Thursday, August 31, 2023
Penghadang Cerun Jalan Kebun
Wednesday, August 30, 2023
Durian Duri Hitam...
3 anak pokok durian duri hitam dan 3 pokok musang king yang dibeli di atas talian telah sampai. Berpuashati dengan saiz dan kesihatan anak pokok, berbaloi dengan harga Rm34 sepokok. Membeli di nurseri tempat kami mana boleh mendapat harga sebegitu.
Meneruskan pembelian bila penjual bersetuju menghantar sendiri anak pokok. Penuh satu 4wd termasuk di bahagian kabin penumpang, penjual membuat penghantaran satu Malaysia. Berbanding pokok lain yang lebih lasak, pokok durian semacam manja ditambah penjagaan di kebun yang ala kadar.
Dah cukup kuota pokok durian, melainkan pembelian untuk menyulam pokok yang mati atau tumbesaran terbantut. Sejumlah 23 pokok durian pelbagai variati sudah ditanam . Ada sikit lagi baki kawasan disediakan untuk pokok lain pula.
Setelah ditanam kini peringkat penjagaan. Rugi masa dan modal jika tanam tanpa penjagaan. Sudah berkenalan dengan beberapa pekebun komersil yang telah terbukti menanam , menjaga dan kini menunggu masa mengutip hasil..Ingin ditiru sop penjagaan termasuk teknik membaja, memangkas dsb. Tak mampu meniru 100 peratus dapat sebahagian sudah memadai...tak boleh samakan orang bertani komersil dengan orang berkebun lebih untuk kegunaan sendiri.
Kebun semaunya hanya menggunakan baja organik selain tiada penggunaan racun rumpai, biar semak samun bertebas saja.
Walaupun kebun tak besar, bila diusahakan dan menjadi ianya boleh menjadi terapi fizikal dan minda...makin semangat gitu..
Tuesday, August 29, 2023
Serai...
Geram melihat seikat serai Rm3 di hypermarket.., bukan nak guna untuk masak, tapi nak buat benih tanam di kebun. Di kebun terdapat lebih 5 rumpun serai yang dulu tanam dan tinggal, kini membesar dengan baik..babi dan makhluk lain pun tak minat dengan tumbuhan ini...Mana ruangan kosong nanti setelah ditanam dengan pokok seperti serai, halia, kunyit kuranglah sikit kawasan berumput yang perlu ditebas..
Nak tanam banyak sangat pun nanti letih membersih rumput di celah-celah pokok pula...Kita tanam berpada -pada lah.. Janji ada.
Setidaknya nanti setiap kali balik dari kebun adalah ole ole yang dibawa balik untuk kegunaan sendiri ataupun jiran- jiran.
Monday, August 28, 2023
Hutan Bandar USJ 3, Subang Jaya...
Sunday, August 27, 2023
Misi Menyelamatkan Kembara...
Misi menyelamat selesai. Awal pagi lagi, rakan meneruskan perjalanan ke kebun di Puncak Gesir/Behrang..
Saturday, August 26, 2023
Tragedi Jumaat...
Pokok durian ini masih lagi kurus, baru mengeluarkan daun baru , dulu ditanam remaja berusia 2 tahun dibeli pada harga Rm300 lebih..mengambil masa untuk menyesuaikan diri di tempat baru.. mungkin akar baru belajar menjalar setelah sekian lama bergumpal dalam polibeg. Pemangkasan dahan dan ranting perlu dibuat.
Dalam perjalanan balik inilah yang terjadi, Kembara mengelongsor ketika menuruni laluan curam licin..mujur tayar tersangkut pada beg tanah yang dibina mengukuhkan cerun, jika tidak terjunam ke kaki cerun.
Tuesday, August 22, 2023
Kellie's Castles, Batu Gajah, Perak
Misi mencari kedai sewa di Ipoh, membawa kami ke Kellie's Castles...Bercadang membuka kedai gunting baru di sana. Di Lembah Klang harga sewa kedai sudah terlalu mahal, sangat tidak berbaloi untuk pemodal. Jarak Ipoh dan Lembah Klang pun tidak jauh sekitar 2 jam pemanduan.
Catatan- catatan mengenai sejarah rumah agam disediakan untuk makluman pengunjung.
Apa lagi..Jom jom kita meriahkan destinasi pelancongan tempatan...