click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Friday, May 31, 2013

Ke mana si ibu menghilangkan diri....!



Seingat aku kucing ni dah lama aku buang kat pasar awam di Pekan Rawang. Jauh tu lebih 5 km dari rumah...tapi entah macamana kucing tu boleh berada semula di rumah. Masalahnya kami  tak betah membela kucing...

Masa mula-mula bertandang ke rumah pertama kali dulu agak liar. Bukan seekor bahkan dua...Jantan dan betina...Kucing yang orang luar buang juga barangkali...Mana-mana makanan yang lebih kami berikan. Lama kelamaan menjadi jinak, dah pandai bergesel pada kaki..miow-miow..terus bermastautin dirumah . . Kira bolehlah...kot boleh tolong memburu tikus yang bersarang disiling..ermmm haram...! Tikus nampaknya tetap beranak pinak..Yang lagi tak tahan, berak tak pandai cari tempat..ikut mana sempat.  Suatu hari sudah berak atas katil.. Tak tau yang mana satu punya kerja , jantan atau yang betina. Sekali sabar..2 tiga kali berak tempat yang sama mana kami  tahan...

"Ciit..cit..cit..meow.meow." haha mau kasi tipu, mintak dua-dua datang dekat.. rapat saja terus  tangkap dan bawa ke pasar awam...meronta dan melompat sana-sini dalam kereta mintak lepaskan... ... setiba saja di pasar, buka pintu kereta terus melompat dan ghaib dari pandangan. Lama juga rumah tak berkucing..Ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari..3, 4  bulan lepas kucing betina yang disangkakan tak akan kembali, muncul lagi dirumah..tapi dah tak berani datang dekat..Masuk rumah pun curi-curi...


Masalah baru datang...kucing betina itu sudah beranak...beranak atas bumbung dan kini dikesan membawa masuk anak ke dalam stor dalam rumah...mujur cuma seekor..sehingga artikel ini ditulis si ibu menghilangkan diri...semalaman si anak tidur bersendirian..pagi ni meow..meow  menangis tak henti....hishhh..Siapa mau jaga ni......?!

Peminat-peminat kucing marilah datang tolong...Huhu...


Saturday, May 25, 2013

Khasiat herba dukung anak dan susu kambing segar...



Berdasarkan cakap-cakap, rakan karib aku Allahyarham Hj Rosli Abdullah meninggal kerana Hepatatis B setengah kata Hepatatis C. Argh tak taulah yang mana betul. Namun pentunjuk pada jenazah menidakkan andaian itu kerana tiada warna kekuningan pada  anggota jenazah. Tidak pulak aku menanya punca sebenar kematian berdasarkan repot doktor., yang pasti ajal dah sampai disebabkan komplikasi dalam perut dan kegagalan anggota penting dalam tubuh.

Kebetulan juru mandi jenazah pernah menghidap penyakit hepatatis  dan beliau turut mengakui ketiadaan tanda kekuningan pada anggota jenazah yang sepatutnya boleh dilihat dengan jelas..Dimaklumkan masih tiada ubat moden yang mampu merawat penyakit hepatatis ini. Kebarangkalian pengidap untuk pulih hanya sekitar 20 peratus.

Hj Shaari yang kini bertugas sebagai jurunikah dan jurumandi jenazah kariah kami di Bandar Country homes Rawang memberi tips berikut kepada pengidap penyakit hepatatis. Amalkan meminum perahan air dukung anak yang dicampur dengan susu kambing segar setiap hari. InsyaAllah berkesan untuk menyembuhkan penyakit sebagaimana  dialaminya. Orang yang sihat boleh turut mengamalkannya juga kot..Wallahualam

Friday, May 24, 2013

Allahyarham Rosli Abdullah dalam kenangan...

Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali. Alfatehah untuk rakan karib ku Allahyarham Rosli Abdullah 48 yang kembali ke rahmatullah pada Khamis 23 Mei 2013 di KPJ DMC. Walaupun bermastautin di Bdr Country Homes, Rawang, atas permintaan keluarga beliau, jenazah  selesai disemadikan di kampung kelahiran Sanggang Temerluh selepas isya hari yang sama.

2 minggu menghidap demam  dan minggu terakhir dimasukkan ke hospital. Keluar hospital dan masuk semula pada magrib selasa, tidak sedarkan diri keesokan pagi sehinggalah menghembuskan nafas terakhir lebihkurang jam 10 pagi khamis. Difahamkan punca kematian adalah komplikasi dalam perut dan kegagalan hati.

Aku berpeluang melawat beliau diawal kemasukannya dihospital, bersembang dengannya. Walaupun keinginan bermotorsikal besar tidak seghairah sewaktu beliau sihat dibulan-bulan terakhir, namun topik perbualan ketika itu pasti akan menjadi kenangan. Di akhir hayatnya tetakala kami menggosok tengkok dengan harapan melegakan pening-pening yang dialami, sempat beliau bertanyakan ...

'Siapa ni...?'

'Akulah...Latep"

" Latep motor besar...?"

"ha.."

Itulah perbualan terakhir aku dengannya sebelum beliau diusung ke hospital...Semoga rohnya tergolong dalam golongan orang yang dirahmati. Amin. Al Fatehah...


Tuesday, May 21, 2013

Pasca pilihanraya- Kuasa ekonomi pribumi mesti ditingkatkan...!

Kita sedia maklum hampir 80 peratus jawatan tertinggi di pihak swasta dikuasai oleh orang bukan melayu manakala peratus yang sama menghimpunkan jawatan rendah kepada bangsa melayu atau bumiputra. Adakah kita pelik ...? Kita sedia maklum kebanyakan syarikat swasta dikuasai oleh mereka. Sudah pasti mereka akan menghimpunkan kaum sebangsa untuk jawatan penting. Itu adalah hakikat dan lumrah...Kenapa perlu kita pelik ..Kebanyakan orang lebih selesa berurusan dengan orang yang dikenali dan rapat..Cuma yang menjadi masalah apabila amalan itu yang keterlaluan...

Apa yang aku sangat menyampah, mereka   cuba pula menonjolkan orang lain mengamalkan nepotisma dan kronisma terutama dipihak pemerintah.......Dalam kempen pilihanraya yang lepas isu ini begitu hebat diapi-apikan....Sedangkan amalan ini sudah terlebih sebati dengan diri mereka.. Cakap tak serupa bikin..Ibarat orang yang membuang angin didalam lif , tak akan pernah mengaku.. lagi buruk perangai, cuba pula menuduh orang lain  berbuat demikian. Dan lebih malang, ramai  yang terpedaya dan sanggup pula berpencak silat mempertahankan golongan ini sekiranya ada yang cuba menyanggah  setiap tuduhan mereka...

Banyak contoh didepan mata...Aku punya  sahabat yang berkerja di EON Bank, kini bertukar pengurusan setelah menjadi milik Hong Leong Bank , begitu juga Sime Tyre kini Continental, Sharp Roxy....Aku terlibat dalam industri pembinaan dan punya ramai sahabat terlibat dalam industri yang sama. Argh banyak lagilah kalau aku ingin senaraikan... Pengalaman boleh menceritakan  tentang amalan kronisma dan nepotisma dikalangan mereka. Itu amalan pengurusan di sebuah syarikat..bagaimana sekiranya mereka berjaya menjadi dominan dalam pemerintahan negeri/negara..?...sebab itu aku sangat khuatir sekiranya puak ini memegang tampuk kuasa...Pastinya mereka akan gila kuasa...Tidak boleh dilakukan secara terangan..pastinya secara halus...

