Friday, May 9, 2014

Jom Australia- Auburn Bandar Komuniti Islam

19hb April 2014 Sabtu

Harini akan pulangkan kereta yang dipinjam dan harini akan ambil kereta yang disewa.

                                
Sesudah subuh terus beredar dari rumah pelajar. Singgah mengabadikan foto dahulu di pintu masuk utama University Wollonggong yang tak jauh dari kediaman pelajar.

Jika semalam sebahagian besar perjalanan kami menggunakan jalan dalam, semasa balik kami menggunakan lebuhraya. Pagi-pagi hujung minggu kedapatan ramai penonggang- penongang basikal berkongsi lebuhraya yang sama. Dalam perjalanan singgah  rumah api di jeti pantai... Menyaksikan matahari pagi selain menghirup udara segar pantai. Kami dapati ombak di sini memang ganas..





Setelah menyerahkan semula kereta dan kunci kepada senior anak, kami terus ke Sydney menaiki bas. Menuju ke Trifty syarikat sewaan kenderaan. Sangkaan aku meleset. Ingatkan tempahan yang kami buat AUD33 sehari termasuk insuran perlindungan peribadi meliputi pelbagai perkara termasuk kerosakan kecil kenderaan. Rupanya tak. Harga asas hanya untuk insuran biasa seperti kemalangan. Kereta kami Mitsubishi ASX. Keadaaan seperti baru. Batuan belum lagi mencecah 2000km. Kedudukan pemanduan yang tinggi memudahkan memerhati kiri kanan dan depan...Sangat sesuai untuk percutian ditempat baru...

                                

Jika terdapat kerosakan kecil seperti kemik , tercalar dsb kami perlu mengeluarkan belanja sendiri untuk membaik pulih.  Kos baikpulih yang ditunjukkan boleh mencecah AUD 4000 bergantung kepada kerosakan. Ermm untuk melapangkan kepala otak aku memilih insuran penuh iaitu tambahan AUD33 lagi. Jika kenderaan jahanam aku tak perlu keluarkan wang walau sesen. Jadi kos sewaan kenderaan sebenar adalah AUD66 sehari. Untuk tempoh sepuluh hari bermakna hampir RM2000 ler kena bayar. Bond 200AUD dikenakan lagi sebagai wang cagaran kereta akan dipulangkan dalam keadaan baik. Jika tiada apa masalah bond akan dikembalikan.


Dapat saja kereta kami terus ke Auburn. Bandar yang terdapat ramai komuniti muslim di Australia. Bandar lebihkurang 60km di utara Sydney . Terdapat masjid besar disini. Ramai pemastautin dari negara Arab,  Turki, Indian Sub Continent dll menetap disini.

                               


Pemastautin Turki ramai.. Masjid dibina meniru rekabentuk masjid di Turki..Nama masjid pun mirip perkataan Turki.


Harga barangan dan perkhidmatan di bandar ini tak begitu mahal. Aku bergunting rambut dikenakan caj 5AUD. Makan untuk 3 orang 35 AUD . Tips ini sangat berguna. Jangan asyik bercongak menukar nilai matawang setiap kali berbelanja.. Jika berbuat demikian alamat menggigil mau keluarkan wang dari poket.  hehe ..Relaks..Anggap  nilai sama dengan sebutan nilai di tanahair..Barulah seronok berbelanja.


Sesudah itu kami ke Auburn Botanical Park. Ada taman percuma untuk orangramai beriadah. Sebagaimana taman awam lain tempat berBBQ disediakan. Ada juga taman berbayar. Masuk taman berbayar 7Aud seorang. Ronda-ronda dalam taman..Ada taman Jepun..Taman bunga bungaan juga taman haiwan. Dapatlah melihat kanggaro secara dekat selain  burung burung. itik..ermmm. Tapi tak tau ke mana gambar kanggaro menghilang.. tiada dalam simpanan memori phone...







Membeli bekalan daging halal dan terus balik semula ke Sydney. Sekarang senang memandu di negara orang. Guna saja applikasi penunjuk jalan melalui telefon pintar.. Patuhi arahan..Lurus...lurus.. Belok...belok..Masuk sungai..masuk hehe..Dan memandu di Sydney tidaklah susah kerana sistem jalanraya yang masih lagi ringkas.. Tiada lagi laluan bertingkat  berselirat seperti di bandar -bandar besar lain. Tunjuk arah applikasi mudah dituruti.

Singgah di Sydney University.




Aku suka sausana di University Sydney.. Taman berjaga rapi..

Kalau ikut aku sesudah sampai rumah ..malas untuk keluar lagi..Tapi ada seorang pelajar master menawarkan diri untuk menjadi jurupandu malam itu.  Memanfaatkan kuliah yang hanya beberapa kali dalam seminggu, beliau menawarkan khidmat jurupandu secara sambilan untuk pelancong Malaysia. Sebab beliau rakan anak aku..malam itu khidmat diberikan percuma..Kami ke Kota Sydney lagi malam itu untuk menyaksikan pertunjukan bunga api di Darling Habour..




Pembuatan candy yang terdapat di pusat belibelah di Darling Habour. Apa yang aku pelajari adalah semua pekerjaan adalah unik. Carakerja itu tidak unik kepada orang yang biasa melakukannya. tapi sangat unik untuk orang lain..Oleh itu berbangga dan hargailah  kerja yang kita miliki. Pengunjung berkerumun sambil membeli..

Hampir 12 malam tiba dirumah.

Esok kami akan ke Blue Mountain. Satu lagi destinasi pelancongan wajib untuk pegunjung luar...

Komen anda dialu-alukan  untuk menambah baik mutu penulisan. Terimakasih..







No comments:

Post a Comment