Warga Malaysia memang suka meronda. Ketika kami di Yala bertemu dengan segerombolan penonggang motorsikal kapchai dan skuter. Mereka memasuki Thailand dari sempadan Pengkalan Hulu/Betong. Ketika di Pak Bara berjumpa juga Mat motor . Di Songkla dan Hatyai tak payah cerita, sentiasa berselisih kenderaan dan bahu. Katalah kami teruskan ronda- ronda sehingga ke sempadan Myanmar di utara Thailand sekalipun, peluang bertemu warga Malaysia adalah sangat cerah.
Biasanya asean, khususnya Thailand menjadi batu loncatan sebelum mengembara lebih jauh lagi. Ada yang meronda dunia secara solo...
Berbanding bandar lain Selatan Thai, Naratiwat sedikit sukar mencari penginapan kerana tidak banyak hotel.. Kebetulan lagi Raja Thai melawat Naratiwat, banyak bilik telah ditempah.
Mujur Hotel Tanyong mempunyai beberapa bilik kosong. Bertemu dengan beberapa tetamu Malaysia yang sedang mencari penginapan juga.
Malam sesudah selesai urusan hotel, melepak di cafe tepian pantai, berdekatan dengan Airport Naratiwat, 18km dari penginapan kami.
Berbumbungkan langit, berlampukan bulan purnama, berdendangkan ombak dan hembusan bayu pantai Naratiwat, bersajikan kentang goreng saja kerana sup keting yang dicari tiada didalam menu ...di sini tiada, ditempat lain tentu ada.
Terserempak dengan pasangan kental Mat Motor dari Masai Johor. Kegemilangan zaman bermotor sudah berlalu bagi penulis, walaupun masih berkeinginan, tapi kudrat tidak mengizinkan..sakit punggung bila terlalu lama duduk di atas motor...Motor berbungkus sesekali dibuka untuk mengubati rindu.. huhu
No comments:
Post a Comment