Semasa kehadirannya maklumat dari blog perihal kucing sentiasa menjadi rujukan., nak tahu bagaimana menjaga anak kucing yang ditinggalkan ....ibukandung lepas hantar anak dalam stor bawah tangga., langsung tak balik...taktaulah apa jadi ..samada membawa diri atau barangkali menjadi mangsa langgar lari...
Mujur ada anak perempuan yang menjaga keluarga baru. Aku harap sempatlah membesar dan sihat sementara mereka ada dirumah sempena cuti sekolah...Bersungguh benar menyuruh membeli susu kucing. Sebelum itu aku beri susu awal lembu...hehe
' Mana boleh ..beri susu lembu..' Maklumat dari blog kucing memberitahu sedemikian katanya..owh..owh mana aku tahu...Maka membelilah botol dan susu tepung bayi kucing dari kedai pet berdekatan...Maklumat dari blog kucing lagi, bayi kena usapkan dibahagian dubur dengan tuala basah suam untuk merangsang supaya membuang air besar/kecil..Semua dituruti...
Namun usaha dan niat untuk membesarkan bayi kucing tak kesampaian...bayi kucing sudah mati. Terdapat pendarahan pada dubur bayi...Keracunan makanan sebab sembelit kot...wallahualam..Aku respek orang yang pandai membela anak kucing yatim. Kami gagal dalam ujian ini..huhu
Kepada peminat kucing kalau nak baki susu kucing dan botol susu silalah datang tempat kami...
No comments:
Post a Comment