Bermula dengan sembang-sembang di alam maya. Satu pertemuan dirancang untuk menemukan semula bekas pelajar SPM Batch 84 Sains Muar, Johor yang telah 30 tahun terpisah. AJK penaja dibentuk. Perbincangan demi perbincangan diadakan untuk mengatur detik bersejarah tersebut. 174 jumlah bekas pelajar , 101 berjaya dikesan dan bersetuju untuk hadir. Manakala bekas guru seramai 70 orang turut teruja untuk datang. Ditambah dengan sukarelawan pelajar sediada, jumlah keseluruhan yg bersetuju untuk hadir adalah seramai 200 orang.
Setelah 6 bulan merancang akhirnya tertunailah hajat untuk bertemu dengan rakan-rakan bekas pelajar pada Sabtu 21hb Jun 2014.
Adik-adik dari kelab kebudayaan sekolah turut diundang untuk menyerikan majlis. Malam sebelum hari bersejarah mereka turut membuat persediaan rapi.. Lagu-lagu irama ghazal dan tarian zapin bakal menceriakan sausana..
Meja-meja tetamu disusun mengikut tema warna rumah..
Inilah saat yang ditungu-tunggu.. bertemu kenalan lama...
Keterujaan pertama kali bertemu sesudah 30tahun terpisah memang sukar digambarkan...Ada yang masih mengekalkan ciri-ciri perwatakan dan fizikal...Atau sebahagiannya berubah sepenuhnya dan mengambil sedikit masa untuk mengenali semula......Kejutan-kejutan sebegini seringkali mewarnai sausana dan menjadi daya penarik setiap pertemuan...
Secari peribadi aku pelik sekirannya hari-hari bersejarah sebegini tidak disambut sebaik mungkin oleh bekas-bekas pelajar untuk menghadirinya.. Jika terlepas peluang sebegini entah bila dapat berkumpul lagi beramai-ramai mengembalikan nostalgia silam...
Kehadiran tetamu kehormat dirai..Paluan kompang dengan iringan bunga manggar menyambut mereka
Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan dari wakil pelajar..
Juga ucapan dari Tuan Pengetua..
Tarian zapin juga dipersembahkan...
Sebahagian tetamu yang hadir..Sambil menyaksikan aturacara yang disusun para tetamu tidak melepaskan peluang berinteraksi sesama mereka...
Manusia hanya mampu merancang...Walaupun dengan pelbagai perancangan, persiapan dan promosi., hanya sebahagian peserta yang hadir ketika majlis sebenar diadakan. Keseluruhan 70 peratus daripada 200 peserta yang hadir..Sayang sungguh kehadiran seolah tidak sepadan dengan persiapan yang diaturkan .. Melihat kepada sebahagian meja yang kekal kosong sehingga berakhirnya majlis terbit rasa terkillan dengan rakan-rakan yang tidak hadir. Tak mengapalahlah barangkali mereka mmempunyai aral yang tidak dapat dielakkan
Acara mengabadikan foto kenangan bersama pelajar dan guru-guru..
Kelas Pujangga- Kuning
Kelas Budiman- Hijau
Sarjana - Merah..
Sebahagian ahli kelas yang dapat hadir. Pujian kepada kelas kami kerana mencatatkan kehadiran teramai...Sebahagian lagi tidak dapat diabadikan difoto ini, hadir tapi beredar dengan segera kerana mempunyai urusan lain..Syabas..
Acara kemuncak majlis adalah penyampaian kutipan dana yang berjaya dikutip dikalangan bekas pelajar kepada pihak sekolah.
Teruja aku baca..satu catatan yg baik...tak tau bila lagi kita dapat mengumpulkan Samura 84...mungkinkah 30 tahun lagi...oh tidak...terimakasih banyak2 utk Samura84 yg terus mengekalkan dan mengeratkan hubungan Silaturrahim...kenangan yg amat bermakna..tima kasih kang atas bicara ini....kang jata...
ReplyDelete