9hb Feb 2013, Sabtu. Selesai pogram bersama penduduk setempat Kg Chanang, konvoi terus bergerak ke Kg Cham. Jarak perjalanan dalam 130km. Perancangan asal kami tidak akan ke Kg Cham sebaliknya akan terus menuju ke Seam Reap . Seorang ustaz yang bertugas di taman aku di Rawang bersungguh-sungguh menjemput kami ke kampongnya..kami penuhi hajat beliau itu. Ustaz Ismail yang belajar di Kelantan dan telah bertugas sebagai imam di masjid taman aku di Rawang selama lebih 7 bulan, terpaksa pulang dulu ke kampong kerana urusan permit kerja di Malaysia masih dalam proses kelulusan.
Sebahagian jalan dari Kg Chanang ke Kg Cham dalam proses baik pulih...jika dari Koh Kong ke Pnom Penh dulu jalan berdebu kerana bertanah merah, kini jalan berdebu kerana masih belum berturap sepenuhnya...Dalam keadaan begini jaket luar yang dipakai usah cerita kotornya...tak lupa juga periksa lubang hidung...pergh... berdebu beb...!
Stesen minyak Tela...harga minyak tidak seragam di Cambodia sebagaimana juga di Thailand.. Ada ketika harga seliter mencecah 5700 riel..atau RM 5.70 seliter...Tidak hairanlah Pnom Penh dipenuhi dengan kapchai dan basikal...
Dr Ar Mastor...ganteng kang..haha
Seam Reap ke kiri, Kg Cham terus...Dari Kg Cham boleh terus ke sempadan Laos/Vietnam yang hanya mengambil masa selama 3 jam shj.
Ingat lagi pada grup Dr Hassan yang aku ceritakan dulu...Yea kami bertemu semula di Kg Cham..mereka dari Laos dan bermalam di sini dalam perjalanan ke Pnom Penh...
Masing-masing bercerita pengalaman ..." Kami kena pau di sempadan sebelum memasuki Cambodia...",
" Ergh kami tak kena pun..."...haha antara topik hangat yang disembangkan
Jika Thailand terkenal dengan Chao Phraya, Sg Mekong pula sangat terkenal di Vietnam, Laos dan Cambodia...Hotel penginapan kami berada di tebing sungai ini...Kapal pelancongan merentasi tiga negara sedang bermudik di jeti...penuh dengan Mat salleh...
Sg Mekong dikhabarkan akan membawa banjir besar sekitar bulan Ogos dan September setiap tahun...Banjir besar membawa rahmat kerana delta menjadi subur...Kawasan lembah Mekong adalah jelapang padi Cambodia...haha sedikit fakta yang masih diingati kerana belajar subjek Ilmu Alam dulu...Bebudak sekarang sebut Ilmu Alam mana kenal, kalau sebut geografi pun tak kenal, mari sini pakcik luku kepala...
Terpanggil dengan keazaman mereka kami berusaha untuk mendapatkan dana sekembalinya kami ke Malaysia nanti...Dana terkumpul yang dilancarkan baru saja mencapai 3300USD... banyak lagi diperlukan...
Proses mendapatkan dana terpaksa dibuat melalui kenalan rapat dahulu, kutipan dana orangramai masih belum boleh dilaksanakan kerana surat sokongan Mufti Kemboja, juga kebenaran mengutip derma dari majlis agama islam negeri di Malaysia tidak diperolehi lagi. Pejabat mufti memerlukan bukti geran tanah telah diwartakan sebagai wakaf untuk madrasah. Nak diwakafkan macamana jika urusan jual beli pun belum selesai kerana dana belum mencukupi...Pejabat mufti khuatir penyalahgunaan surat sokongan...
Mana-mana kenalan yang percaya dengan usaha murni ini boleh berhubung dengan penulis...
Esok hari kami akan ke Seam Reap...
Diari kembari hari ke 9 masih boleh di baca lagi di...Kembara Cambodia- Kg Chanang
Bestnya....
ReplyDeleteKakmah dah byk kali ke sana kann..
Delete