25 hb Dec 2014, Khamis
Lokasi Klia 2
Selepas pemindahan LCCT ke KLIA 2 ini pertama kali menjejakkan kaki disitu. Memang macam rusa masuk kampong… Terminal jauh lebih canggih dari terminal terdahulu.
Walaupun telah dibesarkan terminal tetap sesak dengan pengunjung.
Sepatutnya seluruh tandas ditempat awam maupun ditempat persendirian meniru konsep ini. Kerja penambahbaikan di R n R lebuhraya contohnya kenapa masih mengekalkan konsep tandas lama...?
Benarlah nasihat orang tua tua..Bila sesat dihujung jalan., kembalilah ke pangkal jalan. ..Mengingati semula menurunkan penumpang dibalai berlepas seterusnya menuju ke tempat parking. Balai berlepas dan parking yang dituju tadi lebihkurang sama aras…Yess . Mujur datang tadi terus saja mendapat tempat kosong.. Seandainya aras awal penuh dan terpaksa menuju ke aras berbeza nescaya berpinar mencari kenderaan diseluruh tingkat kawasan parking.
Jadi kepada bakal pengunjung jangan ambil enteng mendapatkan rujukan tempat kenderaan anda. Ambil juga rujukan lift yang digunakan kerana tempat yang luas mempunyai banyak lift. Adat memasuki kawasan baru selalunya kita akan hilang arah..Ambillah langkah ini untuk mengelakkan tragedi berulang, kecuali daya ingatan anda benar-benar kuat lagi mantap ..Tapi kenapa harus mengambil risiko.. Bersusah susah dahulu bersenang senang kemudian...
No comments:
Post a Comment