Monday, April 14, 2014

Medan Ikan Bakar Sabak Awor. Muar Johor...

12hb April 2014
Bila menuju ke selatan tanah air, jika anda teringin makan makanan laut, di manakah yang selalu terbayang difikiran anda ?. 
Selalunya Melaka. Tempat seperti Medan Ikan Bakar Serkam atau di Umbai dll memang sering jadi pilihan pengunjung.

Dah banyak kali lalu Muar, tidak pulak diketahui di Sabak Awor ini juga terdapat medan ikan bakar yang besar lagi selesa. Kebetulan terpandang papan tanda yang kecil. Kami ke sana berpandukan kepada gps. Taip saja Medan Ikan Bakar Sabak Awor.

Secara perbandingan, premis lebih tersusun dan besar berbanding tempat yang pernah kami pergi di Melaka. Barangkali promosi tidak cukup meluas untuk diketahui oleh pengunjung luar.


Apakata kerajaan tempatan meniru promosi seperti ini. Papan tanda sebegini begitu banyak didirikan apabila memasuki sesatu daerah di Thailand. Maklumat yang dipaparkan merangsang pengunjung baru untuk berkunjung ke sana., walaupun tempat yang diwar-warkan itu kekadang taklah se gah mana.


Disamping makanan laut terdapat juga penjualan barangan lain seperti pakaian dan cenderahati di premis ini...

                           

Tempoh menunggu makanan juga tidak lama...Terdapat selingan lagu berirama asli dan ghazal, lagu yang cukup sinonim dengan Muar...


Setiap gerai menawarkan makanan laut pelbagai jenis yang segar dengan harga yang berpatutan..

Persaingan mendapatkan pelanggan tak ubah seperti peraih pilihanraya meraih pengundi...namun persaingan adalah secara sihat. Pengunjung bebas memilih untuk menjamu selera digerai pilihan masing-masing, walaupun kekadang termakan juga dengan pujuk rayu peraih...


Gerai-gerai yang banyak membolehkan anda makan secara santai tanpa perlu risau pengunjung lain yang menunggu untuk mengambil tempat anda...sebagaimana di beberapa tempat lain...Tapi dalam bulan Ramadhan sausana mungkin sedikit berbeza.. Tempahan awal perlu dibuat untuk mengelakkan tidak mendapat tempat duduk.


 Harga makanan disini juga berpatutan. Bergantung kepada makanan yang dipilih...

Tempat parking ok, agak luas namun sausana agak suram. Perlu diceriakan lagi dengan lampu-lampu neon pelbagai warna untuk menambah seri premis.

Pohon-pohon neon sebegini elok dipasang setidak-tidaknya disebahagian laluan ke premis juga ditempat letak kereta.

Medan-medan selera bertaraf nasional perlu diperbanyakkan. Pengunjung tercari-cari untuk menjamu selera apabila berkunjung ke sesatu tempat. Pihak kerajaan tempatan perlu mengeksploitasi kedudukan bandar Muar yang strategik   selain memiliki muara juga sungai yang luas untuk dipromosi  sebagai tempat makan- makan pilihan pengunjung. 

Aku teringin untuk makan-makan di restoran terapong mega ., sambil menikmati panorama Bandar Maharani yang  dilimpahi  warna-warni  lampu neon disepanjang sungai...Pergh. wa cakap lu..



Wednesday, April 9, 2014

Bukit Melawati...

Tarikh :9hb Mac 2014
Gambar gambar yang ditangkap semasa berjogging di sana.


 Pintu Gerbang ke Bukit Melawati...Kawasan pelancongan yang popular di Kuala Selangor...


Kehijauan yang mendamaikan...

 Melihat keadaan fizikal prasarana ini ternyata kewujudannya tidak begitu dimanfaatkan..




 Teater mini  di Laman Budaya . Elok saja dijemput pelajar-pelajar sekolah atau pelajar tadika untuk membuat sebarang majlis kebudayaan disini terutama dihujung-hujung minggu. Disamping memnafaatkan  prasarana sediada, persembahan itu dapat ditonton oleh pengunjung ...

  Perigi Beracun ..tempat dimana pesalah atau musuh yang berjaya ditangkap disiksa dengan direndamkan didalam perigi yang beracun...

Rumah api yang terdapat diatas bukit. Mercutanda yang sinonim dengan Bukit Melawati.  Replika rumah api mini sepatutnya  boleh dijual sebagai cenderahati.


