click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Sunday, April 28, 2024

Nenas Pasu

 





Jambul nenas ni minta dari penjual nenas pinggiran jalan. Berminggu juga  tersimpan di dalam beg kertas namun tidak kelihatan layu jadi memanfaatkan pasu bunga kosong yang ada terus tanam di ruangan kosong belakang rumah. 

Pokok nenas yang terus tanam atas tanah ada banyak di kebun tumpang,  belum ada yang berbuah. Lecehnya pokok terus tanam atas tanah, rumput rampai cepat sangat menutupi pokok. Kalau tidak dibersihkan tumbesaran pokok akan terbantut. Kita ni pula bukan jenis rajin membersih apatah lagi mencabut rumput di celah-celah daun berduri... Jadi kaliini berubah arah menggunakan pasu...

Kelebihan tanam di dalam pasu, pokok nenas sebagaimana kektus sangat lasak, keperluan air tidak begitu menjadi isu,  pembajaan juga  tidak terbazir, selain itu rumput tumbuh tak banyak  di dalam pasu, mudah dicabut manakala rumput keliling pasu mudah saja ditebas dengan mesin rumput tanpa mencederakan daun nenas. 

Banyak perkongsian penanaman dalam pasu yang berjaya..jadi kita tiruu...


Thursday, April 25, 2024

Achilles Tendinitis ...

Biasanya bila berusia, ketika itulah satu persatu penyakit mula menyapa. Kalau usia muda makan tak jaga, suka minum manis, air berkarbonat jadi teman, sering mengambil makanan berproses, tak kesahlah ada buat kerja berat berpeluh..hah bersiap lah dengan penyakit 3 serangkai kencing manis, darah tinggi, jantung ataupun kanser..yang rajin berpeluh, mungkin dilewatkan sedikit, tapi jika beraktiviti pun malas nescaya usia muda lagi dah terperangkap dengan penyakit..


Sebenarnya badan telah memberi pelbagai isyarat yang anggota tubuh kita bermasalah cuma kita tidak peka atau pun jahil dengan isyarat itu, ketika kemuncak penyakit datang, dia  tak  peduli samada bersedia atau pun tak...

Seingat penulis memang sangat menitikberatkan masalah kesihatan, bila berusia penyakit tetap bertandang..Cuma sebelum ini jahil turutan keutamaan, sepatutnya kita lebih mengutamakan pemakanan diikuti dengan senaman. Walaupun sangat bersederhana dalam pengambilan  makanan kurang sihat kerana percaya boleh ditebus melalui riadah, sebenarnya itu silap dan tidak memadai..Makanan tidak sihat perlu dibuang terus..

Penjagaan pemakanan adalah sangat penting. 


Gout belum reda penulis diserang penyakit sendi/ tendinitis pula..5,6 tahun dulu sakit ini pernah menyerang ..walaupun kedua penyakit menyerang sendi, bezanya gout disebabkan pengumpulan asid urik berlebihan disendi sehingga membentuk kristal tajam sementara  sakit tendinitis disebabkan keradangan tendon, mungkin disebabkan tercedera dsb. Namun keduanya memberi kesakitan yang sangat teruk.

Rakan-rakan dan anak doktor menjangkakan mungkin penulis menjalani aktiviti harian yang agak lasak sehingga tercedera tendon di sendi..Yea mungkin juga, selain berkebun dan sering beriadah. Menyoroti sejarah muda, penulis pula sering bermotor berat dan tinggi memberi tekanan pada sendi tumit..Kini tubuh berusia tak mampu menerima lagi tekanan ini..





Terpaksalah bertongkat dan berkerusi roda supaya keradangan sendi tidak semakin teruk. 


Disamping ubatan klinik, mengamalkan petua orang lama..perap garam dan halia ditempat sakit..

Diet pemakanan gout pula nampknya memberi impak positif..Bacaan urik asid mulai menurun di bawah paras 500..bacaan terbaru 440..harapnya terus menuju ke julat sihat maksima 420 . 



Disamping amalkan doa nabi Ayub ayat 83 surah Al anbiya kini fokus mengamalkan makanan sihat  untuk pulihkan fungsi hati, pankreas dan buah pinggang.

Harap ada cahaya dihujung terowong...




Tuesday, April 23, 2024

Pokok Betik...

