Melepasi saja sempadan Thailand memasuki Malaysia, terima mesej dari kawan mengajak berkayuh di Cameron Highland pada cuti krismas. Pergh ..aku ON, teruja berkayuh dicelah-celah rimbunan dedaun teh di tanah tinggi dalam sausana dingin. Seawal 4.30 pagi 25hb Disember 2012, aku dah bersiap sedia untuk ke sana.
Dalam pada aku memasuki kereta untuk memulakan perjalanan mengambil kawan yang sedang menunggu di taman berhampiran, aku menerima panggilan. Selalunya panggilan seawal pagi begini memang mendebarkan, tapi tidak kali ini kerana menyangkakan kawan yang sedang menunggu membuat panggilan. Rupanya bukan... Jiran yang tinggal setaman tapi dilorong berbeza pula yang memanggil.
Sah, panggilan kecemasan. Beliau meminta aku menemankan ke Rumah mayat Hospital Tapah untuk mengecam mayat yang terlibat dalam kemalangan motorsikal di Lebuhraya PLUS . Anak mangsa bersahabat baik dengan anak jiran aku itu. Beliau yang belajar sekelas dengan anak jiran di Taylor College Subang Jaya, bergegas ke rumah jiran aku setelah menerima makluman dari pihak polis pada jam 4 pagi tentang kejadian.
Perancangan berkayuh dibatalkan. Kami terus ke Hospital Tapah dan tiba di sana jam 6.30. Memang betullah mangsa Azmi Abdul berasal dari Padang Ibul, Penanti Pulau Pinang terlibat dengan kemalangan merempuh belakang lori di lebuh raya PLUS Km 349.1 arah utara berhampiran jalan susur Sungkai jam 1 pagi 25 hb Disember 2012. Beliau yang menonggang solo skuter BMW 650 yang baru didaftarkan pada 24hb Disember menemui ajal ditempat kejadian.
Sausana pilu menyelubungi sausana dihadapan bilik mayat,.
Seberang jalan KM349.1 adalah lokasi kejadian yang dapat aku rakamkan semasa balik semula ke Kuala Lumpur. Melihat kepada lokasi kejadian yang berbukit..aku berandaian mangsa tidak sempat mengelak trailer yang mungkin mengubah haluan untuk memotong. Kejadian sebegini sering terjadi dikawasan berbukit dilebuhraya dua lorong, bilamana kenderaan dilorong kiri cuba memotong kenderaan berat dihadapan yang bergerak perlahan kerana mendaki bukit. Mungkin sewaktu trailer mengubah haluan untuk memotong kenderaan berat lain dihadapan, mangsa gagal mengawal skuternya lalu merempuh belakang trailer tersebut. Kesan lekuk pada dahi mangsa dan kecederaan teruk didada mangsa memungkinkan teori aku...
Ajal maut ditangan tuhan. . Semoga roh mangsa dirahmati. Salam takziah kepada keluarga mangsa. Al fatehah...
No comments:
Post a Comment