Monday, January 14, 2013

Jom Sutra Beach Resort Trengganu...

5-6 Jan 2012.

Siapa yang ingin membeli kereta atau motor aku pastinya termenung sejenak samada ingin meneruskan niat atau cari saja yang lain..hehe..kepada mereka yang  obses dengan kenderaan berbatuan  rendah memang kena lupakan saja, sebab batuan motor atau kereta aku semuanya tinggi belaka...Padahal jika difikirkan secara resional, batuan yang tinggi  menggambarkan kenderaan tersebut adalah lasak dan boleh digantung harap. Paling utama selengaraan berkala mesti diutamakan insyallah kenderaan  tidak mendatangkan masalah...
                         
Kalau di Malaysia.. destinasi timur, barat, utara selatan tanahair seolah sudah menjadi rutin...sekejap menghantar, melawat, mengambil anak-anak bersekolah yang bertebaran dibumi Malaysia ini... tak cukup dengan itu meredah lagi sehingga ke negara-negara jiran..takapa demi anak-anak...

Sedar tak sedar sudah 3 tahun kami berulang alik ke MRSM Besut, Trengganu. Dan sekiranya permohonan diluluskan pihak MARA, tahun ini berpindahlah anak aku ke sekolah berhampiran sedikit dengan Selangor..Kesempatan penempatan semula pelajar ke Tingkatan 4 selain berbekalkan keputusan PMR 8A memungkinkan perpindahan itu lebih mudah..

                         

                            
Yang seronoknya bila anak-anak sekolah berjauhan di destinasi berbeza.., sambil menghantar, mengambil atau melawat kami berpeluang berkunjung ke tempat- tempat menarik. Sementelah lagi tiada anak-anak kecil yang merengek mengiringi pemergian kami, boleh saja kami singgah dimana-mana destinasi sesudah urusan anak-anak selesai...he he itulah untungnya bernikah awal...

Sesungguhnya Malaysia amat bertuah...Bumi yang indah..sebut saja apa yang tidak kita miliki....? Pantai , gunung ganang ..hutan..flora fauna, cuaca nyaman sepanjang tahun dll...semuanya kita miliki...

                           
Cuma sayang dek kerana dilimpahi dengan pelbagai keindahan, kita tidak menghargai apa yang dimiliki...pantai yang memutih dengan laut yang tenang sepanjang masa kecuali tengkujuh  tidak dieksploitasi sebaik mungkin. Orang ramai masih suka mengotori pantai. Penyelengaraan pihak berkuasa tempatan pula kurang...maka sesetengah pantai kita seolah tidak bermaya dan suram...Sudah tiba waktunya pihak berkuasa tempatan menyediakan pasukan khas menyelenggara pantai sebagaimana pasukan khas ditugaskan menyelenggara jalanraya. Berbanding pantai dinegara luar yang aku lawati , walaupun pantai disana juga cantik tapi taklah seindah yang sering diwar-warkan...


Satu lagi masalah yang perlu diberi perhatian oleh pihak berwajib adalah hakisan pantai. Tebing tebing yang meruntuh semakin  meluas dan merebak ke daratan. Bimbang-bimbang  kawasan penempatan sediada hilang ditelan air laut jika tiada tindakan pencegahan diambil. Baru-baru ini aku terbaca artikel akhbar ada daerah  rendah di Batu Pahat Johor yang dulunya kawasan penempatan  kini berada  di lautan. Hanya kesan tinggalan tapak-tapak rumah  atau jambatan yang boleh dilihat semasa air surut meninggalkan kenangan. Pastinya banyak lagi kawasan rendah seluruh dunia   mengalami nasib yang sama seperti itu...


Ada yang kata faktor semulajadi seperti  kesan pemanasan global atau pembentukan pulau-pulau baru kesan ledakan gunung berapi/gempabumi dasar laut  menyebabkan limpahan air berlebihan memenuhi kawasan rendah.. Namun faktor kemanusiaan seperti kegiatan tebus guna pantai yang berleluasa diseluruh dunia tidak boleh dipandang ringan  ..sebagai contoh dulu singapura  sekangkang kera .,  hasil tebus guna pantai, pulaunya semakin membesar... begitulah juga halnya dengan aktiviti tebus guna laut lain diseluruh dunia. Keadaan ini diburukkan lagi dengan semakin banyak kapal-kapal gergasi berada dilautan ..Kemana air yang terlempah ini ingin mengalir jika bukan ke kawasan rendah dipersisiran pantai....

Sayang sekiranya resort secantik ini turut akan tinggal kenangan...

                               

                         Walaupun terdapat usaha menghalang hakisan dari terus menghampiri kawasan bangunan, disebabkan kawasan bangunan tersangat hampir dengan laut, lambat laun akan terbentuk tanjung  atau pulau atau mungkin terus lenyap diserang ombak laut  dikawasan yang masih terdedah...huhu...

Kembali kepada fitrah..dunia adalah fana...Wallualam


No comments:

Post a Comment