Cukuplah...sesuatu mesti dilakukan untuk mengimbangi kuasa ekonomi dan kini politik puak chauvinis ini.. Aku berpendapat hanya dengan kuasa ekonomi mampu menyekat kerakusan mereka.  Kita tak boleh lagi terlalu megharap dengan kuasa politik yang semakin menghakis.. Tanpa kuasa ekonomi, kuasa politik mudah diperkotak-katikkan.. Tidak boleh berpuashati sekadar mencapai 30 peratus kek ekonomi negara. Walaupun sasaran masih berkisar ditakuk 20 peratus, usaha mesti digembeling  untuk mencapai setidak-tidaknya 70 peratus penguasaan  menurut nisbah komposisi kaum. Untuk tujuan itu program keusahawanan mesti dipertingkatkan. Aku gembira bila institusi ulung seperti UiTM turut berkesedaran untuk melahirkan ramai usahawan dikalangan pelajar mereka. Glc-Glc seperti Felda, Felcra. Risda dll sepatutnya turut memainkan peranan yang aktif untuk tujuan yang sama. .Giatkan kempen 1Keluarga1Syarikat. Walaupun tidak semua pogram keusahawanan akan berjaya dan menepati sasaran, diharap pogram diteruskan. Dapat melahirkan sebahagian yang berjaya pun sudah dikira berjaya.

Pelaburan dalam modal insan jangan dianggap sebagai satu pembaziran..Kesedaran menuntut ilmu mesti  sentiasa disemai dikalangan orangramai. Mana-mana pelajar yang tercicir dalam bidang akedemik, juruskan mereka ke bidang yang diminati..seperti dalam bidang teknikal, sukan dsb. Pendedahan ilmu dapat mengubah nasib seseorang.

Pekerja-pekerja yang memasuki alam pekerjaan dalam apa juga bidang mestilah dipupuk berwawasan untuk membina kerjaya sendiri apabila berpengalaman kelak.  Atau sekiranya ingin kekal berjawatan, biarlah dengan jawatan yang boleh menentukan  dasar organisasi/syarikat  Orang yang berwawasan akan bersungguh menimba ilmu sebagai persediaan apabila membuka syarikat sendiri nanti. Mulakanlah awal sementara komitmen hidup belum bertambah...bertatihlah dari bawah setimpal dengan modal yang kecil. Rebutlah peluang yang nabi beritahu 9 /10 punca rezeki adalah melalui perniagaan. Kita sepatutnya tidak selamanya bergantung rezeki dengan orang lain. Selayaknya  mempunyai azam untuk menyalurkan rezeki kepada orang lain pula...Bukankah tangan yang diatas itu lebih mulia dari tangan yang dibawah...?Apabila telah wujudnya ramai majikan muslim, dengan sendirinya isu nepotisma/kronisma disyarikat bukan islam akan berkurangan kerana majikan muslim akan memanfaatkan kepakaran pekerja islam itu sendiri...

Ungkapan-ungkapan seperti 'Harta/duit tidak boleh dibawa mati ' mesti diperbetulkan.  Sedangkan dizaman nabi ramai sahabat yang kaya raya, Abu Bakar, Omar, Osman dan ramai lagi hatta isteri nabi, Khadijah juga tokoh korporat dizaman itu...Mereka kaya tapi tidak menjadikannya terpesona dengan dunia bahkan dimanfaatkan untuk orangramai... Bukankah dengan duit/harta  yang banyak boleh dimanfaatkan dalam pelbagai urusan seharian seperti zakat, sedeqah  atau amal jariah   dikalangan orangramai  yang pahalanya akan  diperolehi berterusan  hatta sesudah mati..Tindakan yang lagi bijak. Berbanding dengan ibadat khusus seperti solat, puasa, haji yang hanya boleh diganjari pahala selama kita hidup. Tafsiran ungkapan-ungkapan yang salah ini menjadikan kita mudah berpuashati dengan apa yang ada. Jika itu mentaliti kita jangan salahkan bangsa lain berterusan menguasai ekonomi  dan kini mula pula mengorak langkah  menguasai politik negara...

