Setiap kali gunung berapi dasar laut meletus biasanya akan membentuk pulau atau anak-anak pulau baru. Nak tunjukkan bahwa pembentukan sesuatu yang baru kekadang terpaksa melalui detik yang dramatik.Sama juga dengan sesebuah organisasi, pergolakan yang tercetus kekadang mendatangkan kebaikan kerana dari situlah akan terbentuknya entiti yang baru. Serpihan-serpihan ini yang akan membesar atau sebahagiannya mungkin terus menguncup..Proses ini akan berulang. Inilah kot yang dikatakan evolusi.
Sebab itu bila menerima jawapan daripada kenalan lama bagaimana tercetusnya idea penubuhan syarikat membuat pelbagai makanan lauk pauk segera, aku katakan padanya beliau harus berterimakasih kepada majikan terdahulu. Setidak-tidaknya beliau kini mengusahakan, memantau dan menguasai sepenuhnya syarikat yang ditubuhkan hasil perselisihan faham dengan majikan terdahulu. Jika tiada pergolakan, aku percaya semua orang akan selesa dengan apa yang ada dan takut untuk meneroka sesuatu yang baru.
Entiti serpihan sepatutnya lebih terurus dan lebih berdaya maju kerana pengalaman serta penambahbaikan terhadap kelemahan-kelemahan entiti terdahulu. Jangan pulak kelemahan sama diulang.
Kepada kenalan lama aku itu selamat maju jaya.

No comments:
Post a Comment