Kedudukan hotel yang jauh tidak memungkinkan jemaah berulang alik ke masjid sesudah menunaikan solat berjemaah. Lagipun macam tak berbaloi menempoh perjalanan yang jauh balik ke hotel semata-mata untuk melepak dibilik, kemudian bergegas semula untuk menunaikan solat waktu berikutnya...Untuk mendapat tempat didalam Masjidil Haram kekadang sejam sebelum azan berkumandang jemaah perlu tiba dimasjid, jika terlewat alamat bersolat diluar masjid. Sedangkan tempoh masa antara dua solat hanya berselang selama 2-3 jam... Perjalanan pergi balik sudah mengambil masa hampir 1 jam, jadi baki apa yang tinggal..? Seolah tak sempat melabuhkan ponggong sudah perlu bergegas semula ke masjid. .Sebab tu dikebanyakan waktu ramai jemaah uzur memilih bersolat disurau atau masjid berdekatan hotel. Bagi yang sering bersolat di Masjidil Haram ramai yang memilih beriktikaf saja di masjid atau berada dipusat-pusat beli belah atau kedai-kedai di persekitaran masjid. sementara menanti waktu solat berikutnya.
Kalau hari Jumaat lagi parah. Diwaktu puncak iaitu seminggu sebelum wukuf, seawal jam 8 pagi ramai jemaah telah memenuhi segenap ruang masjid menanti masuk waktu solat Jumaat. jam 12.15 tghhari . Taktaulah bagaimana mereka boleh memelihara wuduk sepanjang tempoh menunggu yang begitu lama...Tak terasa nak buang angin ker , buang air ker dll..wallahualam. Disebabkan terlalunya ramainya manusia ketika itu aku hanya berkesempatan bersolat di kaki lima pusat belibelah saja...Entah bagaimana agaknya sekiranya tiada pengurangan koata jemaah haji sebanyak 20 peratus.
Bila dah lama melepak di pusatpusat beli belah atau kedai-kedai maka banyaklah barang yang berkenan...Bermula dengan tengok-tengok..lama-lama jadi berkenan. Setiap kali balik dari masjid ada saja barangan yang dijinjing samada yang dibeli dalam tempoh menunggu antara dua solat dan tak terkecuali yang dibeli dikedai-kedai sepanjang perjalanan balik ke hotel. Jadi tidak terkejutlah bila pihak tabung haji memaklumkan sebelum hari wukuf saja jemaah Malaysia telah mengeluarkan wang melebihi * 3 juta ringgit dari pusat-pusat pengeluaran yang disediakan disetiap hotel jemaah. Patut pun ejen penghantaran barangan yang beroperasi di lobi hotel penginapan tak menang tangan melayan urusan jemaah mengepos barangan ke tanah air...hehe.
'Malaysia, Indonesia bagus...masuk-masuk..tenggok-tenggok.. murah-murah...'...haha antara ayat -ayat lazim jurujual setiap kali jemaah haji Malaysia atau Indonesia atau siapa saja mirip -mirip sawo matang melintasi kedai mereka...Hasil pemerhatian aku barangan popular selalunya terdiri dari jubah, sejadah, tasbih , minyak wangi dan tidak ketinggalan jam tangan...dan jangan terkejut..karpet pun ada yang membeli...Barangan makanan pastinya kurma dan kekacang.
Purata perbelanjaan setiap jemaah Malaysia sebagaimana dimaklumkan pihak tabung haji adalah sebanyak RM5000 seorang sepanjang tempoh 40-55hari itu. Jadi kepada sesiapa yang bercadang menunaikan haji dimasa akan datang sudah boleh bersiap sedia menyediakan bekalan. ..
Kepada yang baru balik dari tanah suci..Berapa anda habis kali ini..Adakah dibawah purata atau atas purata perbelanjaan...? Aku..?..hehe rahsialah...
Nota; Sorry-sory bukan lebih 3 juta tapi lebih 30juta...Jika purata seorang berbelanja 5 ribu bermakna 28000 jemaah menghabiskan 140 juta...! di Tanah suci...
No comments:
Post a Comment