Sekiranya ekonomi bangsa telah mantap, aku tak kesah...bertukargantilah pucuk pimpinan negara kerana ketika itu kuasa benar-benar milik kita...Wallahualam..





Monday, May 20, 2013

Sikap kita yang pelik...

Bila keluar artikel di dada-dada akhbar mengenai cerita-cerita berikut, memang aku pelik berdasarkan respond yang diberikan...
1. Ibubapa menyerang  sekolah kerana masalah displin anak, 
2. Wang hantaran dan kos perkahwinan semakin mahal,  
                                                3.Kesedaran menjaga kebersihan  kekal rendah... 

Apa tak peliknya bila keluar artikel sebegitu  semua memberi  respond seolah-olah tidak bersetuju dengan individu yang bersikap begini...Hakikatnya adalah bukan begitu..Bila berhadapan dengan situasi sama  perkara yang ditentang dulu kini turut sama didokongnya. Report polis oleh ibubapa terhadap pihak sekolah tetap bertambah...Hantaran dan kos majlis untuk menyatukan dua insan, samada uda  dara, janda atau duda berkahwin tetap mencanak naik, kalau dulu hanya majlis kahwin meriah kini ramai yang seolah telah bersedia menyiksa diri untuk mengegakgempitakan majlis merisik, pertunangan, belum lagi majlis sesudah kahwin seperti majlis potong jambul , berkhatan dsb...dan tahap kesedaran menjaga kebersihan tetap ditakok lama bahkan semakin teruk setelah mengambil kira latar belakang si pengotor tersebut...Pelakunya kekadang bukannya tak berpelajaran...bahkan orang berjawatan...ish-ish berpelajaran tak semestinya cerdik rupanya...


Mintak maaflah perokok-perokok sekalian...Sungguh aku tak faham dengan sebahagian besar mereka ini...sedut asap pandai, buang puntung tak pandai...Kekadang atas meja tersergam ashtray, lantai juga jadi sasaran. Kalau ditepi jalan persimpangan lampu isyarat usah ceritalah...Tiadakah langsung  rasa bersalah dan tidak berserabutkah melihat sausana kotor begini...?

Jomlah kita membetulkan diri  ...Mohonlah  ibubapa, adik abang, cikgu-cikgu, ketua jabatan..argh semualah...sentiasa berpesanan kepada orang sekelililng. Tegur-menegur ke arah kebaikan adalah tanggungjawab bersama. Kita mampu mengubahnya...



Sunday, May 19, 2013

Yok Rempitan ...! Kembara semakin menjauh...



Dah lama aku tak cerita pasal aktiviti bermotor. Seingat aku kali terakhir adalah pasal trip ke Kemboja bulan Febuari 2013 lepas. Bila dah seringkali meronda melepasi sempadan negara, aktiviti dalam negara dirasakan tak seperti berkembara., jadi malas nak menulis. Lagipun hari-hari naik motor. Kalau destinasi baru..barulah ada ummp untuk berkongsi cerita ...Namun sesekali berkumpul dengan geng lama untuk berbincang trip berikut memang menaikkan sedikit semangat untuk menulis. 18/ 5/2013 kami berkumpul di Bukit Frazer.. Berbincang trip berikut dalam sausana kedinginan tanah tinggi...

Destinasi...? yea pastinya lebih jauh dari trip terdahulu , kali pertama  ke sana jadi sungguh mengujakan. Tarikh di bulan Febuari 2014. Walaupun ramai yang berminat, untuk mengurangkan masalah hanya 5 rider akan menyertai trip kali ini. Tengoklah undian nanti, siapa yang turut serta. Trip kali ini kami bercadang hanya bermotor di destinasi baru kami. Kami akan mengepos motorsikal ke sempadan negara destinasi  manakala kami akan menyusul dengan kapal terbang...Badan tak penat selain menjimatkan masa...lagipun membosankan menempoh perjalanan melalui jalan-jalan yang sudah seringkali ditempuhi sebelum ini. 'Wear n Tear' motor juga dapat dikurangkan.