Pokok semaian yang kita teruja melihat ianya hidup selalunya tak jadi. Pucuk pokok nangka yang penulis cuba semai ermm terus kering, padahal dah ikuti tatacara perkongsian orang yang mengajar...Pokok ciku yang cuba di tut pun macam dah terlebih lama dari kebiasaan, belum nampak akar keluar sedangkan daun-daun mula kelihatan tidak sihat..




Tapi yang tumbuh liar, ikutkan macam tak logik, boleh pula dia hidup..beginilah yang terjadi dengan pokok betik di tepi pagar rumah penulis, kawasan di situ sempit, tersepit antara pagar dan lantai paver block,..boleh dia tumbuh dan bila ditabur baja organik, ditambah  hampir saban petang hujan, pokok makin galak membesar..kini sedang berbunga  untuk berbuah..Alhamdulillah.


Dulu di kebun tumpang ada 3 pokok betik yg tumbuh sendiri..bila dibelai, bukan bertambah elok, tapi semakin berpenyakit...pucuk daun diserang serangga keputihan...samalah juga dengan pokok limau kasturi yang ditanam, dari berbuah sangat lebat, daun bertukar kekuningan dan terus mati..mungkin tak tahan dengan baja taik ayam..

Harapnya kalini dengan baja organik yang betul tidak berulang peristiwa lama..




Buah betik pun bukan murah sekarang, kalau di supermarket paling kurang rm 8 sekilo. Bila berpenyakit ni, kita sering mengikuti perkongsian doktor di utube..baru tau bukan saja buah betik, daun betik dan biji betik juga mempunyai banyak manfaat kesihatan...


Jom jom berkebun...


Wednesday, April 17, 2024

Jom Berbekam...

Peralatan bekam dah beli tapi takda sorang ahli keluarga yang sanggup buatkan... isteri ermm, anak dan menantu doktor pun tak mau. Alasannya cukuplah menyakiti pesakit lain, keluarga terdekat tak sanggup.. adoii, padahal bukan susah pun nak berbekam..semuanya boleh dilakukan dengan mudah..Kalau poin bekam senang dicapai nescaya penulis membuatnya sendiri. 

Berbekam sebenarnya tak sakit, lebih lagi sekarang menggunakan jarum pakai buang, kalau dulu mungkin yea sebab menggunakan pisau.

Menggunakan pen bekam, kedalaman tusukan boleh dikawal, dan lagi sebelum membuat tusukan, kulit akan di vakum angin dulu, sesudah itu baru ditusuk jarum, tak sakit sebab kulit telah kebas kesan vakum angin.
 

Sudahnya berbekam di pusat bekam..Buat 22 point caj Rm150, sama harga dengan set berbekam. Sesudah ini berazam untuk berbekam berkala 2-3 bulan sekali.. Kenderaan pun kita servis tiap 5000km untuk ganti minyak kotor,  badan sendiri takkan darah kotor dibiar di dalam tubuh.

Menurut bacaan, darah baru akan tumbuh setiap 120 hari, darah kotor akan disimpan dilapisan kulit paling luar, sebab itu sunah untuk mengeluarkan darah kotor ini..jika dibiarkan ianya akan menjadi punca penyakit..



Selain berbekam kita turut dianjurkan  mengamalkan minuman organik. Kelapa dara, minyak zaitun, cuka buah tin, habatus sauda dan madu asli. Pusat bekam syorkan amalkan minum  paduan  campuran  cuka buah tin dan minyak zaitun. 

Mesti ada rahsia kebaikan buah tin , buah zaitun, madu sehingga disebutkan banyak kali di dalam al quran..


Foto ihsan google

Kita hanya berusaha selebihnya tawakal...

Tuesday, April 16, 2024

Riang Ria 2024

Walaupun Syawal hampir seminggu berlalu, photo-photo raya masih mendominasi galeri phone. Berkunjung raya sana sini mengabadikan gambar  boleh dikatakan aktiviti wajib.

Sesudah solat Aidifitri kami bergerak ke K.Trg. Perjalanan lancar melainkan sedikit sesak ketika menghampiri tol Gombak. Kunjungan ke rumah adik beradik sebelah isteri yang masih menetap di sana menjadi pengganti orangtua yg telah tiada.





Adik beradik, anak saudara, biras memenuhi rumah pusaka , kami menginap di Payang Scout Hotel Pantai Ketapang, K.Terenggnu, walaupun cuti umum harga bilik ok tak begitu mahal Rm150..




