click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Saturday, September 30, 2023

Jom Chumpon 23-Naratiwat


Warga Malaysia memang suka meronda. Ketika kami di Yala bertemu dengan segerombolan penonggang motorsikal kapchai dan skuter. Mereka memasuki Thailand dari sempadan Pengkalan Hulu/Betong. Ketika di Pak Bara berjumpa juga Mat motor . Di Songkla dan Hatyai tak payah cerita, sentiasa berselisih kenderaan dan bahu. Katalah kami teruskan ronda- ronda sehingga ke sempadan Myanmar di utara Thailand sekalipun, peluang bertemu warga Malaysia adalah sangat cerah.

Biasanya asean, khususnya Thailand menjadi batu loncatan sebelum mengembara lebih jauh lagi. Ada yang meronda dunia secara solo...

Berbanding bandar lain Selatan Thai, Naratiwat sedikit sukar mencari penginapan kerana tidak banyak hotel.. Kebetulan lagi Raja Thai melawat Naratiwat, banyak bilik  telah ditempah.

Mujur Hotel Tanyong mempunyai beberapa bilik kosong. Bertemu dengan beberapa tetamu Malaysia yang sedang mencari penginapan juga.







Malam sesudah selesai urusan hotel, melepak di cafe tepian pantai,  berdekatan dengan Airport Naratiwat, 18km dari penginapan kami.

Berbumbungkan langit, berlampukan bulan purnama, berdendangkan ombak dan hembusan bayu pantai Naratiwat, bersajikan kentang goreng saja kerana  sup keting yang dicari tiada didalam menu ...di sini tiada, ditempat lain tentu ada.






Terserempak dengan pasangan kental Mat Motor dari Masai Johor. Kegemilangan zaman bermotor sudah berlalu bagi penulis, walaupun masih berkeinginan, tapi kudrat tidak mengizinkan..sakit punggung bila terlalu lama duduk di atas motor...Motor berbungkus sesekali dibuka untuk mengubati rindu.. huhu 




Stok pakaian bersih habis dipakai seminggu, ambil kesempatan membersih pakaian di kedai dobi.



Sambil menunggu pakaian dicuci, kita sambung melepak sambil pekena sup. Sup keting tiada juga di warong ini, tapi sup pipi lembu tetap Marvelous...Terangkat beb..





Friday, September 29, 2023

Jom Chumpon 23-Patani




Pekan sempadan tumpuan warga Malaysia adalah Hatyai..Kalau hujung minggu atau cuti umum, sesak bukan kepalang. Mereka yang tiada kekangan masa, pergilah pada hari lain jika tidak mau bersesak..Di imigresen sudah seperti  pasar malam, urusan menjadi sangat lambat.


Awal-awal dulu ketika Ringgit Malaysia kukuh, RM turut diterima di sini.  Tukaran ketika itu RM1:12B, sekarang dah terbalik, Bath Thai lebih mengukuh.. Rm1 cuma dapat 7.5B

Walaupun bermalam di Songkla, kami bersarapan  di Hatyai, tak jauh dalam 30minit pemanduan.



Ramai warga Malaysia di Tamrab Muslim Restaurant. Walaupun banyak lagi tempat bersarapan atau makan- makan, perkongsian  media sosial membawa kami ke sini.





Masjid Songkla...popular dikalangan mereka yang ingin bernikah di Siam.






Perjalanan kami ke Patani,  singgah dulu di Sakom, gerai menjual produk hasil laut maupun jajan lain..harga lebih murah, kacang di sini separuh harga berbanding Hatyai.




Sebelum jam 12 tengahari dah sampai Patani, kawan ada cadang tempat makan baik..Nak singgah, perut masih kenyang, tak singgah,  sayang. Bimbang menyesal, kami singgah dan makan. Premis berada di kawasan paya bakau perkampungan nelayan.




Warga Malaysia suka tempat-tempat makan begini. Kawasan parking bersusun kenderaan bernombor pendaftaran Malaysia..








Hah ko..Ais satu baldi mini




Walaupun harga makanan sedikit premium, kita  bukannya selalu datang ke Banlay Seafood & Cafe Patani...


Meneruskan pemanduan ke Naratiwat melencong ke Yala. Pengaruh media sosial, orang rumah teringin merasa laksa Yala, dalam keterpaksaan dituruti jua. Mujur jalan di setiap penjuru Thai besar dan cantik.

Sebelum maghrib tiba di Naratiwat...

Jom Chumpon 23-Pantai Samila, Songkla

Pergi Kuala Trengganu, tidak sah jika tidak berkunjung ke Pantai Batu Burok. Tak sah lawatan Songkla jika tidak datang ke Pantai Samila.

Dah alang alang sampai, bergambar di mana-mana replika atau tugu yang terdapat di sana sebagai tanda hadir.





Tugu kucing dan tikus. 

Ramai yang bergambar disini, kita pun turut terikut bergambar...Ada tertulis catatan disebalik cerita tugu..ermm kita tak baca pun.. 



Sahabat sekolah/ Uni/kebun Penang yang tinggal berhampiran dengan sempadan, hanya menggunakan  pas sempadan untuk berulangalik Malaysia/Thai.  Memanfaatkan usia pencen kini turut mengusahakan kebun secara santai. Pantang berpeluang, terus ke seberang kerana jarak kebun dan sempadan kurang dari sejam.

Sambil bersiaran, membeli keperluan harian di Siam kerana harganya lebih murah, cuma kini agak ketat kawalan sempadan.  Hanya barangan dengan kuantiti kecil yang dilepaskan atas budibicara pengawal sempadan. Adakala buahan pun dirampas.



Tugu ikan duyung mercutanda Pantai Samila, berpusu-pusu orangramai bergambar disitu.









Walaupun terdapat jambatan untuk ke seberang tanjung Ko Yu, terdapat juga alternatif feri . Tambang sekadar 20B untuk satu kenderaan termasuk penumpang, tak jauh cuma mengambil masa kurang 10 minit, masa menunggu giliran yang hampir sejam. Ingin merasa punya pasal, tunggulah juga.

Sesudah makan-makan di Songkla, sahabat meneruskan perjalanan ke Satun membawa cucu jalan-jalan..

Kami dah timbang- timbang bermalam saja di Songkla.   Ada dua jam lagi pemanduan ke Patani.

Kita rehat duluu...

Thursday, September 28, 2023

Jom Chumpon 23-Suratthani


KLCC tu cantik, tapi kalau dah beberapa kali ke sana keterujaan bergambar di segenap sudut tu sudah tiada, cukup lah sekadar lalu melihat perkembangan terkini. Begitu juga bila berpergian ke tempat lain. 

Masa kemaruk bermain motor dulu, banyak kali juga meronda Indochina., Siam adalah laluan pengantara. Jadi ronda-ronda kini lebih kepada bersiar siar tanpa halatuju spesifik, ingin melihat perkembangan terkini berbanding dahulu. Ternyata tiada perubahan ketara. Masa kami datang dulu kerajaan Thai sedang giat membina prasarana jalanraya segenap ceruk, hasilnya kini jalanraya di Thai besar dan cantik.




Pemanduan ke Surathani diiringi dengan hujan sepanjang jalan. Tiba dalam pukul 4 ptg, 3 jam lagi jika ingin meneruskan pemanduan ke Chumpon. Di Chumpon pun tiada apa yang ingin dilihat disana, jadi ambil keputusan berehat  di Surathani. 


Surathani merupakan bandar transit dari utara jika pengunjung ingin ke Koh Samoi atau Koh Phangan, destinasi popular dikalangan pelancong luar. Mula kelihatan Mat Salleh disini.

Ingin ke Koh Samoi atau Koh Phangan dulu dah ke sana. 


Kedai makanan muslim ada, tapi tidak sebanyak di selatan, kelibat wanita bertudung pun tersangat kurang.  Pencarian google membawa kami ke foodcourt ini, tak sangka pengusaha dari Kedah yang telah 30 tahun bermastautin di Surathani. 



Check in dan bergolek di hotel sesudah itu. Memang kami dah ambil ketetapan tidak mau memandu lagi sesudah jam 6 ptg. Bahaya memandu di waktu malam selain badan perlukan kerehatan secukupnya. Kelebihan berjalan bukan dihujung minggu kadar hotel lebih mesra poket. Masih banyak hotel 2,3 bintang pada harga bawah Rm150.

Mendapat tahu sahabat kebun Penang juga memasuki Siam, dan kini menginap di Songkla. Hah sedang elok kami sudah lama tidak berjumpa.



Memandu ke selatan, memasuki daerah Nakhon Sithamarat mulai kelihatan banyak masjid . Gerai tepi jalan banyak diusahakan pengusaha muslim...Bersarapan di gerai tepi jalan.




Ini perubaham ketara berbanding kunjungan terdahulu..Banyak kincir angin, penjana elektrik dalam perjalanan ke Songkla...Sudah tidak terasa seperti di Siam.




Singgah di stesen minyak untuk ke tandas atau sekadar melepaskan lelah dan minum- minum. Minyak Malaysia pun lebih suku tangki lagi..Di Thailand harga Ron95 dalam Rm 5.60 seliter.



Dapat bertemu sahabat lama di Pantai Shamila, Songkla..

 

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK