Kami bertolak ke Huehot yang berjarak lebih kurang 600km dari Beijing menaiki keretapi malam...
Seawal 7 malam kami telah berada di stesen keretapi Beijing. Pengangkutan awam memang popular disini dinilai dari jumlah penumpang yang memenuhi ruang stesen dan paparan jadual perjalanan yang sibuk ke segenap destinasi. Bagaimanalah agaknya situasi distesen ini sewaktu olimpik dulu, sedangkan dalam hari-hari biasa pun keadaan adalah hiruk pikuk..
Aku kagum dengan keadaan keretapi disini...Coach berkeadaan bersih luar dan dalam. Bilik-bilik di gerabak kelas pertama dikongsi empat orang. Tiket untuk ke Huehot kelas pertama bernilai 200yuan bersamaan RM100, .
Tak silap, ini kali ke 3 aku menaiki keretapi jarak jauh sambil bermalam dalam gerabak...Kelebihan perjalanan sebelah malam, walaupun masa perjalanan panjang tapi tidak membosankan kerana sebaik naik katil, mata seolah tak menyabar untuk membuta..haha..penaat beb..Aku ada terbaca perihal pengembara solo negara, seorang wanita merentasi asia bermula dari Russia sehingga ke Malaysia menaiki keretapi. .Pergh... Ini yang sedang aku angan-angankan..alangkah syoknya mengembara sambil berbasikal disiang hari menghayati pemandangan dan sausana .., sebelah malam cari saja keretapi malam untuk perjalanan seterusnya..mungkin lebih menjimatkan masa dan duit kot...
Perjalanan mengambil masa selama 8 jam..Pukul 7 pagi kami tiba di Stesen Huehot ..
Seingat aku 20 tahun dulu, ramai yang tercengang bila diberitahu nama Malaysia..tapi kini hampir setiap ceruk tempat yang dilawati ramai yang mengenali Malaysia...dan sekarang terasa pelik sekiranya orang tidak mengenali Malaysia....Pakcik disebelah segera menunjukkan isyarat bagus dan menerpa kami bila diberitahu kami dari Malaysia..
"Gooder..gooder.. Malaysia gooder..." he he jelas kepelatan cinanya..
Ikuti sambungan coretan ke Grassland esok..difahamkan Inner Monggolia adalah pembekal utama produk tenusu China, membekalkan lebih 60peratus keperluan seluruh China...
malaysia boleh ..gooder
ReplyDeleteha ha..mana video..kata nak upload hj ali...?
ReplyDelete