click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Sunday, August 25, 2024

Anjing Kebun...

Jiran kebun baru membela anak anjing, 4 ekor semuanya. Kehidupan terpencil perlu pengawal untuk menghalau penceroboh... rumahnya pernah dimasuki pencuri..Baginya oklah sebab memang tinggal di situ. Seawal 6 pagi keluar berniaga warong makanan di pekan, jam 3 ptg  kembali ke rumah dan mengusahakan dusun pula..Bila tinggal di situ kebajikan haiwan belaan terjaga.

 Rumah jiran berada di tepi jalan besar/ jalan masuk ke puncak kebun lebihkurang 800m dari kebun penulis, untuk ke puncak kebun terpaksa menumpang laluan kebun beliau. 

Setiap kali lalu disambut 4 ekor anak anjing . Seekor lebih remaja manakala 3 lagi masih anak anak..Yang 3 ekor ini mudah mesra dengan orang baru.
Kebetulan tuan anjing keluar berniaga, jadi anak anjing mesra dengan sesiapa yang melayan.


Kita  risau jika tidak berbuat baik, habis nanti diterkam setiap kali membuka palang ke laluan masuk kebun..Mula- mula salam perkenalan hulur makanan, kedatangan berikutnya semakin mesra..kunjungan selanjutnya tak perasan rupanya sampai ke kebun kita diikuti..Argh sudah..



Kita ok saja.. gembira sebab ada peneman, jadi dikebun tidaklah sunyi, kemana kita pergi anjing- anjing ini mengekori, bila balik anjing pun ikut balik dan kembali ke tuan asal..

Kalau setiap kali datang kita membawa ole ole makanan, rasanya anjing- anjing akan semakin rapat.
Masa masih kecil ni nak cuba memanggil setiap satu dengan nama..hitam berbelang putih di dada, Jony, hitam berbelang putih dimuka Blaky dan yang coklat, Brony hehe..harap jangan sampai terkeliru dengan panggilan nama yang diberi tuan asal sudahlah...





 
Masih muda anjing-anjing mudah dibentuk..boleh diajar menurut kata..masa kita berkerja mereka bermain tidak jauh atau sekadar berbaring disisi cuma isunya kalau anjing dah mengikuti kita, siapa pula yang jadi pengawal rumah tuan asal.


Ini yang dilema...

Saturday, August 24, 2024

Genset Pasar Malam...

Kekadang kita tau iklan tak logik, tapi disebabkan perangai ingin tau tetap ingin mencuba..dah cuba baru puas hati.


Beginilah kelengkapan yang dibeli untuk mencairkan logam sebagai pelekat yang dicanangkan sebagai sangat kuat.. begitu yakin mereka mempromosi di fb, melihat kepada sambutan/komen-komen, rasanya ramai yang membeli. 

Kita memang tidak yakin, tapi berpegang kepada pepatah tiada rotan, akar pun berguna, maka membelilah juga, harga tak mahal dalam Rm20 tak termasuk gas untuk mencairkan gam logam. Sekiranya dapat lekat sekejap pun jadilah untuk membawa atv berhati-hati ke bawah, dibawah nanti boleh  meminta jiran kebun menggunakan letrik di rumahnya untuk mengimpal komponen yang patah.

Bila dicuba langsung tak lekat..ini yang dinamakan sembang kencang.



Pilihan ke 2 membawa masuk peralatan kimpalan dan genset.. Genset pasar malam beli baru RM410, welding set meminjam rakan..kedua alatan ini memang ada dalam senarai peralatan yang akan dibeli. 

Rupanya genset pasar malam 750watt.,tak cukup kekuatan untuk kerja- kerja mengimpal..sebelum beli dah tanya tukang kimpal dibengkel , selain itu penjual pun maklumkan alat pengimpal mini memadai kekuatan genset 300 watt minima..mungkin welding set rakan berkapasiti besar..tak mengapalah genset tetap boleh digunakan untuk peralatan lain nanti..



Alternatif selanjutnya bukak komponen yang patah dan bawa balik kimpal di rumah rakan...



