Tuesday, October 23, 2012

MotoGP3- Lagi Berani Berbeza...

Aku terkilan kerana tidak dapat melihat aksi hebat pelumba negara Zulfahmi dan Hafiz secara langsung di litar atau tv kerana menghadiri seminar di Shah Alam Ahad lepas. Perkembangan hanya diketahui melalui laman social Fb. Lagi tak senang duduk bila mengetahui Zulfahmi menduduki tempat kedua..nyaris mengungguli perlumbaan tapi dipintas diselekoh akhir oleh juara dunia baru motogp3 Cortese...Aku teruja menyaksikan kejayaan beliau meraikan kemenangan dipodium dan sidang akhbar sesudah perlumbaan.

Syabas dan tahniah kepada anak muda ini kerana berani berbeza. Dia tidak terikut-ikut menggoncang champangne. Tindakan itu pasti memberi mesej yang jelas kepada penganjur dan dunia supaya menghormati hak-hak orang islam dalam meraikan kejayaan.  Aku rasa dia  pelumba pertama didunia yang tidak meraikan kejayaan sedemikian rupa...Sesudah badan bolasepak di England berhasrat mengkaji semula kaedah meraikan  pemenang beragama islam selepas insiden Yaya Taure menolak pemberian champangne, mungkinkah penganjur GP turut mengambil langkah yang sama...Aku pernah menulis   perkara ini dalam artikel terdahulu  Berani Berbeza...BACA DISINI

Yang kedua, sidang akhbar sesudah perlumbaan...sehingga kini aku belum dapat melihat sidang akhbar tersebut...kepada sesiapa yang memiliki link tersebut diharap dapat berkongsi bersama. Aku yakin Zulfahmi tidak bermasalah untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris....menolak anggapan sesetengah pihak untuk berjaya dan maju mesti mahir berbahasa Inggeris dahulu... Kalau pun tidak boleh berbahasa Inggeris  apa masalah..? .Dulu semasa pelumba Jepun berada dipuncak mereka menggunakan khidmat penterjemah...Aku yakin kalau dijadikan prasyarat mesti berkemahiran berbahasa Inggeris sebelum menjadi pelumba, ramai mat-mat rempit yang berbakat mula menjauhkan diri untuk menjadi pelumba handalan.

Pada aku kemahiran berbahasa Inggeris adalah keperluan yang boleh dipelajari BILA PERLU...Jika tiada keperluan kenapa mesti diminta semua orang fasih dan mahir  berbahasa Inggeris konon-kononnya untuk maju...sehingga perlu dirombak sistem pendidikan melalui PPMSI seketika dulu.  Pada aku pendedahan dan peluang perlu diberi keutamaan dalam bahasa yang mudah difahami masyarakat supaya tiada pihak yang keciciran....Kemahiran dalam bahasa lain boleh dipelajari bila keperluan timbul...Itu saja..

Sempena Eidul Adha yang bakal menjelang..Selamat Hariraya Eidul Adha...Tahun ni aku, isteri dan beberapa teman beraya di Hothot, China...he he..Berziarah saudara seagama disana ...23-29hb Oktober 2012..Semoga selamat pergi dan kembali..Amin..

3 comments:

  1. Owh My English....hehehe.
    Tahniah ZulFahmi dan Hafez Syahrin!
    Selamat hari raya AidilAdha Kang..Enjoy Holiday!

    ReplyDelete
  2. t.kasih sdr sdri...jmp disana okey..

    ReplyDelete