Friday, February 7, 2014

Bila perempuan lebih hebat dari lelaki- sambungan...

Sambungan tulisan aku semalam. Ada orang bertanya jika keputusan peperiksaan tidak digunapakai, neraca bagaimana perlu diguna untuk menilai kemasukan pelajar ke pusat-pusat pengajian. Hehe aku tidak menafikan kepentingan peperiksaan, namun jangan terlalu obses dengan keputusan peperiksaan sehingga menolak faktor-faktor luaran yang lain. Pengambilan sekarang hanya menekankan keputusan akademik semata. Sepatutnya dipertimbangan juga fitrah pelajar..

Pelajar perempuan dan lelaki secara fitrahnya berbeza. Umumnya pencapaian tahaf kematangan lebih memihak kepada pelajar perempuan dikala usia itu... Perhatikan kanak-kanak 12 tahun perempuan dan 12 tahun lelaki. erm  jelas nampak sifat keanak-anakan dikebanyakan pelajar lelaki.  Kematangan ini juga yang akan membentuk jiwa  pelajar seterusnya diterjemahkan terhadap penerimaan pembelajaran. Dan lagi sifat perempuan itu yang lebih tekun, teliti  berbanding pelajar lelaki yang mudah jemu dan tidak fokus..Peperiksaan yang ada kini lebih menjurus kepada mengingati fakta nescaya pelajar perempuan atas sifatnya lebih rajin, tekun, tidak mudah jemu dsb akan mengungguli cabaran.

Jika kemasukan ke sekolah berasaskan satu jantina yea kaedah merit boleh diguna pakai, namun  jika ke sekolah dwijantina, kelonggaran mesti diberikan terhadap pelajar lelaki atas faktor yang aku sebut diatas. Kemasukan pelajar ke sekolah-sekolah berasrama tingkatan satu sebagai contoh jika anak, adik beradik atau saudara lelaki memperolehi kurang 5A ermm jangan meletakkan harapan untuk terpilih disebabkan tempat yang terhad. Dan lebih malang memang tak ramai pelajar lelaki yang mencapai keputusan itu. Ini yang kurang betulnya. Sepatutnya memiliki beberapa A sudah memadai untuk diterima masuk. Elok juga diterapkan sistem kuota...

Aku berpendapat pendedahan terhadap pelajaran itu lebih penting dan peluang ini mesti diberikan 'samarata' antara pelajar lelaki dan perempuan. Jika potensi berjaya hanya diukur dari segi pencapaian akademik nescaya yang berjaya diluarsana hanya orang yang cemerlang dalam pelajaran..Namun hakikatnya tidak semua begitu.. Yang keciciran dalam pelajaran pun ramai yang berjaya jika betul pendedahan yang diterima malah  sebahagiannya menjadi majikan kepada yang cemerlang. Tapi sistem sekarang terlalu awal menghukum pelajar sehingga menafikan potensi pelajar lelaki. Tapisan peringkat sekolah menengah  ramai pelajar lelaki yang kandas, diulangi lagi kesilapan semasa pemilihan pelajar ke pusat-pusat pengajian tinggi...Akibatnya pusat-pusat pengajian tinggi kini dipenuhi pelajar perempuan. dan seterusnya akan memenuhi jawatan-jawatan utama di alam perkerjaan kelak. Aku berpendapat ketidak seimbangan ini sangat tidak sihat untuk masyarakat.

Ini sekadar pandangan peribadi penulis...Maaf jika tidak selari dengan pandangan anda...

No comments:

Post a Comment