Sekejap saja setel.. Ahad akan pasang komponen semula di kebun...
 

Thursday, August 22, 2024

Stiker Kembara...

Biarpun kenderaan kebun sebolehnya keterampilan biarlah bersih dan hensem., tapi apa yang kita inginkan tak sepenuhnya jadi kenyataan. Penggunaan lasak memungkinkan cat robek sana sini. 



Terbaru bumper terperosok  ke pokok semasa tergelincir menuruni bukit ketika hujan. menyebabkan penyokong bumper bengkok dan cat terkopek.. hantar bengkel dah tentu disuruh cat satu bumper, paling kurang Rm300.




Membelek kedai maya  banyak stiker cantik dijual ..termasuk post tak sampai rm10..

Kita tampal stiker kucing..Ukuran dibuat sebelum membeli tapi yang tiba terkecil lah pulakk..Kalau dapat saiz lebih besar memang cun..ada sticker anjing lebih besar, walaupun sekadar stiker macam tak tegar menampal gambar anjing...

Takper nanti cari stiker lain...


Wednesday, August 14, 2024

Pagar Kebun...

Setiap kali datang kebun, kerja setengah hari, .itupun banyak rehat.,
matahari menegak terus berhenti.
dah cuba sambung ke petang, badan tak mampu, ambik masa berhari untuk  penat  pulih. 



Tiang pagar baru satu bahagian siap dipasang..sehari tanam 3 batang saja, sebab berkongsi kerja dengan aktiviti lain...tiada ketetapan waktu untuk disiapkan. 

Jika siap sepenuhnya nanti pun hanya berkesan untuk menghalang babi masuk, monyet tak berkesan sebab pokok besar belum dibersihkan sepenuhnya. 

Ketika ini penggera anjing dan bunyi tembakan nampaknya berkesan, tiada kesan bintang liar masuk..pokok betik, pisang dan nenas mulai tumbuh banyak daun. Penggera sangat sensitif apabila mengesan  pergerakan, daun gugur pun penggera berbunyi...kita pun ikut terkejut..sementara pagar disiapkan, penggera akan ditambah di lokasi strategik. 


 Aktiviti dikebun memang tak akan pernah habis. Penambahbaikan laluan ke kebun perlu sentiasa dilakukan, banyak sisa bahan binaan yang boleh dimanfaatkan...apatah lagi kini laluan atv turut perlu disediakan. Belum lagi rutin bulanan memotong rumput dan membaja..

Aktiviti telah disusun setiap kali datang ke kebun, berhenti  ketika semangat masih berbaki, tak mau memaksa diri, daripada semangat putus ditengah jalan lebih baik buat sedikit tapi istiqamah.



Nangka mulai belajar berputik..ciku pun sama cuma adakala hati gusar  apabila melihat pucuk muda dimakan serangga...Sedih bila melihat pokok yang kita jaga terutamanya durian seakan lambat sangat membesar...Khuatir padam dulu sebelum sempat membesar. Semburan racun serangga hanya pada ketinggian yang boleh dicapai.. 

Kini menyibukkan diri membuat aktiviti sampingan..Apabila membuat aktiviti sampingan perhatian tidak terlalu tertumpu kepada pokok tanaman.. 

Harapnya semua pokok membesar dengan jaya ...

Monday, August 12, 2024

ATV Kebun...

Alarm dah set pukul 4.30pg.., bercadang bergerak ke kebun pukul 5 pagi Ahad untuk menghantar ATV, awal pagi tak banyak trafik, rupanya alarm tak berbunyi, terbangun  pukul 6 pagi..Ermm..

Sepanjang pagi Ahad langit gelap nak hujan, walaupun berbelah bagi, ambil keputusan ke kebun juga..waktu ini terbaik  untuk bergerak ke kebun.. Dah cari laluan terbaik, melalui jalan potong dan kawasan perumahan, kurang sikit menghalang trafik atau bertembung dengan Abang Polis berbanding melalui laluan utama.

Bertembong dengan orang lalu lalang ramai yang membuka cermin..

Mantap bang...!

