Cuba fikir balik...Semasa balik ke kampong beraya baru ini...maklumat manakah yang lebih banyak sampai ke telinga anda..? Si polan, si polan mendapat anak baru...atau si polan mengidap penyakit itu dan ini atau si polan-si polan meninggal dunia..? Kalau yang pertama sah anda dalam golongan muda dan kalau yang kedua dan ke tiga bermakna anda boleh terkategori muda atau tua ....haha...dan tak dinafikan aku lebih banyak mendapat berita bukan yang pertama ...
Seingat aku lebih 6 berita kematian dikalangan kenalan aku terima, lebih 4 melibatkan kemalangan jalanraya dan dua kerana sakit...Berita yang dapat penyakit , banyak...! penyakit 3 serangkai menghuni carta teratas...kencing manis, buah pinggang dan jantung...Berita terbaru kematian adalah semalam. Geng berbasikal terlibat dalam kemalangan semasa sedang menguji superbike rakan di Bangi...Walaupun tragedi berlaku dibulan puasa, berita baru diterima semalam.Sehari dua sebelum itu dapat juga berita geng motor maut di Gerik.
Bila cerita pasal kemalangan, jangan ingat hanya penonggang motorsikal saja berisiko maut, semua pengguna kenderaan lain tidak terkecuali.. Namun jika ajal belum tiba naiklah kenderaan paling berisiko..anda tetap terselamat. Tapi jika saat itu telah tiba..di atas perbaringan pun nyawa seseorang boleh melayang...Tiada Tapi-Tapi atau Kalau... Disebabkan ajal belum tiba, 3 kemalangan kenderaan yang kami temui hujung minggu baru ni kesemua pengguna terselamat.. Semua kemalangan melibatkan kenderaan terbabas dan memasuki longkang dan paling trajis adalah kemalangan ketiga dimana keseluruhan kereta terperosok dalam parit dikawasan berpaya. Berapa banyak kes penguna lemas bila kenderaan terhumban kedalam parit...? Tapi tidak yang ini..
Berita- berita kemalangan sedikit sebanyak mengganggu emosi semasa menonggang motor. Walaupun cuba menenangkan diri, ajal maut ditangan tuhan...kekadang kegusaran tetap menyelinap dibenak fikiran. Berderau darah bila melihat mat-mat motor menyelinap dan mengikuti rapat kenderaan lain..lebih-lebih lagi ketika jalan licin.
Ya Allah selamatkanlah perjalanan kami...Amin.

No comments:
Post a Comment