Panjang umur dan dimurahkan rezeki, adalah laporan xpdc diblog ini...

Owhh lama nya Febuari.....Dah tak sabar Pak Usop dan Ar Mastor untuk berxpdc dengan GS barunya haha

Tuesday, May 14, 2013

Pilihanraya-Sejarah tidak pernah menipu dan tak mustahil berulang...

Jika diteliti keputusan pilihanraya ramai anak -anak muda terutama yang baru pertama kali mengundi akan menyokong pembangkang. Sememangnya dari dulu lagi senarionya begitu...Aku tak pelik memang stail anak-anak muda begitu..., mereka berasa gah berada dipihak yang menentang. Tak percaya pergilah ke sekolah atau di mana-mana. . Peraturan mengkhendaki berambut pendek, baju hendaklah di 'masuk kedalam'-(tight in)...jangan merokok dsb. Jika dijalanraya, rasanya paling ramai anak-anak muda yang menyalahi kesalahan hadlaju berbanding mereka yang berusia, walaupun kenderaan yang dinaiki tu alaaahai....Apa yang dilarang itulah yang mereka gemar  lakukan...Aku berpendapat mereka bersikap begini kerana ramai anak-anak muda mudah tercabar dengan provokasi...Lagi pandai memainkan emosi, lagi berkobar-kobar jiwa- anak-anak muda.

Ada kebenaran perihal  3 golongan umur berikut, biasanya beginilah sikap mereka

Remaja-40-  Buat dulu baru fikir
40-warga emas- Fikir dulu baru buat
Warga emas-Terlebih fikir susah nak buat (Atas faktor usia)

Bila usia menginjak dewasa pasti pelbagai pengalaman akan dikutip disepanjang perjalanan kehidupan..Pastinya pengalaman yang ditimba bisa mengubah pendirian seseorang.. Sebab itu barangkali tetakala usia memasuki ambang 40, pendirian seseorang akan lebih stabil dan tidak mudah dipengaruhi anasir luar kerana diusia ini disamping pengalaman ditimba, biasanya mereka sudah mampu mengupas dan menganalisa maklumat yang datang dengan rasional. Semua orang akan menempuhi peringkat umur jika panjang umur...

Diketika usia emas...hehe sendiri mau ingatlaaa..contoh kesah berikut mungkin memberi jawapan ...

Dari hari pertama aku dibenarkan mengundi, puas aku cuba memujuk bapak dan mak (kini arwah-Al Fatehah) supaya mengundi parti menuruti pendirian aku ketika itu. Namun usaha itu sehingga kini tak berjaya. .Dan kini pada usia 83 tahun para pembaca pasti tahu apa yang dipangkahnya...Dan aku pulak menjejaki langkah dia..hehe. Ditakdirkan mati hidup semula pun kebarangkalian beliau mengundi parti lain adalah mustahil...Karat-sekarat-karatnya haha...

" Kenapa mesti menggadaikan kedamaian yang dikecapi " ujarnya...Tapi adakah orang muda atau orang yang tidak pernah mengalami sausana sepertinya berhak mempertikai dan memperlekeh pendirian orang sebegini...? Sedih membaca pelbagai tuduhan dilemparkan kepada golongan tua seperti ini  melalui media-media  sosial ...Aku cuba mendekati dan memahami sentimen beliau dan aku dengan sedikit pengalaman yang diperolehi sepanjang menjalani penghidupan, akui kebenaran itu...

