Saudara Shahirunizam Salleh telah mula menunggang motosikal berkuasa tinggi semenjak tahun 1995 apabila berpeluang memiliki sebuah motosikal berkuasa tinggi pertamanya dari jenis Honda CBR600. Selepas itu antara motosikal yang pernah beliau miliki adalah Kawasaki ZX750, Suzuki GSX1000 dan Kawasaki GTR1400. Beliau sering berkonvoi bersama rakan-rakan biker di dalam negara bagi meramaikan kenalan disamping meningkatkan pengalaman jelajah bermotosikal. Beliau telah beberapa kali berkonvoi ke Negara Thailand, namun jarak yang paling jauh adalah sehingga ke Chiengmai, Segitiga Emas, meliputi sepadan Thailand, Burma dan Laos pada Okt 2010. Kini beliau menunggang motosikal Kawasaki Z1000 yang dirasakan agak sesuai bagi memenuhi kehendak penunggan semasa beliau.- Petikan dari entry latar belakang peserta Kembara Cambodia
Brader Nizam sepatutnya menyertai konvoi kami ke Cambodia baru-baru ini, tapi disebabkan aral melintang disaat-saat akhir beliau terpaksa menarik diri... berita baru yang aku terima dari rakan kembara Pak Usop SYM petang semalam...Rumah Rider Nizam di Tmn Malewar Gombak di pecah masuk pencuri....Antara barang yang hilang..motor Kawa z1000sx, basikal MTB yang aku yakin mahal harganya juga spare kunci kereta...
Tak taulah apa nak jadi dunia sekarang...barang besar berkunci dalam pagar pun masih boleh hilang...Mujur tuan rumah dan famili tidak dicederakan...namun trauma pasti kekal berparut untuk tempoh yang lama...
Masih tak berkesempatan untuk menanya khabar lebih dekat kerana beliau sedang sibuk menguruskan musibah yang menimpa...Semoga tenang dan mendapat kembali barangan yang hilang...
Kepada yang lain, kejadian kali ini ditakdirkan menimpa sdr kita ini...nasib kita tak diketahui, harap-harap terhindarlah..Berbicara/menulis memang senang berbanding insan yang menghadapi musibah...tapi apa boleh buat....Nak tak nak kena hadapi hari mendatang...Bersedih dan meratapi kejadian , perkara telah berlaku...Kena redha dan menerima seadanya...Pasti ada hikmah disebalik kejadian...
Salam takziah dari kami...
No comments:
Post a Comment