Tarikh :9hb Mac 2014
Gambar gambar yang ditangkap semasa berjogging di sana.
Melihat keadaan fizikal prasarana ini ternyata kewujudannya tidak begitu dimanfaatkan..
Teater mini di Laman Budaya . Elok saja dijemput pelajar-pelajar sekolah atau pelajar tadika untuk membuat sebarang majlis kebudayaan disini terutama dihujung-hujung minggu. Disamping memnafaatkan prasarana sediada, persembahan itu dapat ditonton oleh pengunjung ...
Perigi Beracun ..tempat dimana pesalah atau musuh yang berjaya ditangkap disiksa dengan direndamkan didalam perigi yang beracun...
Rumah api yang terdapat diatas bukit. Mercutanda yang sinonim dengan Bukit Melawati. Replika rumah api mini sepatutnya boleh dijual sebagai cenderahati.
Berlatarkan belakangkan pemandangan Selat Melaka...Lokasi strategik untuk memantau kehadiran musuh dari arah laut...
Kebiasaannya monyet-monyet ini akan berkeliaran dipersekitaran menara tinjau dan menara rumah api di puncak bukit.. Mungkin baru bangun tidor kot...masih berkeliaran disini...
Bukit Melawati dimana bala tentera berkubu menghadapi serang hendap musuh...
Batu Hamparan..Tempat dimana pesalah atau musuh yang berjaya ditangkap di pancong...
Berkesempatan bertemu dengan pasangan dari Peranchis...Hampir 10 bulam mengembara berbasikal . Telah menjelajah Rusia, China, Vietnam, Thailand, Malaysia dan kemudian ini akan ke Australia.Sejumlah 10000km telah dilalui...
No comments:
Post a Comment