Friday, April 5, 2013

Pilihanraya-Ibarat meludah kahak ke langit...

Perkataan yang paling banyak disebut di kala ini adalah zalim, kroni, rasuah...teramatlah zalim kerajaan yang ada sehingga disamatarafkan dengan kerajaan Firaun...Fuyoo... By hook or by crook mesti ditumbangkan...begitulah tahap kebencian , seolah tiada langsung kebaikan pihak sebelah sini...atau terlalu maksum puak sebelah sana

Aku percaya persepsi ini akan segera berubah tetakala mereka berjaya mendapat kuasa, Ketika itu tindak tanduk yang dituduh tidak betul mungkin sudah menjadi sebahagian amalan dan pelbagai hujah dikemukakan untuk membenarkan segala tindakan mereka...

Atas pertimbangan  nasional, syarikat gergasi yang hampir muflis terpaksa dibantu atau di 'Bail out'. Semasa belum memperoleh kuasa, kita percaya pihak yang menentang akan mencanangkan bahwa ini semua  adalah kronisma untuk menyelamatkan individu tertentu. Walhal tindakan ini terpaksa diambil untuk menyelamatkan banyak pihak dari terjebak kekancah muflis..seperti pekerja-pekerja yang akan hilang mata pencarian, menyelamatkan pemegang-pemegang saham yang mungkin terdiri dari glc-glc itu sendiri dsb.. ..Rantaian masalah yang bakal dihadapi tersangatlah hebat dan atas pertimbangan itu pihak pemerintah terpaksa campur tangan untuk menangani kesan runtuhan. Sebagai contoh Kerajaan AS terpaksa membantu Syarikat General Motor dari terus gulung tikar, .dan campur tangan itu ternyata menunjukkan kesan positif....

Aku percaya tindakan Kerajaan Selangor  membeli hutang Talam mungkin juga atas pertimbangan nasional .Apakah persepsi mereka tetekala ini...? Adakah sama sebagai mana sebelum memperolehi kuasa ? Dimana laungan kronisma, rasuah, zalim dsbnya..?.

Begitu juga dengan lantikan-lantikan syarikat untuk tender-tender tertentu....bergema laungan kronisma sana kronisma sini seolah-olah mereka tersangat tulus dan maksum dari kesilapan...Bila ada pembaca memberi komen kerajaan PR menghalang pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 sebagai usaha membendung amalan kronisma dan rasuah demi rakyat aku sangat skeptikal...Aku yakin tindakan itu lebih kepada dendam politik....Perkataan rakyat hanya dijadikan tempelan untuk membungkus dendam yang tak sudah...Bila kuasa ditangan , perkara yang dituduh tidak betul turut sama dilakukan ...Cadangan Pembinaan trowong dasar laut bertol di Pulau Pinang, syarikat mana yang memperolehi..?, beberapa lama pengalaman dimiliki, berapa modal berbayar...? mana dia tender terbuka dsb...Kenapa dikenakan TOL..? Dulu semasa syarikat UEM di anugerahkan pembinaan Lebuhraya PLUS, bergegak gempita satu dunia mempersoalkan kewajaran perlantikan itu atas alasan tiada pengalaman, syarikat baru, bermodal kecil dsb. Kronisma terus dicanangkan...Kini bila terkena batang hidung, pandai pulak merekacipta alasan untuk menegakkan benang basah...

Sebab itu tak perlulah  terpedaya dengan retorik politik.. . Mereka gunakan kesempatan ini untuk memancing undi ....tak lebih dari itu... Oleh itu fikir-fikirkanlah...

6 comments:

  1. Wajib Mu’minien Menjalankannn Hukum2 Allah Dan Rasul-Nya

    Artinya : “ Dan barangsiapa tidak menghukum dengan hukum yang diturunkan oleh Allah , maka mereka itulah orang2 yang KAAFIR “ ~ ( al-Maa-idah : 44 )

    Artinya : “ Dan barangsiapa tidak menghukum dengan hukum yang diturunkan oleh Allah , maka mereka itulah orang2 yang ZHALIM “ ~ ( al-Maa-idah : 45 )

    Artinya : “ Dan barangsiapa tidak menghukum dengan hukum yang diturunkan oleh Allah , maka mereka itulah orang2 yang FAASIQ “ ~ ( al-Maa-idah : 47 )

    Tiga ayat pertama menegaskan , bahwa orang yang tidak mengambil hukum2 Allah buat jadi undang2 di antara manusia di dunia dan dalam urusan akhirat itu , kaafir , zhaalim dan faasiq .

    ReplyDelete
  2. Ustaz Abdul Qodir Audah – ( Kitab: Al-Islam Wa Audho’una Al-Qanuniyyah ) : “ sesiapa yang menolak hukum Allah atau menegakkan hukum yang lain, maka ia dikira kafir dan tidak ada walaupun sebesar zarah akan keIslaman di dalam hati mereka walaupun mereka dinamakan dengan nama-nama Islam dan mendakwa bahawa mereka adalah Muslim.”


