Selalunya jika kita ke negara orang..apa agaknya yang selalu diabadikan dalam foto-foto kenangan...? Katalah kita dari negara pengeluar kelapa sawit atau getah...sekiranya kita bertandang kenegara lebihkurang sama..adakah teruja bergambar berlatarbelakangkan pepohon tersebut...? Untuk kes tertentu mungkin yea, tapi umumnya kita langsung tak teruja ...sebab sudah terbiasa. Yea tidak teruja bagi kita, tapi tidak bagi pengunjung dari negara bukan beriklim tropika atau dari negara yang tiada tanaman tersebut. Aku yakin mereka sangat teruja.
Pergh syoknya jika memiliki resort yang boleh menawarkan pakej-pakej lawatan ke kebun-kebun, atau kilang-kilang sebegini..Biarkan saja mereka merasai gigitan nyamuk diawal suboh sewaktu menoreh dikebun, Atau aroma dari kilang getah dan kelapa sawit..Aku rasa pengalaman itu akan menjadi kenangan terindah kepada para pelawat...Bila balik kampong baru ni, melihat kedamaian dan keindahan kampung alangkah baiknya jika setiap kampong diberi nilai tambah dengan menggiatkan aktiviti homestay untuk menjana ekonomi setempat.
Kita tidak perlu untuk menjadi orang lain untuk menarik pengunjung datang...Orang luar sentiasa mencari kelainan untuk dinikmati. Lihat saja foto-foto kenangan kita atau teman-teman kita, pastinya berlatarbelakang sesuatu yang unik...Tulisan, bangunan, tanaman dsb negara yang berbeza sering mendapat tempat...Aku yakin pengunjung luar juga turut teruja mencari kelainan dari apa yang dimiliki dinegara masing-masing. Oleh itu biarlah kita menjadi kita...Orang akan lebih menghargai dengan apa yang kita miliki berbanding kalau kita cuba meniru dan menonjolkan diri menjadi orang lain...
No comments:
Post a Comment