10 Julai 2015
Lagi kemalangan maut melibatkan rakan motorsikal...Rakan satu grup wassap dan rakan sekonvoi ke Kemboja 2013...Dalam grup konvoi dulu ada dua orang yang mempunyai perwatakan unik sewaktu bergambar...setiap foto yang diabadikan 99.99 persen tidak akan terlepas dari menunjukkan isyarat Good dan isyarat Peace...Rakan yang meninggal Allahyarham Mohd Nazrul bin Marof atau lebih dikenali sebagai Tun dikalangan kami terkenal dengan isyarat peacenya. hehe. (Gambar atas kanan sekali) Rezekinya di dunia tamat pada usia 38 tahun akibat kemalangan merempuh belakang lori di Kerinchi Link awal pagi Jumaat sewaktu menuju ketempat kerja. Semoga pemergiannya dibulan mulia Ramadhan dan dipenghulu segala hari Jumaat, beliau tergolong dalam golongan yang dirahmati. Aaminn.
Lagi kesalahan dipihak lain yang mengakibatkan penonggang motor kehilangan nyawa..Menurut saksi ditempat kejadian, pemandu lori tetiba menukar lorong dan kebetulan tempat kejadian pula berada di selekoh.. Dalam situasi itu memang tak ada apa yang mampu dibuat melainkan menekan brek sekuatnya tapi dengan keadaan yang sebegitu tiba-tiba ditambah dengan tujahan kuasa kuda motor Kawasaki Versys650cc amat mustahil untuk mengelak .. Pengakhirannya mangsa maut ditempat kejadian.
Banyak kes kemalangan disebabkan penukaran laluan secara tiba tiba sebegini...Kemalangan melibatkan ayah kepada rakan anak jiran juga ceritanya hampir sama saja. Cerita itu turut dimuatkan di pautan ini....,Kemalangan Maut-di-km349.1-lebuhraya-plus arah utara 2012
Berbeza dengan kenderaan ringan yang sedikit mudah meluncur sewaktu mengubah haluan, kenderaan berat tidak begitu.. Ia ibarat tembok penghadang yang menanti untuk dirempuh apatah lagi dalam sausana jalan yang sedikit lengang...dan kenderaan dibelakang sedang bergerak laju ...
Jika dinilai dengan lori dalam kejadian terbaru ini...ciri ciri pencahayaan langsung takada...Perlu dijadikan syarat wajib lulus Puspakom, belakang kenderaan mesti diberi pencahayaan sehingga ke bumbung kargo yang boleh dilihat dari kejauhan . Bayangkan dalam kesuraman malam atau awal pagi, kanvas lori yang berwarna kelabu seolah berpadu satu dengan persekitaran yang suram. Dengan pencahayaan yang kurang, pergerakan yang perlahan ditambah lagi secara tiba tiba mengubah haluan... mata secerah helang pun rasanya tak mampu untuk melihat dengan jelas..Kesudahannya habislah..Bertambahlah lagi statistik kemalangan maut..
Semoga roh sahabat aku itu tenang disana.. Aminn. Alfatehah