Bapak aku dan pastinya ramai lagi  yang sezaman atau lebih muda dengannya telah menempuh dua rusuhan besar negara 1945 dan 1969. Sejujurnya orang tua aku terlibat dalam pemberontakan besar-besaran ketika itu terutamanya pada 1945...Puncanya apabila komunis mendapat kuasa  mereka gila kuasa, menindas dan menghambakan orang-orang yang tak sealiran dengan mereka..Pada 1945 orang-orang kampung dijadikan buruh paksa...maka bermulalah pemberontakan. Dalam keadaan marah, pertimbangan akal sudah tiada, kecil besar, anak-anak orang dewasa , lelaki wanita..pendek kata apa saja yang ditakrifkan sebangsa dengan komunis ketika itu  akan menjadi mangsa... Pada 1969 rusuhan meletus lagi...Puncanya pun lebih kurang sama...Jadi aku fahamlah dengan dua peristiwa besar itu tak mungkin begitu mudah mereka  melupai pengalaman perit yang dihadapi dan dengan mudah termakan segala pujuk rayu...Pendirian mereka kemas dan kejap. Kerana sejarah tidak pernah menipu. Dan sejarah tak mustahil akan berulang...Kepada sesiapa yang memperlekeh orang-orang sebegini ..fikir-fikirkanlah...

Kepada bapak aku yang diijabkabulkan lagi pada 11hb Mei 2013..SELAMAT PENGANTIN BARU...! haha







Monday, May 13, 2013

Kemalangan.. 3 jam meraung kesakitan...!

Dah dua kali aku menyaksikan kemalangan melibatkan pemandu tersepit..Kedua-duanya melibatkan pemandu trailer..Yang pertama dulu melibatkan lori tangki minyak di jalan lama menuju  Rembau dan yang terbaru lori kontena. Kes terbaru berlaku pada Rabu 8hb  Mei 2013, berita dimuatkan dimuka hadapan kebanyakan akhbar utama. Ketika itu aku baru saja memasuki semula lebuhraya setelah terpaksa keluar mencari stesen minyak untuk mengisi minyak motor yang berada diparas kritikal...Terlupa  nak singgah di R n R terdahulu... . Kemalangan berlaku di jalan susur keluar menuju utara Simpang Ampat/ Alor Gajah lebuhraya PLUS . Trailer gagal dikawal semasa menyusuri selekoh dan kenderaan terbalik kura-kura. Tayar atas badan bawah...

Dalam kedua-dua kes dan mungkin banyak  lagi kes, pemandu berjam meraung menahan kesakitan . Ada beberapa kemungkinan urusan mengeluarkan mangsa mengambil masa yang lama..Pihak bomba dan penyelamat terpaksa berhati-hati mengeluarkan mangsa kerana dikhuatiri tindakan terburu-buru bakal memudaratkan lagi mangsa ataupun mungkin  peralatan yang terhad melewatkan urusan menyelamat.

Semasa menyaksikan kemalangan pertama dulu , sementara menanti kehadiran kren awam untuk menyangga/mengangkat kepala trailer yang remuk, kayu penyangga terpaksa digunakan untuk menghalang badan trailer daripada menghempap/  menghimpit mangsa.. Dan lebih malang kehadiran kren awam pertama tidak mampu  mengangkat trailer yang tersangat besar dan terpaksa menunggu kehadiran kren awam kedua yang  lebih berkapasiti besar. Kemungkinan hanya kren berkapasiti sedemikian yang mampu diperolehi ketika itu.

Berdasarkan senario diatas, alangkah eloknya sekiranya pihak bomba dan penyelamat turut dilengkapi dengan kren penyelamat khas sendiri dan bukan lagi bergantung kepada ihsan kren awam semasa membuat operasi menyelamat. Aku tak dapat bayangkan, walau seketika jari tersepit  begitu seksa  azab ditanggung, inikan pula kaki tersepit berjam lamanya...! Semoga pemandu terbabit segera pulih dari kesakitan lahir dan  batin...Amin...

Tuesday, May 7, 2013

Pilihanraya-Siapa tertipu...?



Sebagaimana yang aku jangkakan, perkara yang aku bimbangkan terjadi...Mujur masih ada yang sayang..jika tidak Malaysia akan berPMkan orang baru. Sehingga dinihari  aku sanggup bersengkang mata menunggu keputusan rasmi SPR dikeluarkan. TV dan blog-blog dialam maya menjadi rujukan. Bila BN berjaya diberi mandat menerajui negara, aku sedikit lega tapi hati seakan tidak boleh menerima keputusan yang diperolehi. Kebimbangan aku ternyata benar. Polar pengundian  menunjukkan pengundi cina solid dibelakang DAP/ pembangkang. Hampir semua kawasan DUN dan Parlimen yang dipertandingkan menjadi milik mutlak mereka...Sedikit tiada belas kasihan untuk calon lawan yang bertanding dikawasan majoriti cina.. Jika dinilai pogram pemimpin bersama masyarakat kaum tersebut, seolah terdapat harapan sebahagian yang akan memberikan sokongan kepada parti pemerintah....rupanya big NO NO...hanya manis didepan....

Berbekalkan fakta, DAP 40, PKR 30 dan PAS 21 aku mengharap sahabat aku sebelah sana memberi simpati untuk mengiyakan apa yang aku khuatirkan bahwa DAP akan terlalu dominan dalam pakatan yang akan menggugat kelangsungan agenda masyarakat islam atau bumiputra... rupanya tiada simpati...Hati aku pedih dan sakit dan terpaksa memendekkan perbualan talifon sekiranya tiada tanda simpati diraih...

Namun sesuatu yang kita inginkan  belum tentu baik untuk kita, rupanya  yang tidak kita inginkan  kekadang terlebih baik pula untuk kita hehe....berbelit-belit...? Begitulah dengan keputusan PRU13 ini...Semasa aku menutup tv hanya dua negeri Perak dan Selangor belum menerima keputusan rasmi ...ini yang menambah kegusaran aku....perkiraan aku  dua-dua negeri akan jatuh ke tangan PR selain P.Pinang dan Kelantan.. maklumat dari blog-blog sebelah PR memungkinkan perkara itu...Aku bimbang DAP terlalu dominan dalam kerajaan negeri yang bakal dibentuk..

Bila meneliti senarai calon yang menang di Selangor, PAS 15, PKR 14, DAP 15..aku lega sebenarnya....Keputusan kali ini tidak seburuk yang aku sangka , tidak seperti PRU12 dulu. Calon islam PR ramai yang menang.  Kombinasi calon muslim PAS dan PKR yang menang adalah berjumlah 26 orang...dan perlantikan MB nanti adalah berdasarkan merit bukan keterpaksaan sebagaimana  PRU12 dulu...Aku tak kesah..., yang penting orang islam mesti mendominasi...

Diperingkat nasional pula...dengan pencerahan polar pengundian kaum cina kepada pembangkang...rupanya memberikan kelebihan dan kekuatan kepada masyarakat islam dan bumiputra...tanpa sokongan masyarakat cina kerajaan masih mampu dibentuk.. Begitu juga di DUN Perak...Diharap barisan kabinet yang bakal dibentuk adalah berdasarkan merit bukannya koata...Mereka inginkan meritokrasi inilah masa 'walk the talk..'. Kasi ajar sikit ...barulah  mereka tahu langit tinggi ker rendah...




Thursday, May 2, 2013

Pilihanraya- Inikalilah atau lainkalilah...?