Juadah wajib Pantai Timur antaranya Nasi minyak, Nasi Dagang, ketupat palas..Penulis hanya memilih juadah yang mesra gout.


Foto kenangan bersama sebahagian adik beradik sebelah isteri...


Raya ke 3 Jumaat kembali ke Lembah Klang...




Menerima kunjungan sebahagian adik beradik sebelah penulis..

Menerima kunjungan besan sulong..


 

Bersama anak beranak dan menantu. Kurang seorang anak bungsu yang masih di Jerman..







Penyeri pertemuan hariraya pastinya.. Cucu- cucu...

Monday, April 8, 2024

Selamat Hari Raya 2024...


Tup tap tup tap ramadhan sudah dipenghujung, mulai menyingkap tirai aidilfitri . Jalanraya ke kampong halaman mulai meriah. Bagi pasangan muda ketika ini sering dalam dilema memilih kampong halaman mana satu untuk beraya. Jangan terkejut ada kes perebutan kemana nak balik raya berkesudahan dengan perceraian. Ini parah.




Menghidupkan kemeriahan aidil fitri kita turut membuat ketupat daun kelapa. Walaupun tinggal di kota daun kelapa muda mudah didapati. Di Pasar Chowkit tu apa yang tak ada, segala jenis sayuran kampong pun berlambak. Ikan -ikan, daging dll seluruh negara tertumpu di situ. Produk segar dengan harga berpatutan sebab ramai peniaga bersaing. 



Bagi pasangan berusia keterujaan pulang ke kampung mulai mengendur kebanyakan ibu ayah telah tiada..Balik juga sekadar berziarah ringkas. Sudah tidak lagi bersesak sebelum raya, balik sesudah solat raya, ketika itu jalanraya sudah aman. Adik beradik pun ramai telah bermastautin di luar kawasan. Kini kita pula menjadi hos menerima kunjungan anak menantu.


Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir Batin..

Sunday, April 7, 2024

Rumput Gout...

Seorang jemaah masjid ada memberi  rumput ini bila dimaklumkan penulis terkena serangan gout. Mencari info di internet  rupanya banyak perkongsian manfaat rumput gout. Keliling masjid taman banyak tumbuh rumput ini. Di persekitaran rumah pun ada walaupun tak banyak., sebelum ini kita tebas begitu saja kerana tak tau manfaatnya. Selepas ini kita pun akan  cuba mengamalkan meminum rebusan air  Rumput Gout atau Susu Nabi ini.

Keberkesanan herba semulajadi tidak boleh disamakan dengan ubatan kimia, selepas minum terus memberi kesan segera, pengambilan berterusan lebih lagi tanpa pantauan doktor, ubatan kimia akan merosakkan organ dalaman. Belum ada sejarah orang meminum ubatan kimia fungsi organ  dalaman mereka bertambah baik. Berapa ramai pengidap diabetis berkesudahan dengan mesin dialisis...Ubatan kimia lebih kepada merawat simptom atau kesan sakit manakala ubatan herba semula jadi lebih kepada pencegahan dengan  merawat simptom dan punca penyakit .



Pengunaan herba semulajadi harus seiring atau pelengkap kepada ubatan  kimia..Kita orang islam perlu juga mengamalkan doa. Perlu memanfaatkan kesan segera ubat kimia dan kesan  jangka panjang ubatan herba selain berserah kepada Pemberi dan Penyembuh penyakit iaitu Allah.



Sekarang ramai doktor yang menerapkan amalan pengubatan jasmani  dan rohani dalam rawatan mereka.

Banyak kes terbukti apabila amalan ini  diterapkan, pengidap kronik boleh kembali sihat, dengan syarat pemakanan turut dijaga dengan meninggalkan dua musuh utama iaitu GULA dan MAKANAN PROSES. Ramai cakap ingin sihat tapi pemakanan tidak diberi perhatian serius. 


Kata kunci untuk sihat adalah DISPLIN selain DOA.

Saturday, April 6, 2024

Santan Kelapa Ori..


Walau santan kotak dikatakan tiada pengawet, sukar juga nak percaya 100 peratus..mungkin tidak seratus peratus tulin, mungkin ada campuran lain.

Kita ada pokok kelapa, elok dimanfaatkan santan segar..

