30hb Ogos 2014 Sabtu
Antara sebab aku bersungguh menemani rakan
ke Kuala Trengganu adalah untuk merasai lebuhraya baru LPT2. Diceritakan
oleh rakan yang pulang bercuti Hariraya Aidilfitri baru ini hanya ‘sebahagian
laluan’ saja yang belum dibuka. Aku ingin
tahu ‘sebahagian laluan’ mana yang masih belum dibuka. Adakah terdapat
penambahan jarak yang baru berbanding
dengan apa yang pernah aku lalui sebelum ini. Kali terakhir aku melalui LPT2
pada sekitar March 2014, laluan antara
K.Trg-Paka telah dibuka sebelum trafik
dilencongkan ke jalan lama. Laluan Paka- Jabor berbaki tidak melebihi 100KM
untuk terus berhubung dengan lebuhraya LPT sediada. Sekiranya keseluruhan laluan dibuka jarak
K.Trg ke Kuantan tidak melebihi 250km. Jika bermotor tak sampai 2 jam telah
tiba. Ini yang sangat teruja untuk mencuba.
Keterujaan itu yang berlegar dibenak fikiran semasa melayani
tonggangan di lebuhraya. Setiba nya di Jabor, laluan ke Trengganu masih ditutup dan kami
menyusuri exit Jabor dan menuju ke Cheneh melalui jalan lama. Barangkali laluan Jabor- Cheneh kot yang
belum siap sepenuhnya..Setibanya di Cheneh dan memasuki leburaya semula,
ternyata laluan ke Trengganu juga masih
ditutup..Tapi laluan ke Jabor pula yang sudah dibuka... . Pelik.. tadi dari Jabor
, lebuhraya ke Cheneh seolah tak siap
kerana trafik terpaksa dilencongkan ke jalan lama.. Kami berpatah balik ke
Jabor melalui lebuhraya, sekadar ingin tau kenapa dari Jabor tadi trafik
dilencongkan, sedangkan trafik boleh
menggunakan laluan di kedua-dua arah..
Rupanya trafik perlu memasuki lebuhraya melalui akses lain di Jabor. Ermm patutlah.
Kesudahannya kami ke Trengganu melalui Kemaman seterusnya
melalui jalan pantai...Aku tak begitu
gemar melalui laluan ini kerana terpaksa menempuh banyak pekan dan simpang ... Hangit badan berada dibawah
terik mentari kerana terpaksa banyak
berhenti setiap kali menempuh simpang
berlampu isyarat merah. Namun begitu
berbaloi juga melalui laluan itu kerana dapat merasai perbezaan pembangunan
sepanjang jalan tersebut. Perubahan ketara adalah , jalan antara Kemaman dan
Kuala Trengganu kini hampir 70 peratus telah dilebarkan kepada laluan empat
lorong. Harap-harap jalan akan
dilebarkan sepenuhnya dalam waktu terdekat ini sebagai alternatif kepada LPT2.
Setelah mengharongi laluan yang sibuk dalam hujan renyai sambil singgah berehat
meredakan lengoh, jam 8.00 malam kami tiba di Kuala Trengganu.. Ermm melepas
untuk melalui lebuhraya baru..Entah bila lebuhraya boleh disiapkan. Dulu
dikhabarkan keseluruhan lebuhraya boleh dibuka sepenuhnya pada bulan September
2014...Mengalami kelewatan lagilah nampaknya. Diharap pihak berwajib memantau
kemajuan pembinaan secara dekat untuk mengelakkan kelewatan terus berpanjangan.
Ikuti sambungan coretan semasa balik ke KL di entry akan
datang.. Memang tak boleh aku lupa..Dua biji motorsikal kecil dan sebuah kereta
seolah mengajak kami berlumba...Dengan kereta sebagaimana dijangka tapi dengan
motorsikal kecil memang diluar dugaan... Aku masih ketar lutut bila mengenang
peristiwa itu.. Tunggu
No comments:
Post a Comment