click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Saturday, July 11, 2015

Kemalangan Maut Km 6.5 Kerinchi Link...

10 Julai 2015


Lagi kemalangan maut  melibatkan rakan motorsikal...Rakan satu grup wassap dan rakan sekonvoi ke Kemboja 2013...Dalam grup konvoi dulu ada dua orang yang mempunyai perwatakan unik sewaktu bergambar...setiap foto yang diabadikan 99.99 persen tidak akan terlepas dari menunjukkan isyarat Good dan isyarat Peace...Rakan yang meninggal  Allahyarham Mohd Nazrul bin Marof atau lebih dikenali  sebagai Tun dikalangan kami terkenal dengan isyarat peacenya. hehe. (Gambar atas kanan sekali) Rezekinya di dunia tamat pada usia 38 tahun akibat kemalangan merempuh belakang lori di Kerinchi Link awal  pagi Jumaat sewaktu menuju ketempat kerja. Semoga pemergiannya dibulan mulia Ramadhan dan dipenghulu segala hari Jumaat, beliau tergolong dalam golongan yang dirahmati. Aaminn.

Lagi kesalahan dipihak lain yang mengakibatkan penonggang motor kehilangan nyawa..Menurut saksi ditempat kejadian, pemandu lori tetiba menukar lorong dan kebetulan tempat kejadian pula berada di selekoh.. Dalam situasi itu memang tak ada apa yang mampu dibuat melainkan menekan brek sekuatnya tapi dengan keadaan yang sebegitu tiba-tiba ditambah dengan tujahan  kuasa kuda motor  Kawasaki Versys650cc amat mustahil untuk mengelak .. Pengakhirannya mangsa maut ditempat kejadian.

Banyak kes kemalangan disebabkan penukaran laluan secara tiba tiba sebegini...Kemalangan melibatkan ayah kepada rakan anak jiran juga ceritanya hampir sama saja. Cerita itu turut dimuatkan di pautan ini....,Kemalangan Maut-di-km349.1-lebuhraya-plus arah utara 2012

Berbeza dengan kenderaan ringan yang sedikit mudah meluncur  sewaktu mengubah haluan, kenderaan berat tidak begitu.. Ia ibarat tembok penghadang yang menanti untuk dirempuh apatah lagi dalam sausana jalan yang sedikit lengang...dan kenderaan dibelakang  sedang bergerak laju ...



Jika dinilai dengan lori dalam kejadian terbaru ini...ciri ciri pencahayaan langsung takada...Perlu dijadikan syarat wajib lulus Puspakom, belakang kenderaan mesti diberi pencahayaan sehingga ke bumbung kargo yang boleh dilihat dari kejauhan . Bayangkan dalam kesuraman malam atau awal pagi, kanvas lori yang berwarna kelabu seolah berpadu satu dengan persekitaran yang suram. Dengan pencahayaan yang kurang, pergerakan yang perlahan ditambah lagi secara tiba tiba mengubah haluan... mata  secerah helang pun rasanya tak mampu untuk melihat dengan jelas..Kesudahannya habislah..Bertambahlah lagi statistik kemalangan maut..

Semoga roh sahabat aku itu tenang disana.. Aminn. Alfatehah


Sunday, July 5, 2015

Jomlah berkebun...


Baca akhbar pagi ni antara berita yang dimuatkan daun sup naik harga lebih 500 persen...Jika dimuat naik di media sosial tentunya mengundang pelbagai komen. Antara faktor yang pasti disentuh tentunya GST..Gst lagi...Bila orang sudah benci...Dalam seribu kebaikan dengan satu keburukan..yang buruk akan dicanang kiri kanan, depan belakang...

Perubahan bermula dari diri sendiri.. sempena hujung minggu apa kata kita memanfaatkan sedikit ruang laman rumah yang ada.. .Jika kawasan lapang tak cukup boleh saja bertanam di pasu...Jangan beralasan.

Jika dalam hal sekecil ini pun kita memilih untuk mengeluh dan menyalahkan pihak lain kita patut mencermin  dan menyalahkan diri sendiri. Daripada menghabiskan tenaga menghentam pihak lain langkah mudah berikut boleh saja diambil untuk tanam pokok sup kegunaan sendiri...

1. Beli pasu murah tak sampai pun RM2

2. Cari tanah.. Kekadang banyak tanah bakar subur ditempat buangan sampah haram yang boleh dimanfaatkan. Jika beli pun sekampit murah tak sampai RM2.

3. Cucuk  lebihan batang pokok sup yang penah kita beli... Ada petua kata elok direndam dulu ...

4.. Jangan lupa dibaja dan disiram... Selebihnya bertawakallah..

Selain itu boleh saja bercucuk tanam dengan pelbagai tanaman yang boleh dimakan atau dijadikan halwa mata...



 Pokok ulam mengkudu


Pokok ulam 'sweet besel'...



 Pokok pokok yang boleh dimakan boleh disulam dengan bunga bungaan...Jadikan halwa mata hehe





Pandan , ulam kaduk...pokok kari..pokok kantan..


Daripada menghabiskan masa memanaskan tempat tidur lebih baik bermandi peluh... Badan sihat duit pun jimat. Nabi pun  dah pesan jangan tidur sesudah subuh, selepas asar dan sebelum isya... Pasti ada manfaatnya...


Kacang panjang , cili bendi, halia, kunyit...


Usaha ini perlu dijalankan dengan minat. Jika dilihat dari sudut berbaloi.memang kekadang tidak begitu berbaloi berbanding dengan usaha dan perbelanjaan, tapi harus dingat hasil yang diperolehi bukan sekadar dalam bentuk wang ringgit semata, Nilai keseronokan melihat hasil tanaman membesar juga manfaat badan sihat..yang ini memang tidak ternilai...

Jom jom kita berubah.. Mulakan dari diri sendiri.. Kita mampu menguhahnya...

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK