Selalu orang cakap, bukalah bisnes dalam bidang yang kita berkemahiran. Kalau nak buka bengkel mesti terlebih dulu mahir membaiki kenderaan, buka restoran mesti mahir memasak.... menternak mesti mahir memelihara atau mengembala begitulah seterusnya. Walaupun diakui kelebihan memiliki kepakaran untuk setiap bidang diceburi, namun itu bukan prasyarat untuk berjaya dalam bisnes. Ramai tokoh-tokoh hebat perniagaan tidak mahir bahkan berpengetahuan sedikit sebelum menceburi bisness tersebut. Aku percaya Tony Fernandez bukan seorang juruterbang..namun berjaya mengemudi syarikat aviation..TS Syed Bukhari bukan seorang pengendali kren pelabuhan, namun berjaya memiliki pelabuhan mengendalikan beribu-ribu tan kargo dan ramai lagi tokoh-tokoh perniagaan hebat seperti mereka ini. Jika kita beralasan perlu mahir dahulu sebelum berani berbisnes alamat sampai ke sudah kita takut memulakan bisnes atau jika telah berbisnes lambat mengembangkan bisnes sebab kita terikat dengan tugasan khusus.
Mengambil semangat tokoh-tokoh hebat perniagaan, aku pun memberanikan diri membuka bisnes gunting rambut yang aku sendiri tiada kemahiran mengenainya. Tambah semangat bila mendengar pelanggan bersembang dengan tukang gunting menanyakan premis ini cawangan yang ke berapa...? Pergh ..
Apa yang aku pelajari adalah letaklah orang yang berkemahiran menerajui cabang bisnes itu. Letakkan kepercayaan kepada mereka. Kalau mereka tipu...? Memang kena bersedia dan berlapang dada untuk kena tipu...Tak perlulah peningkan kepala memikirkan perkara yang terlalu negatif...anggaplah itu bukan rezeki kita. Tapi aku percaya ungkapan nabi...'isteri yang baik adalah untuk suami yang baik...' begitu juga dengan orang bawahan ...selagi bos baik insyaalah kita akan dianugerahkan anakbuah yang baik...
Kepada teman-teman diluar sana..apalagi..jomlah berbisnes...

No comments:
Post a Comment