Rupanya tak lama, tetiba enjin padam...Ada rahmat terbangun lambat..Kalau berlaku awal pagi kan naya..

Servis dah buat, spark plug dah tukar, pomen dah maklumkan motor berkeadaan mantap...Itu yang berani bergerak jauh.., sekejap hidup sekejap padam. Dah panggil lori towing datang..

Sambil menunggu lama, motor boleh hidup, berpatah balik dalam hujan lebat dengan perlahan, walaupun kadangkala termati sempat tiba ke bengkel. 




Tukar kaburator, plug cooling coil dan tali minyak..Spark plug pun tukar baru lagi. Kerugian RM280

Dah alang alang lencun, sesudah menukar pakaian dan solat terus ke kebun lagi...



Serius mantap..selamba mendaki kebun dalam laluan licin. Pergerakan segenap penjuru kebun bakal diharungi dengan mudah, hanya sedikit penyediaan teres-teres dilaluan sukar.



Keseronokan tak lama..arm pula patah..Mujur berlaku di kebun dah..Kalau semasa penghantaran tadi gerenti bermasalah. Kerosakan begini boleh dibetulkan di bahagian yang rosak..Kalau enjin terpaksa dibawa keluar satu motor..

Komponen yang patah akan ditukar dengan kepingan besi  lebih tebal..Kiri dan kanan 


 Tayar hadapan akan ditanggal untuk dibaiki.. sementara itu bungkus dulu di kebun..

Friday, August 9, 2024

Kancil di Puncak Fraser..

Kecil- kecil cili padi..lincah dan bertenaga biarpun berusia..







Misi menyelamat disempurnakan pada Rabu. Tak jadi membawa ATV, bawa pembantu supaya misi menyelamat lebih lancar..

Cuaca cantik, mudah saja mengeluarkan Kembara, lebih lagi membuat kerja berdua.




Kancil, ke kebun boleh ke tempat liburan pun boleh..yang penting penampilan perlu sentiasa kemas dan bersih..

Jumaat membawa Kancil ke Puncak Fraser pula..Mau menguji Kancil setelah keluar dari bengkel membaik pulih enjin dan aircond.

Sesudah berendam kolam air panas Kuala Kubu Bharu terus menuju ke puncak. Tak jauh dalam 40km saja dari KKB. Cuma cabaran adalah jalan mendaki dan berliku tajam sepanjang hampir keseluruhan perjalanan..






Pakej sempurna untuk laluan berliku. Seronok melayan liku ke Puncak Fraser..cuma kekadang gusar bila enjin adakala mengaum tetekala mengambil selekoh berbukit curam..gear macam tak masuk. Selain itu mantap, aircond ok sejuk, enjin pun ok..jarum suhu berada di suku meter.

Kancil..biarpun tua kau tetap dihati...

Wednesday, August 7, 2024

Cafe Dusun...

Tanah Aina Cafe, cafe dusun ini antara tempat lepak-lepak makan favorit kami setiap kali ke pantai timur. 


Terletak di Lentang Karak. Suasana cafe sangat nyaman, bersih, cantik lagi kemas sedap mata memandang dikelilingi rimbunan pokok-pokok buahan. Cuma harga makanan agak premium tapi berbaloi.

Cafe cukup besar untuk  keselesaan pengunjung yang ramai datang terutamanya di hujung minggu.


Banyak menu boleh dipilih..Set briyani ayam Rm28, rasa padu menepati selera tekak kami.

Ketika ini durian sedang gugur, buahan lain sedang menunggu matang. Durian kampung 18 sekilo, D24 RM28 dan MK RM65. Mencuba  durian baru gugur. Kampung enak cuma tak puas makan isi nipis, D24 lebih berbaloi isi tebal walaupun harga lebih mahal. MK tak cuba, poket tak cukup tebal. Lagipun online banking, talian begitu teruk...

Konsep cafe dalam dusun begini boleh diterapkan oleh mereka yang mempunyai dusun. Gayahidup masyarakat sudah berubah, mereka sanggup berhabis biarpun jauh asalkan tempat menarik dan selesa. Dengan konsep datang terus ke dusun, buahan  tidak terbazir begitu saja. Makan sampai puas dengan caj minima. Diperhatikan rambutan dll seperti tiada nilai dibiarkan membusuk kematangan..  






