Wednesday, February 11, 2015

Ekspedisi Trans Jawa 2015



Merancang itu baik tetapi  terlebih merancang itu tidak baik. Teringat kata-kata pengembara basikal solo, jika ingin mengembara…, teruskan tanpa perlu persediaan yang terlalu rapi…Jika menunggu keadaan terlalu ideal untuk mengembara nescaya rancangan hanya tinggal angan-angan. Dalam sesuatu perkara kita perlu berani untuk menempuh risiko..Disebabkan tekadnya itu kini beliau hampir berjaya menakluk dunia hanya dengan berbasikal…


Kami ingin berekspedisi lagi. Semasa mula- mula merancang kira-kira 4 bulan dulu., aku  risau kerana tarikh cadangan adalah pada Febuari 2015.. Tempoh yang agak lama..Dibimbangi terdapat pelbagai aral sebelum tiba waktu yang ditetapkan. Sebagaimana rancangan untuk ke China dulu yang terkandas ditengah jalan walaupun pelbagai perancangan teliti telah diadakan termasuk menghubungi kedutaan ke dua-dua negara. Kos jadi penghalang…Terlalu banyak pertimbangan kontigensi sehingga memudarkan semangat untuk mengembara…Kini Febuari 2015 telah menjelma. Esok 12hb Feb 2015-28 Feb 2015 kami akan memulakan ekspedisi mengelilingi Pulau Jawa Indonesia.. Harap-harap kali ini ekspedisi berjalan dengan lancar…

Ekspedisi mengelilingi Pulau Jawa . Jarak yang bakal ditempuh dalam 4000km. ..Jarak yang sederhana menurut perbandingan jarak yang pernah kami lalui sebelum ini sejauh lebih 6 ribu kilometer berekspedisi sehingga ke Utara Thailand atau ke Kemboja maupun ke sepadan Laos.. Bandar-bandar berikut bakal dikunjungi..Jakata-Banten-Bogor-Bandong-Purwokerto-Jogja -Malang- Bali- Surabaya- Semarang-Cerebon . Untuk ekspedisi Pulau Jawa ini seramai 7 peserta akan turut sama. Ekspedisi yang akan mengambil masa selama 15hari.

Aku memang teringin benar bermotorsikal ke Pulau Jawa.. Kalau diikutkan Disember 2014 menjadi pilihan tetapi tiada rakan yang berkesempatan. Berekspedisi ini seeloknya berteman. Walaupun seorang. Sewaktu mengelilingi Sumatera dulu kami hanya berdua.. Keterujaan meneroka destinasi baru tidak akan sama dengan mengunjungi destinasi yang telah kerap kita kunjungi. Keluasan Pulau Jawa  hampir sama dengan Semenanjung Malaysia. Motorsikal pilihan kali ini adalah motorsikal bersesaran 150cc yang mempunyai tangki di depan supaya mudah mengisi minyak . Tidak perlu motor bersesaran tinggi. Selain kos sewa yang rendah motor yang bersesaran sederhana lebih mudah dikendalikan lebih-lebih lagi sewaktu mengharungi kesesakan kota . Motor akan disewa di Jogjakarta. Pengalaman di Sumatera menjadi pengajaran. Sukar menurun naik barangan untuk mengisi minyak kerana kedudukan tangki yang berada di bawah tempat duduk..Dalam ekspedisi kaedah yang ringkas  adalah kelebihan…

Angaran awal kos ekspedisi dalam 3-5 ribu… Amacam kawan-kawan jom laa.



Kelle's Castle Perak...

8 Feb 2015

Menyelam sambil minum air.  Kebetulan melalui kawasan ini untuk ke Sri Iskandar Perak, tidak melepaskan peluang, terus singgah ke Kelle's Castle. Walaupun dulu seringkali saja melalui jalan ini, tapi tidak terdetik pun untuk singgah.. Kali ini dengan penambahbaikan persekitaran serta promosi di akhbar sempena Tahun Melawat Perak 2014 membuatkan teruja untuk melawat. 



Dulu seingat aku melawat adalah percuma.. Kini berbayar. . Rasanya pengunjung tidak kesah membuat bayaran asalkan lawatan adalah berbaloi.. Kos untuk mengindahkan persekitaran dan menyelenggara pun bukannya murah. Lagipun tiket berpatutan RM 5 untuk dewasa dan rm3 untuk kanak kanak. Untuk pengunjung asing harga dewasa dalam 12 ringgit. 





Tulisan besar Kelle's Castle berlatarbelakangkan bangunan ikonik antara penambahbaikan yang rasanya semua orang suka.. Aku tengok ramai orang temasuk kami tidak melepaskan peluang bergambar disini..hehe

Gerai makanan, minuman  juga gerai gerai menjual cenderahati juga tandas awam turut disediakan.



Dekorasi gerai dengan kerusi-kerusi standard aku sangat suka. Walaupun bangunan baru tapi penampilan cuba disepadankan dengan bangunan sediada. Diharap tidak akan ada pencemaran dengan meletakkan payung payung pasar malam maupun kerusi meja plastik yang akan mencacatkan pemandangan dan keindahan yang cuba diterapkan.  

                          

Namun secara peribadi penampilan kaunter tiket ni sedikit lari dari konsep keseluruhan..




Persekitaran nampaknya dijaga rapi..


Pemandangan dari atas menyaksikan pemandangan yang indah walaupun subjek yang ditonjolkan hanyalah binaan lama yang tak siap..







 Terdapat nota nota disetiap sudut untuk memberi info kepada pengunjung.
 Walaupun kekadang info yang ditonjolkan barangkali hanya gimik..pengunjung teruja...


He he hantu yang dimaksudkan dalam tulisan di atas..Seorang lelaki sedang merenung keluar tingkap..