Kalau sebiji lebih pantas  guna kukur, leceh mengeluarkan mesin elektrik dari stor.  Dah banyak lebih 5 biji jenuh menggunakan kukur, lenguh satu badan kelapa tak siap lagi..jadi inilah masa mengunakan mesin kukur elektrik. 


6 biji dikait berbaki banyak lagi atas pokok. Lain kali kita kait lagi. Kelapa cukup tua tapi tidak terlalu tua air enak diminum bagus untuk pengidap gout...perah lemon,  campur serai dan garam himalaya sikit arghh mantapp ...

Friday, April 5, 2024

Biji Benih Avocado...


Misi menanam 30-35 pokok avocado diteruskan.  Percubaan menanam melalui biji lebih berjaya berbanding benih anak beli... Anak benih dahlah mahal, tumbesaran tidak segalak pokok yang ditanam dari biji..Mungkin anak pokok beli masih dalam proses menyesuaikan diri dengan persekitaran baru. Setelah serasi nanti  mana tau terus memecut laju..


Selain pokok nangka, pokok avocado kelihatan serasi ditanam dikebun bukit, 7 pokok terdahulu kini membesar dengan cemerlang, cuma nasib akan datang kita bertawakal. 


Buah Avocado sangat bagus untuk pengidap diabetis selain gout. Sebelum ni ada tempah biji benih online, ermm dimaklumkan, penjual kekurangan biji benih..daripada bertangguh, beli buah di Pasar Chowkit, Kuala Lumpur murah RM8 sekilo..di pasaraya paling kurang RM 5 sebiji..Beli buah 2 in 1, isi kita makan, biji kita semai..

Lagi cepat ditanam, lebih segera pokok membesar. Kita seronok bila melihat deretan pokok membesar dengan subur..saban minggu kelihatan pucuk baru..Fuh kegembiraan yang sukar digambarkan..

Thursday, April 4, 2024

Alat Ujian Asid Urik

Penulis memang sangat peka dengan kesihatan, sebab berpandangan aset paling penting ketika berusia adalah sihat, sebab itu menjadikan riadah sebagai  rutin wajib..Kini ingin menitikberatkan pemakanan pula. Duit walaupun penting sudah tidak jadi keutamaan sangat, cari duit sekadar untuk kelangsungan hidup.  Duit banyak mana sekalipun jika tidak sihat sekejap saja habis digunakan untuk berubat.

Sebelum ini apabila membuat pemeriksaan kesihatan hanya menumpukan kepada bacaan gula dan tekanan darah..bacaan urik asid macam tak begitu diambil berat kerana jahil, padahal urik asid tinggi turut akan memberi komplikasi kesihatan serupa sebagaimana jika gula maupun tekanan darah tinggi.

Setelah mengalami sendiri serangan gout barulah timbul kesedaran peri pentingnya mengawal kadar UA dalam darah, saban hari menelaah pasal gout.


Kiri alat untuk ujian urid asid dan kanan untuk gula.

Untuk mengetahui kandungan UA juga gula/glukus dalam darah, alat ujian ini perlu ada di setiap rumah..tak mahal, tak sampai seratus atau yang lebih berkualiti harga dalam RM150. Ada juga alat yang boleh membaca kedua-dua ujian UA dan GULA. Memandangkan alat ujian gula telah lama penulis miliki, belian terbaru khusus untuk ujian UA saja harga dlm RM60+ 


Kerana jahil pasal UA, empat tahun dulu bacaan UA penulis sudah berada diparas tinggi 440, tiada apa berlaku, makan tidak begitu berjaga sehinggalah diserang pada 27/2/2024 . Ketika itu bacaan UA tidak diketahui kerana masih lagi ketiadaan alat ujian..barang kali telah melewati zon merah. 

Sampel darah telah diambil dan keputusan ujian  akan diketahui semasa temujanji dengan doktor pada 25/4/2024

Ujian terkini sendiri dengan alat dibeli menunjukkan bacaan UA di paras 500, mungkin ada penurunan setelah berpantang gula dan makanan proses disamping mengambil suplimen tambahan minyak zaitun, kelapa dara habatus sauda dll cuma bacaan ini dikatakan tidak begitu tepat, namun memadai untuk pemantauan.


Cerek elektrik untuk merebus herba turut dibeli selain stok tambahan minyak zaitun dara. 