Dusun rakan  di Puncak Serigala, Hulu Bernam  penulis rasakan mempunyi ciri-ciri sesuai meniru konsep sama. Lokasi strategik dengan akses mudah ke kebun. Pemandangan tanah tinggi  menyajikan nilai tambah kebun. Untuk kunjungan berterusan, kebun juga sesuai dijadikan tapak bercamping maupun inap dusun.



Menurut pemilik memang ada perancangan ke arah itu.. sedikit demi sedikit persediaan dibuat di kebun. Pokok buahan pun baru berusia remaja.



Ole ole kebun, pokok pisang dan Herba


Melawat kebun rakan untuk mengambil inspirasi. Suka tengok pokok- pokok mula membesar,  rakan turut mula membela angsa, anjing jaga kebun juga sedang diusahakan dibawa masuk. Penulis pun teruja untuk membela anjing sebagai teman dikebun..sedang fikirkan bagaimana dengan kebajikan peliharaan semasa kita tiada dikebun, supaya anjing kekal setia.., tak maulah peliharaan itu menyebabkan langkah kita terkekang..




Wahh, sisa papan lantai terpakai sudah lebih dari mencukupi untuk dinding sekerat dapur dan tandas rumah mini kebun Puncak d'Rasa..


Jom jom berkebun..semangatt

Monday, August 5, 2024

Kembara Sangkut Lagi...




Kembara sangkut lagi.., bahaya ke kebun bukit ketika musim hujan, lebih lagi Kembara masih menggunakan tayar standard biasa. Tanah bukit ketika panas ia keras, bila hujan sangat licin..Jika gagal mendaki berisiko terundur, brek pun tak guna.. Ketika menuruni bukit kenderaan tetap berisiko mengelunsur juga..

Memang dah cari tayar offroad..cuma tayar saiz standard offroad AT tak banyak dipasaran...kena tukar tayar besar dan lebar tapi kena tinggikan suspensi....bila tinggi  kita pula tak minat, nampak kartun dan rasa  tidak stabil, kurang sesuai untuk digunakan dilaluan bercerun kebun..


Sebelum ni terpaksa tukar dulu dengan tayar biasa  sebab  tayar pun hampir botak sejak  Kembara berpindah tangan lagi.


Sebagaimana kejadian pertama dulu berlaku ketika menuruni bukit, kejadian ke dua Ahad pun sama ketika menuruni bukit, mujur cerun kalini landai. Yang pertama dulu di pinggiran jurang..Jika tidak sangkut pada batu besar nescaya sudah terjun ke gaung...

Dengan kelengkapan yang ada Kembara boleh dikeluarkan, tapi memilih ditinggalkan dulu di kebun..badan penat dan perut tersangat lapar..lain kalilah keluarkan. Tak mengapa Kembara ditinggalkan, tiada siapa menggunakan laluan itu.

Sepatutnya boleh naik tadi..pokok penahan belakang tak cukup kukuh..tak mampu menanggung beban, mulai condong dan tercabut sehingga akar

Meminta bantuan anak/isteri untuk menjemput balik. Mujur di puncak ni talian telefon ada..jika tidak kena menapak mencari talian hayat...




Rabu nanti Kembara akan ditarik keluar dari bahagian hadapan pula. Tarik bahagian belakang tiada pokok besar sebagai pasak penahan. Pokok besar di hadapan yang menghalang laluan terpaksa ditebang dahulu ..

Elok juga Kembara ditinggal di kebun..Akan ke kebun menaiki ATV, bila lagi nak hantar atv ke kebun...

Sunday, August 4, 2024

Cantuman Tunas Pokok Avocado


Pokok Avocado selain nangka antara pokok yang akan ditanam lebih banyak di kebun...Ruangan kosong sepanjang pagar akan ditanam dengan pokok ini.

