Aku akur bila membaca artikel menyenaraikan Australia termasuk antara 10 negara tercantik didunia. Dan pada aku resipi utama untuk memasuki carta itu adalah kebersihan dan kekemasan persekitaran. Kecantikan semula jadi sahaja tidak cukup untuk melayakkan negara diberi pengiktirafan sedemikian. Secara peribadi aku berpendapat kecantikan semulajadi disana adalah biasa-biasa saja tapi bila diadunkan dengan solekan landskap buatan ditambah dengan kebersihan dan kekemasan..pergh bertambah terserlah keindahan itu...dan lagi kecantikan tidak tertumpu di sesatu tempat bahkan di merata tempat. Bayangkan dalam kita memandu di kawasan agak terpencil tetiba memasuki satu pekan kecil...di pekan kecil ini pun sangat bersih dan kemas..landskap persekitaran terpelihara..pendek kata seolah berada di resort percutian...Jadi sangat layaklah mereka mendapat pengiktirafan itu..
Sebelah pagi melawat pusat bandar. Dibandar ini terkenal dengan tasik yang terbentuk kesan ledakan gunung berapi...
Inilah yang aku maksudkan dalam entry terdahulu..Dikawasan awam disediakan karung plastik untuk mengutip najis binatang peliharaan. Lebih seminggu aku Di Australia..,langsung tidak kelihatan anjing liar.. semuanya bertuan..
Melawat lebih kurang, kerana tidak banyak tempat menarik di sini kami menyambung perjalanan ke Adelaide. Keputusan bermalam ternyata tepat.
Sesekali dihidangkan dengan pemandangan ladang ternakan. .
Melalui pekan kecil. Kebetulan hariini adalah ANZAC Day di seluruh Australia
Hari memperingati prajurit tempatan yang gugur di medan perang di negara yang mereka turut serta seperti di Vietnam dsb. Sempat menyaksikan perbarisan sempena majlis itu. Prajurit vateran setempat diraikan.. Bunga-bunga di letakkan ditugu peringatan...
Seterusnya singgah di Tapak Warisan Dunia. Tapak penemuan rangka-rangka binatang purba di gua-gua bawah tanah yang banyak terdapat di sini.
Secara zahirnya memang tiada kelihatan gua-gua di sini disebabkan keadaan tanah persekitaran yang mendatar. Lazimnya gua-gua wujud di kawasan yang bergunung.
Di sini gua -gua terbentuk didasar tanah. Rangka-rangka binatang purba ditemui di dalamnya yang mungkin terperangkap dizaman dahulu...
Singgah juga di Murray Bridge untuk makan dan solat..Juga tidak menarik perhatian..Jambatan besi dan lokomotif lama di jadikan ikon pelancongan. Juga terdapat river cruise.
Ok. Sausana bandar sangat cantik. Kebetulan daun-daun pokok mula bertukar warna sebelum gugur untuk menghadapi musim sejuk...
Namun melihat kepada persekitaran bandar aku seolah tidak percaya bandar ini telah wujud begitu lama.. Bukan dari segi rupabentuk bangunan tapi dari pertambahan bilangan penduduk maupun binaan bangunan -bangunan dipersekitaran...
Takkan terlalu perlahan evolusi bandar yang berlaku...sedangkan jika di negara sedang membangun jangankan ratusan tahun bahkan belasan tahun akan terdapat perubahan fizikal yang ketara disesatu tempat.
Bandar pun tak besar . Sepatutnya melawat ke ladang strawbery, memandangkan hari telah gelap, menangguhkan lawatan keesokan hari. Jam 6 petang tiba di rumah pelajar di Adelaide berkedudukan 3km dari pusat bandar.
Esok kami akan ke bandar Adelaide...
No comments:
Post a Comment