Wednesday, February 26, 2014

Apalah rm80 berbanding Rm 8000..!

Tarikh: 26 Hb Feb 2014.
Mileage motor  : 89700km...
Masalah: ABS tidak berfungsi

Aku perhati semakin ramai yang memiliki motor besar. Aku perhati semakin banyak syarikat yang menjual motor besar juga. . Pantai Bharu Holding, Gmart Corp sekadar menyebut beberapa nama .  Kalau dulu syarikat hanya menumpu kepada penjualan kereta kini mengembangkan sayap mengedar motorsikal juga. Masing-masing merebut peluang memenuhi citarasa orangramai yang semakin minat terhadap motorsikal berkuasa tinggi.

Seiringan dengan pertambahan bilangan motorsikal besar, aku perhati bengkel motor besar juga semakin banyak. Aku bangga kerana bengkel diusahakan oleh orang kita. Bukan setakat bengkel bahkan turut menjual motorsikal juga.

 Salah satu bengkel yang akan menjadi kunjungan aku selepas ini adalah Fazro Motorrad di Glenmarie. Terdapat juga Two Wheel Garage yang diusahakan oleh Sdr Azman Baharudin yang menawarkan khidmat servis juga pusat jualan motorsikal pelbagai jenama.. Fazro Motorrad  lebih mengkhususkan membaikpulih dan menjual motor BMW. Pemilik  Sdr Rashidi Rais @ Garry adalah bekas mekanik di Auto Bavaria Glenmarie. Aku ingin menumpang kepakaran beliau untuk menjaga motor aku selepas ini. Aku percaya dengan penyelenggaraan berkala ditangan orang yang pakar  motorsikal boleh saja bertahan lama. Sedangkan kapalterbang mampu terbang diudara walaupun berusia puluhan tahun, inikan pula kenderaan dua roda yang hanya bergerak dijalanan. Syarat..? Kenderaan mesti diselenggara oleh mereka yang arif...


 Baru baru ini ABS motor ini bermasalah. Lampu ABS sentiasa menyala. AutoBavaria sudah, Fazro pun sudah....



Walaupun sensor berserta kabel ditukar, lampu Abs tetap menyala...


Semua diagnosis terarah kepada pam ABS rosak ..!.. Kos pam dalam RM8k..! upah dan barangan lain..?

Dalam perjalanan balik didapati  lampu ABS tidak lagi menyala. Kemungkinan pam masih berfungsi cerah...! Puas menanya pengalaman rakan rakan . Aku ke bengkel di KL, mencuba sesuatu yang baru..Mana tau serasi...Diberitahu terdapat angin dalam sistem pam. Pergh  rupanya motor pun turut  bermasalah angin dalam badan. Tak sampai beberapa minit diberitahu sistem telah dibaikpulih sepenuhnya. Aku harap begitulah...Setiba dirumah sistem ABS nampaknya ok. Esok aku nak ke Sungkai, kasi test jauh sikit.. Aku harap sistem berkekalan ok...!

Tak mengapalah..Terbang RM 80. ..Apalah sangat berbanding lapan ribu...!


3 comments:

  1. Itu sudah cukup bagus tu.. Kalau tak terbang 8k!

    ReplyDelete
  2. Adat memakai motor berlambang bulat tu Kang.....hahahaa. Apa sangat nak dibandingkan dengan kepuasan memerah pendikit 1200 cc dan membrek di jalan basah..

    ReplyDelete