16hb November 2014
Daerah daerah di Melaka
yang terletak di persisiran pantai memang terkenal dengan medan –medan ikan
bakar. Pekan-pekan yang terletak di muara-muara sungai menghadap Selat Melaka
sangat strategik untuk aktiviti tersebut. Sambil makan-makan pengunjung boleh
menikmati keindahan Selat Melaka.
Umbai, Serkam, Alai, Pernu sekadar menyabut beberapa nama memang sudah
terkenal dengan medan ikan bakar. Baru-baru ini kami ke Medan Ikan Bakar Pernu.
Berbanding medan makan
di Umbai, Medan di Pernu beroperasi lebih awal.. Jam 5
petang sausana telah meriah…
Keindahan semula jadi juga cantik…Bot-bot nelayan atau bot penambang memenuhi muara sungai. Di sini terdapat jeti untuk pengunjung melawat ke Pulau Besar
. Kedapatan tumbuhan paya bakau di
persisiran pantai yang jika dieksploitasi boleh menyerlahkan lagi keindahan
kawasan. Terdapat usaha meambah baik kawasan dengan landskap. Cuma aku
berpendapat masih jauh untuk mencapai taraf nasional apatah lagi internasional.
Perlu diwujudkan factor ‘wow’ untuk dinikmati pengunjung..
Bagi aku, kekemasan, kebersihan dan
keceriaan kawasan dibawah 4 bintang dari keseluruhan 10.. Dicadangkan pihak
penguasa tempatan menjalankan pertandingan rekabentuk untuk menaik taraf semula
semua kawasan tumpuan yang boleh dipromosi kepada pengunjung dalam dan luar
negara. Aku percaya ramai pengunjung mengimpikan sausana seperti di resort
percutian..Perlu dielsploitasi kehadiran pengunjung dalam dan luar yang ramai mengunjungi Melaka bersejarah untuk berhabis duit pula di medan-medan selera.
Malam itu kami berkunjung ke Gerai Paramiswara..Servis ok 6 bintang. .Tidak lama menunggu pelayan datang..,Menunggu makanan dan minuman tiba juga tidak lama. Jika pelayan yang mengambil tempahan lebih murah dengan senyuman aku tak teragak agak member penarafan 8 bintang..hehe
.
Keenakan sajian aku beri 4 bintang.. Pari
asam pedas tidak seenak yang pernah aku rasa.. Begitu juga dengan ikan kerapu masak
masam manis .. Lain-lain makanan seperti ketam
sambal, sotong , udang goring
bersalut tepung maupun kerang bakar berserta kuah ok tidak menghampakan. Harga juga berpatutan 6 orang dengan pelbagai
hidangan makanan laut dan pelbagai jus buah
dikenakan caj 150…Secara keseluruhan… Sangat bernilai untuk wang anda..
26 hb November ini
sesudah mengambil anak yang tamat peperiksaan SPM di Jasin, InshaAllah kami akan
berkunjung lagi ke sini dalam lawatan ke Pulau Besar pula, pulau yang
kali terakhir aku kunjungi 33 tahun dahulu…Nantikan coretan kami…
No comments:
Post a Comment