Berlatarkan belakangkan pemandangan Selat Melaka...Lokasi strategik untuk memantau kehadiran musuh dari arah laut...


Pepohon yang menghijau dan merimbun ...







  Kebiasaannya monyet-monyet ini akan berkeliaran dipersekitaran menara tinjau dan menara rumah api di puncak bukit.. Mungkin baru bangun tidor kot...masih berkeliaran disini...
 Bukit Melawati dimana bala tentera berkubu menghadapi serang hendap musuh...

Batu Hamparan..Tempat dimana pesalah atau musuh yang berjaya ditangkap di pancong...


Basikal yng unik berserta beg-beg bekalan...



Berkesempatan bertemu dengan pasangan  dari Peranchis...Hampir 10 bulam mengembara berbasikal . Telah menjelajah Rusia, China,  Vietnam, Thailand, Malaysia dan kemudian ini akan ke Australia.Sejumlah 10000km telah dilalui...


Menatap foto tidak sama dengan mengalami sendiri..Bila berkelapangan elok saja berkunjung ke sana..

Friday, April 4, 2014

Kayuhan Ulu Yam...



2hb April 2014
Kuala Selangor sudah, Frazer Hill Sudah, Genting Sempah sudah , ok. Ride terbaru Ride Ulu Yam. Kayuhan membuat satu pusingan bermula dari Selayang-Empangan Batu- Ulu Yam Lama- Serendah-Rawang-Templer Park- Stadium Selayang dan menamatkan kayuhan di Stesen Minyak Petronas Selayang. 
Keadaan laluan berbukit sepanjang Selayang- Hulu Yam diikuti laluan mendatar sebelum menempoh laluan mendaki semula di pringkat terakhir Templer Park sehingga ke Pejabat Peperiksaan sebelum Stadium Selayang

Berikut gambar kenangan sepanjang kayuhan

Seawal 7 pagi telah keluar rumah menuju ke distinasi dipersetujui iaitu Stesen Minyak Petronas Selayang berdekatan dengan Empangan Batu. Biasa la keluar semasa warga kota menuju tempat kerja...Jemmm..


 Bukan hari hujung minggu, jadi mudah mendapatkan tempat meletak kenderaan. 

Jika hujung minggu stesen minyak ini menjadi tumpuan tempat berkumpul mat-mat motor yang sering menjadikan laluan berbukit lagi berliku Selayang- Ulu Yam untuk mempamirkan jentera dan skil menonggang. Walaupun ramai yang terbabas malah ramai juga yang maut namun itu semua tidak menghalang mereka meneruskan aktiviti ini.


Sparring partner, yang selalu berkayuh bersama. Jangan dinilai luaran, walaupun berbadan gempal, aku tidak pernah berjaya mendahului beliau kecuali main tektik kotor.. ikut jalan pintas hehe..


8.30 pagi memulakan kayuhan. Cuaca pagi ok redup. Jika lambat memulakan kayuhan dikhuatiri cuaca panas akan meletihkan kayuhan


Empangan Batu..Pemandangan yang cantik dan mendamaikan...


Laporan ...laporan..hehe pantang ada kesempatan laporan wassap dihantar untuk tatapan geng lain...


Aku teringin juga menengok sendiri paras air diempangan ini.. Walaupun kebelakangan ini hujan sekali sekala telah mulai turun namun catuan air masih dikenakan di persekitaran Kuala Lumpur dan Selangor. Daerah Gombak antara kawasan yang terjejas dengan kekurangan bekalan air. Ternyata paras air tidak sebagaimana hari hari biasa...


Bila mengayuh mendaki, pemandangan sebegini dimanfaatkan untuk melepaskan lelah sambil menangkap foto. Kereta Myvi rentong. Terdapat kesan perlanggaran dibahagian bonet hadapan. Terasa rugipulak  tidak berhenti untuk menangkap gambar haiwan liar terlenyek dek kenderaan yang lalu...

Hari biasa jalan agak lengang berbanding hujung minggu. Jadi kurang seriau dengan trafik.


Mental penat sedikit terubat dengan terapi deruan air terjun dan pemandangan yang cantik...

Bukit..bukit dan bukit...ada peluang dan ruang kasi rehat dulu...lagipun ini adalah riadah, tak perlu memaksa diri. Jika terlalu memaksa, takut-takut aktiviti beriadah sebegini tidak dapat bertahan lama...

Dilokasi ini terdapat maatair yang menjadi tumpuan orangramai. Walaupun musim kemarau air tidak pernah putus mengalir. Dikhabarkan antara matair yang mempunyai kualiti air terbaik didaerah ini.



Dilokasi ini merupakan puncak tertinggi...Sekejap lagi sebahagian besar kayuhan akan menuruni bukit..Ini adalah hadiah berkayuh dikawasan berbukit..semasa mendaki memang memeritkan, disaat tiba dikawasan puncak pergh jelas kelegaan terasa. Lepas ni boleh tiru stail spiderman kaki julur kebelakang sewaktu menuruni bukit... .Laju tak laju... lori balak yang memotong tadi boleh dipotong semula...haha


Ko tengok sekejap saja dah tiba dipekan kecil ini walaupun berjarak lebih 10km dari puncak bukit tadi...Apa lagi bergambar ler...


Haha...tak perlu basikal mahal untuk beriadah...

Hampir separuh perjalanan telah ditempoh.. Matahari telah tinggi. Dalam jam 11 baru tiba disini. Walaupun jalan mendatar, namun fizikal telah mula penat kayuhan semakin perlahan...

Aku tak tau kat mana kawan aku sekarang..dah jauh tertinggal aku...Argh ko nak tinggal aku lagi jauh pun tinggal lah..Perut dah lapar, kaki dah menggeletar..Jumpa warung terus berhenti, order makanan... ngap ngap ngap.. habis..hehe..Baru aku hantar wasap kat geng aku, rupanya beliau di Pekan Rawang..adalah dua kilometer dihadapan, juga sedang menunggu aku di restoran...Aku cakap dah tak larat dah nak bergerak ke sana..Dia pulak yang berpatah balik ke warong ini...Handal sparring partner aku beb...


Tiba disini terbayang bukit yang bakal didaki lagi dihadapan..Walaupun tidak setinggi bukit laluan Selayang-Ulu Yam keadaan terik dan badan yang penat... pergh menguji ketahanan mental...
Kaki telah mula terasa kepenatan..jika terlebih paksa takut kekejangan, jadi pantang jumpa tempat teduh kasi rehat. Masa ini terfikir mau saja menahan bas atau kenderaan yang lalu he he...mujur basikal tak boleh lipat...Sektor ini paling mencabar. Ingin menamatkan pendakian sebelum tiba di check point.

Jam 1. 00 tgh hari. Panas usah cerita. Aku ingat mesti ramai yang tertanya tanya..'Mengapalah berbasikal disaat matahari sdg membara sekarang." Kekadang terasa bodoh pun ada..hehe begitulah bila badan dan mental telah penat, bermacam fikiran negatif menyelinap masuk..


2..00 petang masih tak sampai sampai ...Dikala ini seolah  rasa dah tak sanggup untuk meneruskan kayuhan...Bukit tak habis-habis.. Tak beberapa KM mendaki terpaksa akur dengan kelemahan fizikal.. Melepaskan kepenatan..Mujur ada objek yang boleh dijadikan terapi minda...Tumbuhan ini tumbuh didalam botol...teringat replika mini yang didekorasi didalam botol...seketika dapat melupakan keperitan berkayuh dibawah perit mentari...


Tiada perkataan yang boleh diungkap bila melihat bangunan ini...Dah sampai...Legaaa.!!!.


Inilah hasil kayuhan harini...hehe

Itu pasal wa sentiasa berlengan panjang bila berkayuh..Akan datang aku akan pakai topeng muka..Selain mengelakkan panas dapat menapis udara yang disedut...Asyik tersedut toksik saja...sihat diharap, lain pula jadinya nanti...

Serik...? owh tidak...Sebenarnya kepayahan dihadapi tidak seberapa berbanding orang yang mengembara berbasikal diserata ceruk rantau. Jarak keseluruhan kayuhan harini 80km mengambil masa kayuhan 3jam 45minit. Kalau dikira waktu berehat kepenatan jumlah keseluruhan adalah 6jam. Kayuhan bermula jam 8.30 pagi dan berkesudahan jam 2.30 ptg.


Aku bercita-cita untuk berkayuh ke Jambatan Pulau Pinang Ke 2...Harap kayuhan harini menjadi sebahagian latihan untuk menjayakan misi tersebut.

Terimakasih kerana membaca...hehe