Thursday, February 5, 2015

Puncak Emerald.. Jom Riadah...


3 Feb 2015 Selasa

Dulu seringkali kami beriadah ke sini. samada berjalan kaki atau berbasikal. Keadaan mukabumi yang  berbukit menjadikan kawasan di sini satu  tarikan kepada periadah lain juga. Inilah salah satu tempat berbukit yang masih ada berhampiran kawasan perumahan kami. Entah berapa lama mampu bertahan jika dinilai dengan pembangunan yang sedang berjalan dipersekitarannya.  Ketika ini sekeliling masih dipenuhi dengan hutan sekonder . Ramai  yang  beriadah di sini samada di waktu awal pagi atau petang. 

Sejak terserempak dengan kelibat  selain   kesan tapak kaki babi hutan, aktiviti kami terhenti seketika. Adalah kot lebih 2 tahun. Lama kelamaan keterujaan untuk mendaki bukit datang kembali.. Dari kejauhan kelihatan hutan tidaklah setebal dulu.. Sebahagian pokok pokok dan kawasan berbukit  telah ditebang dan diratakan..Mungkin pembangunan sedang dirancang dalam beberapa waktu akan datang.. Kelihatan  juga periadah tetap berkunjung kesana.. dan nampaknya semakin ramai.. maka kami ingin mencuba lagi..Harap harap binatang liar telah menjauhkan diri dengan sausana baru ini.





Seronok berjalan diawal pagi sambil mendaki bukit yang tidaklah terlalu curam. Dapat menghirup bauan dedaun pokok hutan yang menyegarkan..Walaupun tempat yang nak dituju tidaklah dekat tapi penat tidak begitu terasa..




Puncak yang dipacak dengan bendera itu yang menjadi titik tumpuan. Sayup dari kejauhan  dapat melihat juga puncak Genting Highland...


 Lihatlah bagaimana pembangunan yang sedang berjalan dibawah bukit sana. Disitu dahulunya adalah sebahagian kawasan padang golf sembilan lubang. Lama kelamaan kawasan yang kami lalui ini juga bakal mengalami nasib sama. Hanya tinggal kenangan dan sejarah..


Dalam perjalanan ke puncak terdapat banyak khemah khemah yang didirikan di sebalik bukit .. Rasanya tempat persembunyian warga asing yang tidak memiliki permit untuk bersembunyi dari serbuan pihak berkuasa di tapak-tapak pembinaan.





Yeahh ..Taklah sesukar mana untuk tiba di sini.. Periadah menjadikan poin ini  destinasi terakhir sebelum menamatkan riadah dan menuruni bukit semula.




Pemandangan persekitaran boleh dinikmati dari puncak bukit ..Sempena cuti umum ini ramaillah budak budak sekolah yang turut mendaki dan melepak  di puncak sini. Eloklah beraktiviti sihat sebegini. Jika dapat beriadah santai minima 4 jam seminggu itu dah dikira baik.. Dikhabarkan aktiviti berjalan untuk tempoh ini  dapat mengurangkan risiko diserang penyakit kanser sekurang kurangnya sebanyak 10 peratus..Hah apa lagi...! Jomlah riadah..





No comments:

Post a Comment