Monday, November 12, 2012

Konvoi 1MBW-Overview...


He he gambar wa turut terpapar didada akhbar..tiga dari kiri barisan depan....BOS Rosli Kadir kiri sekali, Ar Mastor, wa, Pak Usop (klon Johan Jaafar-jgn tak tau ramai yang terkeliru menyangkakan PakUsop adalah Johan Jaafar hatta dikalangan anggota media prima sendiri..!), Dr Ikhwan, Azman JO sm Khaidir...

6H5M keseluruhan hari terlibat dalam menjayakan konvoi 1MBW. Bermula di Johor Bahru pada 6hb Nov dan berakhir pada 11 Nov 2012 di Putrajaya. Pelepasan konvoi telah disempurnakan oleh DYMM Sultan Johor. Rekod baru tercipta dalam Malaysian Book Of Record sebagai konvoi teramai iaitu sebanyak 438 buah motorsikal tidak termasuk kenderaan sokongan lain. Berbanding peserta konvoi lain yang mengikuti pergerakan konvoi utama,  aku berada dalam konvoi seketariat  dibahagian logistik,  bergerak berasingan dari konvoi utama memastikan pergerakan peserta  bergerak lancar semasa mengisi minyak di stesen minyak terpilih.. Oleh kerana pergerakan kami berbeza dengan konvoi utama, kami berpeluang menyaksikan sendiri bermula dari bahagian ekor sehinggalah ke bahagian kepala konvoi yang diterajui seorang anggota polis peneraju 10km dihadapan konvoi utama.

Mohon kemaafan kepada pengguna jalanraya lain kerana pergerakan anda terhalang setiap kali konvoi melalui jalan terlibat..Mengikut pengamatan aku tidak kurang 15-20km panjang konvoi utama saja..Dan mereka diarahkan berhenti  oleh anggota polis peneraju dan marshal 5-10 km dihadapan sebelum konvoi utama tiba ..Jadi dapat anda bayangkan betapa lamanya pengguna jalan raya lain terpaksa menunggu sebelum memulakan perjalanan semula...Harap-harap tiada kes kecemasan seperti wanita ingin bersalin atau kes-kes kecemasan lain  yang dihantar dengan kenderaan biasa  sepanjang tempoh menunggu tersebut...

Perjalanan terjauh adalah pada hari pertama sepanjang 540km dari JB ke Kuantan Pahang melalui Merlimau, Melaka dan Bahau Negeri Sembilan sebelum menuju Muadzam Shah di Pahang dan terus ke Kuantan. Secara keseluruhan keadaan cuaca adalah baik. Konvoi direnjis air hujan pada hari ke 4 dalam perjalanan dari Jeli ke Gerik dan disimbahi hujan setibanya di Ijok membawa ke Kuala Lumpur pada hari ke 5 konvoi...Secara amnya pergerakan konvoi adalah lancar hanya sedikit dicemari insiden kemalangan ahli seketeriat di Grik bilamana berlanggar dengan kenderaan awam yang tetiba keluar dari simpang dan kemalangan yang melibatkan  seorang anggota polis peneraju  di Lekir Perak. berlangar dengan lori ais yang terus menerjah walaupun diarahkan berhenti..Walaupun motorsikal anggota polis mengalami kerosakan teruk dan sedikit kerosakan pada motorsikal ahli seketariat, namun anggota polis dan ahli seketariat tidak mengalami kecederaan.

Secara peribadi aku tabik kepada pihak penganjur kerana berjaya menjayakan konvoi sebesar ini. Walaupun terdapat sedikit rungutan dikalangan peserta tapi keseluruhannya berjaya...Aku pun nak ucapkan terimakasih kepada BOS  Rosli Abd Kadir, he he kerana mendaftarkan aku dikelompok seketariat..Walaupun terpaksa  berkerja untuk keselesaan peserta, tapi kami mempunyai keistimewaan...Lesen besar beb bergerak sana sini keluar masuk konvoi...kami tak guna protokol...ada seketika anggota polis pengiring membawa kami sehingga ke barisan vvip kerana menjaga protokol..tapi tidak bagi kami yang terus membesit meninggalkan asap kepada semua peserta   ha ha..Jumpa kami di stesen minyak ok...!

ikuti coretan lain di entry akan datang...


3 comments:

  1. Wah!! Famous Kang..masuk paper. Best kan konvoi secara besar besaran gini? Berapa speeding konvoi nie yer kang?

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. famous syok sendiri saja ABN, bukan ada org kenal pun..biasalah dalam konvoi besar kelajuan dalam 60-90km/jam saja...bila di highway lajulah sikit...

      Delete