Berikut adalah artikel yang aku salin dari wall FB rakan. Sengaja aku salin diblog ini untuk simpanan peribadi disamping dikongsi bersama rakan pembaca...Tersangat sayang jika dibiarkan hilang begitu saja. Tiadalah benar melainkan benar tulisan dipaparkan...semoga kita mengambil iktibar . Kepada anak-anak muda mulakanlah langkah anda, kepada yang dah berusia, rasanya belum terlambat untuk membetulkan keadaan.
RAMAI YG KURANG PEKA TENTANG PERANCANGAN KEWANGAN
Apabila bercakap tentang persaraan, apakah yang terlintas di fikiran anda? “Ah, aku muda lagi... baru 30 tahun, lama lagi nak bersara. Tak perlu fikir sekarang, tiba masanya nanti barulah aku fikirkan.”
Tahukah anda, kajian FOMCA mendapati 37% pekerja muda mengakui tidak pernah berfikir tentang persediaan untuk persaraan?
Mari kita fikirkan senario ini sejenak. Anda mula bekerja ketika berusia 25 tahun. Dan katakan anda terus bekerja sehingga ke usia persaraan selama 55 tahun. Ini bererti anda punya tempoh menjana pendapatan selama 30 tahun. Tetapi adakah pendapatan yang anda terima selama 30 tahun itu hanya untuk menampung kehidupan anda sepanjang tempoh itu sahaja?
Jawapannya: TIDAK!
Tahukah anda purata jangka hayat manusia kini adalah di sekitar 70 tahun?
Ini bererti sekiranya ditakdirkan panjang usia, anda punya tempoh hidup selama 15 tahun selepas usia persaraan, tanpa sumber pendapatan daripada pekerjaan anda. Katakan anda telah mengamalkan menyimpan 10% daripada pendapatan anda sebelum dibelanjakan.
Katakan purata pendapatan anda adalah RM4000. Anda menyimpan RM400 setiap bulan, dan anda membelanjakan kesemua RM3600 untuk kos sara hidup anda. RM400 sebulan yang dikumpul selama 30 tahun, (400 x 12 x 30) jumlahnya ialah: RM144 000. Wang ini akan anda gunakan untuk menyara kehidupan anda setelah bersara selama 15 tahun.
Ini bererti anda mempunyai RM800 sebulan [144 000 / (12 x 15)] untuk menampung kehidupan anda selepas persaraan. Adakah anda fikir ianya mencukupi, memandangkan anda telah biasa dengan corak gaya hidup RM3600 sebulan?
Mengambilkira Hukum 72, sekiranya kadar inflasi di negara kita adalah pada purata 4% setahun, maka nilai RM800 anda akan hanya mampu menampung corak gaya hidup RM400 sekarang, dalam tempoh 18 tahun lagi. Menakutkan bukan?
Maka, masihkah anda tidak mahu memikirkan tentang perancangan kewangan anda untuk persaraan? Mulakan menyimpan daripada awal. Lebih awal anda mula menyimpan, lebih banyak wang simpanan anda untuk persaraan. Berusaha untuk mengekalkan corak gaya hidup anda yang sederhana dan tingkatkan simpanan anda setiap kali pendapatan anda bertambah.

No comments:
Post a Comment