Apa yang akan dibuat dengan buah  sekiranya berbuah nanti akan difikirkan kemudian..yang penting pokok ditanam dahulu...Berbanding durian, avocado dan nangka lebih lasak dan mudah dijaga..

 Benih pun mudah disemai. Setakat ini sudah lebih dari separuh daripada 30 pokok target asal yang telah ditanam di kebun.. Ada beberapa anak pokok lagi yang menunggu masa sesuai untuk dipindahkan ke kebun... Ketika ini hujan sangat jarang, pokok yang dipindahkan terdahulu ketika musim hujan nampaknya elok membesar...


Ada yang telah dibuat cantuman tunas... 



Pokok yang dibuat cantuman tunas terdahulu sebahagian besar berjaya tumbuh tunas baru. Setelah dibuat cantuman pokok akan lebih galak membesar.


Ini pokok avocado di kebun rakan yang telah dibuat cantuman tunas.. tak sampai 3 bulan pokok telah merimbun



 Pokok avocado yang dibuat cantuman tunas akan lebih cepat berbuah...


Jom jom berkebun...

Friday, August 2, 2024

Penyembur Cat elektrik...

Misi melengkap peralatan DIY.




Set kimpalan yang diangankan, rupanya penyembur cat yang terbeli dahulu...Penyembur cat ini akan lebih digunakan untuk menyembur minyak terpakai pada kerangka kayu pondok untuk memanjangkan jangkahayat pondok. Sekarang ini melumur kayu dengan kain buruk..leceh..habis berminyak seluruh badan. Ada peralatan cangggih kenapa perlu bersusah payah mengotorkan badan..

Walaupun rumah kebun mini bakal dibina di puncak, pondok kaki bukit tetap dikekalkan sebagai tempat istirehat ketika sianghari.., selain baja, peralatan kebun  pun disimpan di sini. Walaupun sikit kurang berangin, suasana lebih redup kerana dibina dicelah rimbunan pokok. Di puncak persekitaran lebih lapang dan terdedah pancaran matahari..Walaupun lebih berangin suasana hanya lebih nyaman  diwaktu petang dan malam.. 

Harga set termasuk 2 bateri dalam RM95. Ketahanan tak pasti, tapi pengalaman menggunakan peralatan DIY lain, rasanya berbaloi dengan harga, penggunaan bukan lasak jadi boleh bertahan lama.



Thursday, August 1, 2024

Set Kimpalan...

Set kimpalan antara peralatan yang penulis bercadang untuk beli. Peralatan asas begini sangat diperlukan ketika ingin membuat kerja kimpalan ringan. Tanpanya perkara mudah pun terpaksa memanggil orang luar yang pastinya lambat selain disertakan dengan kos yang mahal.

Di pasaran set kimpalan elektrik  dwi fungsi, rod biasa atau mig/dawai tembaga, tanpa gas boleh diperolehi dengan murah dibawah RM300.  Penggunaan pun mudah, asalkan ada kemahuan, semua orang boleh menggunakannya



Kekadang penukaran roda pagar begini pun terpaksa memanggil orang luar. Sekali panggil RM300 yang dipinta. Sekiranya memiliki set kimpalan bukan setakat kerja baikpulih, kerja ringkas besi pun boleh dibuat sendiri..Penulis dah terbayang pintu pagar kebun. Jika boleh dibuat sendiri, setiap penjuru akan dipasang pintu pagar untuk mudah keluar masuk menebas rimbunan semak daripada bersentuhan dengan pagar elektrik yang menyebabkan  kebocoran  elektrik.


Chainsaw walaupun hanya sesekali diguna, sangat berguna bila diperlukan..begitulah juga dengan set kimpalan nanti..

Baru ini penulis didatangi pemotong rumput Pakistan, menawarkan kerja memotong rumput halaman rumah keluasan 10ribu kps..satu halaman diminta Rm 300.., ingat sikit Rm300 tu..Kita orang kebun, bukan satu bahkan dua set mesin rumput kita ada..kebun bercerun hampir 50000kps  pun kita buat sendiri, ingat dengan mudah menerima tawaran itu...hehe memang tersilap orang.


CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK