Tuesday, January 29, 2013

Jom Kayuh-Trek Kandang Babi...

27 Januari 2013, Isnin cuti ganti Thaipusam. Trek Kandang Babi.
Jarak 40KM

Hehe...maaflah yea sekiranya entry aku banyak cerita pasal kayuh basikal...Mana taknya bila cuti saja basikallah yang aku cari. Kebetulan sparring rider sudah bertambah, dulu aku sering berdua, tapi kini sudah mendapat 2 orang lagi kenalan  baru yang nampaknya sekufu . Kalau dulu seorang saja sering mengajak, kini beliau cuti berkayuh kerana menjalankan tugas sebagai penyelam profesional di Labuan, dua orang kenalan baru pulak  yang menjadi batu api mengajak berkayuh. 

Walaupun kesuntukan waktu kerana akan menghantar anak-anak pulang semula ke asrama di sebelah petang, awal pagi kami mengambil kesempatan meneroka trek baru. Yea trek kandang babi..sebahagian trek menelusuri jalan masuk ke pusat sembelihan? babi Top Meat berdekatan Selangor Fruit Valley.

 Trek membentuk satu loop lengkap dengan hidangan pendakian/ penurunan curam dan sederhana melalui jalan offroad dan onroad. Tasik Puteri-Country Homes-Kg Org asli-Sg Buaya-Kandang Babi Top Meat-Jalan Rawang /Btg Berjuntai. Sangat sesuai untuk riadah separa santai kerana trek yang berdekatan dengan rumah dan tempoh masa mengelilingi trek kurang 4 jam.


Pemandangan biasa ketika melalui laluan ini..oink..oink...terpaksa menahan bau babi yang menyesakkan pernafasan.. Sebab itu aku gelar Kayuhan Trek Kandang Babi...

Berbekalkan stamina yang diperolehi di sini, basikal aku akan basuh dan selubung untuk sementara waktu...tiada lagi cerita berbasikal sehuinggalah kembali dari Kembara Kemboja bermula Jumaat ini...1-16hb Febuari 2013. Doakan perjalanan kami lancar pergi dan kembali...

No comments:

Post a Comment