Sementara penyakit belum begitu kronik, usaha pemulihan dan pencegahan mesti dilakukan dengan penuh displin...


Tuesday, April 2, 2024

Pantang Gout part 3...


Selain merawat punca berlakunya penyakit gout, mereka yang terkena gaut perlu berpantang dengan makanan yang tinggi purin seperti sayuran hijau berwarna hijau tua, daging merah , makanan laut, kekacang dll,  namun tidak semua alahan terpakai untuk setiap orang...


Setelah sebulan, ada beberapa makanan yang menjadi penyebab serangan kepada penulis..

Berikut senarai makanan alahan


BOLEH MAKAN


Daging ayam 

Kebanyakan buahan boleh dimakan seperti,  Nenas , betik, buah naga..mangga, cuma mengelak buahan yang tersangat manis.

Secara umum ikan bersisik memiliki ekor berbentuk kipas dan berisi putih boleh dimakan. Namun ada juga ekor berbentuk Y yang tidak menjadi alahan.


Kerisi

Susu

Merah

Siakap

Bawal

Talapia

Tenggiri..


TAK BOLEH MAKAN

Ayam tua- serangan ringan

Secara umum ikan  ekor berbentuk Y dan berdaging gelap..berkulit licin selain bersengat


Pacu- serangan teruk


Sembilang- serangan teruk


SEMUA MAKANAN PROSES


Semua makanan berasaskan tepung

Santan kotak- serangan ringan

Jus buahan- serangan teruk


Dari masa ke semasa masih meneruskan mencari makanan yang boleh diterima oleh sistem tubuh cuma perlu bersedia untuk serangan jika alah kepada makanan tersebut. 


Walaubagaimanapun pantang ini bersifat sementara sehinggalah punca penyakit diatasi dan fungsi hati, ginjal kembali mantap.  Selagi perkara asas ini tidak di atasi, kesilapan kecil boleh melarat kepada teruk. Mana mungkin dapat mengelak seratus peratus kerana setiap makanan mempunyai purin..


Moga dapat pulih seperti sediakala. Amin yrb Alamin..

Monday, April 1, 2024

Pantang Gaut part 2...

 

Sebagai pengidap gout beberapa langkah pencegahan perlu dilakukan dengan penuh displin.
 
Toksik dalam badan mesti dinyahkan sehingga mencapai julat sihat dan fungsi buah pinggang mesti ditingkatkan. 

Tidak cukup berpantang makanan yang diketahui menyebabkan serangan, langkah-langkah berikut diambil  dengan
mengelakan pemakanan yang menyumbang kepada peningkatan toksik dalam badan

1. Gula

Semua Makanan/minuman yang ditambah gula

2.  Segala Makanan Berproses .

Makanan berproses diketahui mengandungi gula, pengawet dan pewarna termasuk krepek2..apatah lagi sosej burger..jus buahan

  Semua makanan bersumberkan tepung seperti capati, segala roti , biskut, kuih muih,  dll

3. Hanya memakan makanan dan minuman semulajadi sahaja. 

Sumber karbohidrat hanya dari sumber semulajadi seperti nasi kentang, ubi2 dll. .Perbanyakkan sayuran dan protin dari sumber ikan atau ayam. Buahan makan terus semula jadi tanpa dibuat jus..jus kandungan gula sangat tinggi

4. Memakan/meminum suppliment semula jadi seperti minyak zaitun, habatus sauda, kelapa dara dll.

5. Meminuman rebusan herba semula jadi seperti moringa, daun salam rempah ratus dll.

Gula dan Makanan Proses adalah musuh tersembunyi yang menjadi pemangkin  kepada  penghasilan toksik yang meyebabkan keradangan tubuh sehingga menjadi penyakit.



Lemon dan daun tembaga suasa yang diperolehi dari kebun rakan. 

Lemon dijadikan suplimen minuman manakala daun tembaga suasa dibuat pembalut kaki untuk mengurangkan keradangan ketika serangan kecil.



 Suplemen semula minyak zaitun, kelapa dara dan habatus sauda turut dijadikan minuman tambahan


Pelbagai ubatan dan supplimen natural yang kini menjadi teman penulis..


Untuk mempercepatkan proses penyembuhan, amalan   berbekam akan dijadikan rutin untuk membuang toksik melalui pembuangan darah kotor. Set bekam telah dibeli online


Bersambung...



CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK