20 Disember 2014, Sabtu
Lokasi Kompleks Sukan Bukit Jalil.
Kebetulan ke Serdang pagi itu, menyinggah ke Kompleks Sukan Bukit Jalil, bukan nak beli tiket bola tapi nak tengok karnival permotoran di sana yang diadakan di perkarangan Stadium Olahraga Bukit Jalil. Karnival tamat pada Ahad 21hb Disember 2014. Tak sangka kehangatan perlawanan akhir bola AFF Suzuki Cup sudah menyelubungi persekitaran Kompleks Sukan, seawal jam 10 pagi...bahkan mungkin awal dari itu..Ramai peminat sudah berpusu-pusu ke stadium..
Gerai-gerai jualan sementara yang kebanyakan menjual jersey , cenderahati , makanan dll begitu meriah mempromosi barang jualan
Dengan harga jersey serendah RM10 , rugi jika tidak membelinya untuk berkongsi kehangatan...Kualiti pun boleh tahanlah...
Tujuan utama menyinggah ke Kompleks Bukit Jalil adalah untuk melihat karnival ini...International Motor Fairs- IMF. Tiket tak dikenakan tapi disuruh beli air dikaunter masuk. Ermm serupa beli tiketlah... Air mineral 500ml RM2.50 disamping itu dapat tiket cabutan bertuah..
Banyak kiosk-kiosk menjual merchandize berkaitan permotoran..Pastinya motor .., helmet.. jaket, boot dll
Pelbagai aktiviti dan pameran turut diadakan...
Pameran motor berhias...
Jualan motor pelbagai jenama dari pengedar pelbagai syarikat...Ermm sangat berkenan dengan motor yang tengah tu Yamaha Super Tenere...Berat ok..Ketinggian ok.. Ingat minggu hadapan nak test ride.
Juga perlumbaan motor cross
No problem cuba lagi di lain temasya...
No comments:
Post a Comment