenak, mungkinkah setiap ujian yang berlaku terhadap kita, tak kesahlah kita dipihak mana, adalah hasil tindakan kita terdahulu...Jom fikir-fikirkan...
Semoga kita terhindar dari ujian yang berat..Amin

Bagi aku, si anak tidak wajar menyaman bapa kerana tidak memberi harta pusaka kerana harta tersebut adalah milik si bapa sepenuhnya sebelum si bapa meninggal dunia.
ReplyDeletesetuju dengan alan....
DeleteAlan & Faizal, harta bro...kekadang yag jd masalah adalah org sekeliling terutamanya pasangan..kuat cucuk jarummm...hu hu..
ReplyDelete