    Ibnu Kathir – ( Kitab: Tafsir Ibnu Kathir ) : “ sesiapa yang meninggalkan undang-undang yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w dan berhukum dengan undang-undang yang lain, maka ia telah kufur kepada Allah s.w.t. Bagaimana pula hukum mereka yang menggunakan undang-undang ciptaan manusia yang terdapat di dalam kitab Ilyasa’? Mereka juga kufur kepada Allah s.w.t secara ijma’.”

    As-Syahid Sayyid Quthb – ( Kitab: Tafsir Fi Zhilalil Qur’an ) : “ sesiapa pun tidak berhak membuat undang-undang yang lain kecuali Allah s.w.t . Sesiapa yang cuba melakukan perkara demikian, maka ia telah mencabar keTuhanan atau Uluhiyyah Allah s..w.t yang paling utama. Mana-mana individu, pertubuhan dan negara yang mencabar Uluhiyyah Allah s.w.t tersebut, maka ia telah terang-terangan kufur kepada Allah s.w.t dan perkara ini termasuk ke dalam al-ma’lum minad din bid dhorurah.

    ReplyDelete
  3. Dr.Yusuf Al-Qardhawi : “ diantara perkara yang berhak dihukum kafir tanpa keraguan adalah pemerintah-pemerintah sekular dan pendukung-pendukung parti sekular yang secara terang-terangan menolak syariat Allah s.w.t dan melaungkan pemisahan negara daripada agama. Apabila diajak kepada hukum Allah s.w.t, mereka enggan dan engkar. Lebih dahsyat dari itu, mereka bertindak melakukan keganasan ke atas orang-orang yang menyeru supaya berhukum dengan syariat Islam atau kembali kepada Islam.

    ReplyDelete
  4. Mungkin juga saudara terlupa menyebut kisah-kisah seperti LOAN NFC 250 juta, komisyen kapal selam 500 juta, syarikat 2 hari boleh dapat kontrak selenggara jalanraya seluruh pahang selama 7 tahun, bayaran kepada tajuddin ramli kerana melingkupkan MAS dan banyak lagi....

    Jangan kerana nak dapat projek, kita terlupa yang hidup nin sementara dan kita menyokong puak-puak yang menentang hukum Allah....ingatlah kehidupan di sana kekal abadi. Kta takut, tindakan kita menyokong puak yang menentang hukum Allah akan menjerumuskan kita ke Neraka Allah walaupun kita tak lekang berjemaah di Masjid, menderma sehingga ke Kemboja dan banyak lagi amal yang kita buat.

    Dan bagaimana kita nak mengharapkan pemimpin yang kita pilih dapat menegakkan hukum Allah sedangkan nak menyuruh isteri dan anak-anaknya menutup aurat pun mereka gagal.

    ReplyDelete
  5. Oleh: DrHazrul Syazwan,
    Saya menonton TV 1, 2, 3 dan juga Astro, serta membaca pelbagai jenis akhbar samaada yang pro kerajaan atau Pakatan Rakyat (PR), serta mendengar radio yang pro BN dan pro PR. Saya juga menonton video-video ceramah politik di You Tube dari pemimpin BN dan PR. Berdasarkan pelbagai sumber maklumat, saya telah membandingkan perbezaan pentadbiran antara negeri2 yang ditadbir oleh BN dengan negeri yang ditadbir oleh PR. Saya tidak hanya fokus kepada kekurangan PR yang dipamerkan oleh media2 pro BN, tetapi saya fokus kepada kelebihan dan perubahan yang dibawa oleh PR dalam negeri yang ditadbirnya, walaupun negeri mereka disekat dengan pelbagai cara, contohnya Kelantan yang disekat hak royalti minyak mereka, namun negeri yang ditadbir PR masih boleh berjasa kepada rakyat dengan pelbagai cara. Itu dalam keadaan disekat, apatah lagi jika PR mentadbir Malaysia, sudah tentu pelbagai kebaikan dan jasa yang boleh mereka berikan kepada kita sebagai rakyat. Dan saya menilai dari banyak sudut dan akhirnya saya jauh lebih yakin dengan PR. Pendedahan saya ini tiada sebarang kepentingan, kerana adik beradik malahan saudara mara saya tidak ada seorang pun yang menjadi wakil rakyat samaada mewakili parti BN atau PR. Saya hanya mahu seluruh rakyat Malaysia buka minda dengan melihat dan mengkaji politik Malaysia dari pelbagai sudut dan sumber termasuk memanfaatkan info2 dari halaman politik di Facebook dan website yang berautoriti. Jangan kita sempitkan minda dengan hanya menilai dari sebelah pihak samaada dari media yang pro BN atau PR, tetapi lihatlah dari pelbagai sudut, add lah rakan FB kita dari pelbagai bangsa dan agama, yang menyokong BN atau PR. Ingatlah bahawa, negara ini teramat kaya dengan pelbagai hasil bumi serta aset, jadi kaji lah betul-betul parti yang akan kita undi, kerana kekayaan yang kita miliki sepatutnya dinikmati oleh kita semua. [nak share, dipersilakan]

    ReplyDelete
  6. harapan kami hanyalah negara makmur , bebas rasuah , kos hidup murah dapat mewaris ke anak cucu

    ReplyDelete