                             

Akan tetapi bila memandang ke sini nampak banyak kekurangan... Beserabut gitu.. Pengindahan tebing sungai perlu dibuat. Landskap persekitaran perlu ditingkatkan. Aku pun heran kenapa pokok pokok maupun bunga bungaan  tersangat kurang ditanam...

Secara keseluruhannya berbaloikah lawatan ini.. Yea sangat berbaloi.. Walaupun ada ruang penambahbaikan.. Secara peribadi aku memberi markah 7 bintang. hehe.. Persekitaran kemas dan bersih.. 


Cuma yang ini...sangat mencacatkan dan mendukacitakan. Taik taik lembu juga dilihat bersepah di kawasan letak kereta.

Jomlah kawan kawan sama sama jaga keindahan dan kebersihan.. Negara kita tersangat indah jika tahu menghargai dan dipelihara. Percayalah yang indah itu bersih, yang bersih pasti indah...

Thursday, February 5, 2015

Puncak Emerald.. Jom Riadah...


3 Feb 2015 Selasa

Dulu seringkali kami beriadah ke sini. samada berjalan kaki atau berbasikal. Keadaan mukabumi yang  berbukit menjadikan kawasan di sini satu  tarikan kepada periadah lain juga. Inilah salah satu tempat berbukit yang masih ada berhampiran kawasan perumahan kami. Entah berapa lama mampu bertahan jika dinilai dengan pembangunan yang sedang berjalan dipersekitarannya.  Ketika ini sekeliling masih dipenuhi dengan hutan sekonder . Ramai  yang  beriadah di sini samada di waktu awal pagi atau petang. 

Sejak terserempak dengan kelibat  selain   kesan tapak kaki babi hutan, aktiviti kami terhenti seketika. Adalah kot lebih 2 tahun. Lama kelamaan keterujaan untuk mendaki bukit datang kembali.. Dari kejauhan kelihatan hutan tidaklah setebal dulu.. Sebahagian pokok pokok dan kawasan berbukit  telah ditebang dan diratakan..Mungkin pembangunan sedang dirancang dalam beberapa waktu akan datang.. Kelihatan  juga periadah tetap berkunjung kesana.. dan nampaknya semakin ramai.. maka kami ingin mencuba lagi..Harap harap binatang liar telah menjauhkan diri dengan sausana baru ini.





Seronok berjalan diawal pagi sambil mendaki bukit yang tidaklah terlalu curam. Dapat menghirup bauan dedaun pokok hutan yang menyegarkan..Walaupun tempat yang nak dituju tidaklah dekat tapi penat tidak begitu terasa..




Puncak yang dipacak dengan bendera itu yang menjadi titik tumpuan. Sayup dari kejauhan  dapat melihat juga puncak Genting Highland...


 Lihatlah bagaimana pembangunan yang sedang berjalan dibawah bukit sana. Disitu dahulunya adalah sebahagian kawasan padang golf sembilan lubang. Lama kelamaan kawasan yang kami lalui ini juga bakal mengalami nasib sama. Hanya tinggal kenangan dan sejarah..


Dalam perjalanan ke puncak terdapat banyak khemah khemah yang didirikan di sebalik bukit .. Rasanya tempat persembunyian warga asing yang tidak memiliki permit untuk bersembunyi dari serbuan pihak berkuasa di tapak-tapak pembinaan.





Yeahh ..Taklah sesukar mana untuk tiba di sini.. Periadah menjadikan poin ini  destinasi terakhir sebelum menamatkan riadah dan menuruni bukit semula.




Pemandangan persekitaran boleh dinikmati dari puncak bukit ..Sempena cuti umum ini ramaillah budak budak sekolah yang turut mendaki dan melepak  di puncak sini. Eloklah beraktiviti sihat sebegini. Jika dapat beriadah santai minima 4 jam seminggu itu dah dikira baik.. Dikhabarkan aktiviti berjalan untuk tempoh ini  dapat mengurangkan risiko diserang penyakit kanser sekurang kurangnya sebanyak 10 peratus..Hah apa lagi...! Jomlah riadah..





Tuesday, February 3, 2015

Bukit Frazer 2015


2 Feb 2015
Sempena cuti Thaipusam kami ke Bukit Frazer lagi. Saja jalan jalan sementara menunggu pasport anak siap. Memperbaharui pasport di imegresen Kuala Kubu Bahru  ternyata lebih cepat berbanding di bandar besar lain. Jika memperbaharui di pejabat imegresen tumpuan, rasanya untuk megambil nombor saja memakan masa..Silap haribulan giliran pun tak dapat dek ramainya orang yang ingin berurusan.


Kesempatan itu kami terus menujuk ke puncak. Tak jauh.. dalam 38km saja dari KKB. Sausana di sini kami suka..Masih lagi dikelilingi dengan kehijauan.

Walaupun suhu tidaklah begitu dingin tapi dapat merasai kenyamanan udara. Dari segi kekemasan dan kebersihan kawasan aku beri 6 bintang. Namun masih banyak ruang penambahbaikan boleh dilakukan oleh PBT disini.   Antaranya meningkatkan keindahan landskap.. Keseragaman gerai dsb..

Walaupun hari kelepasan am pengunjung masih kurang .,. Diperhatikan ada  resort resor-resort yang ditutup. Barangkali tidak dapat menampung kos operasi disebabkan pengunjung yang kurang memberangsangkan. PBT kena pertingkatkan promosi. Kena wujudkan keunikan yang akan jadi kenangan pengunjung..Apakata dibina binaan replika ikon ikon terkenal dunia di beberapa tempat dipuncak. Dengan kawasan yang tidak begitu luas rasanya  tidak sukar untuk diuruskan.

Untuk menjana pendapatan kena berani melabor...Hanya  duit dapat memancing duit..