Dulu aku juga bereksperimen. Aku kempen dengan orang sekeliling supaya menjadikan pembangkang kuat. Aku percaya dengan pembangkang yang kuat menjadikan pihak yang memerintah lebih peka dan berhati-hati dalam membuat apa -apa tindakan.. Dan tak sangka pula tsunami politik benar-benar berlaku, PR menguasai 5 negeri.... Aku tak kesah negeri seperti Kedah atau negeri-negeri sebelah pantai timur jatuh ke tangan PR..Sebelum 2008  pun Kelantan dan Trengganu pernah diperintah PR. Sekiranya silih ganti tampuk pemerintahan lebih membawa kebaikan apa salahnya...Lebih aku tak kesah sebab aku tahu orang islam tetap dominan dinegeri-negeri tersebut.

Bila keputusan PRU 12 paling aku tak sangka Perak dan Selangor turut lebur dan kemenangan mereka betul-betul membuka mata dan minda aku.  Baru aku percaya  hasil strategi politik, puak minoriti boleh menguasai puak majoriti dalam amalan demokrasi. Walaupun Perak bermajoritikan orang islam disebabkan kerusi bukan islam lebih menyumbang kepada kemenangan dalam pakatan, maka suara mereka lebih dominan. Begitu juga di Selangor. Di P.Pinang usah ceritalah...Wakil mereka lebih mendominasi dalam senarai barisan exco kanan yang dibentuk. Atas amalan demokrasi tiada salahnya kerana mereka penyumbang terbesar kemenangan...Atas keterpaksaan ketua negeri tetap dilantik dikalangan orang islam.. Tapi apalah guna sekiranya kuasa melobi dan menentukan dasar akan dikuasai parti yang lebih banyak menyumbangkan  kemenangan.

Senario ini aku cukup takut jika berlaku dalam PRU 13 ini. Angin-angin perubahan sudah menampakkan kearah itu...Strategi bergabung 3 komponen nampaknya mula membuahkan hasil, walaupun idealisma berbeza, itu tidak menghalang mereka berkerjasama..yang penting tumbang..Inikalilah ...! Serangan terhadap umno, media perdana dilakukan bertalu-talu..Pecah dan perintah...tujuannya adalah untuk meruntuhkan kredibiliti supaya apa saja yang keluar dari pihak ini akan dibakulsampahkan. Dan ternyata usaha mereka membuahkan hasil. Penyokong tegar sedikit pun tidak goyah walaupun disajikan pelbagai maklumat tentang kebobrokan persengkokolan itu.

Jika mereka menang, puak minoriti tidak mustahil akan menguasai puak majoriti atas pertimbangan bilangan kerusi yang dimenangi...Aku tidak tergoda bila mereka menyatakan kerusi yang ditandingi wakil islam di pihak PR melebihi bilangan calon dari pihak BN..Bukan jumlah calon tersenarai yang menjadi ukuran tapi jumlah yang bakal dimenangi yang akan mencorakkan pemerintahan negara kelak...Aku tak fikir PAS atau PKR akan menang dikebanyakan kerusi...Jika ada pun mungkin dikawasan bandar atau pinggiran bandar. Kemenangan selebihnya disumbangkan oleh DAP. Walaupun DAP mengaku parti berbilang bangsa, dakwaan itu sekadar dakwaan, realitinya parti itu adalah parti chauvinist cina. Calon yang tersenarai dan kawasan yang ditandingi mengesahkan kecinaan mereka. Mereka lebih menjuarai kaum itu saja...

Dalam keadaan negara diwakili ramai wakil-wakil islam, atas desakan dan lobi berterusan dari dalam dan luar parti pemerintah, banyak dasar menyebelahi  puak minoriti, walaupun membelakangi aspirasi nasional. . Aku tak dapat bayangkan bagaimana jika mereka menguasai sausana politik kelak...Selalunya orang yang kemaruk kuasa akan mengambil kesempatan dalam setiap peluang yang ada walaupun seketika. Pinda sana, pinda sini mansuh sana mansuh sini atas alasan kesamarataan atau meritokrasi total, Pelbagai alasan boleh diwujudkan untuk menjustifikasikan tindakan mereka..walaupun konsep kesamarataan jelas membelakangi konsep keadilan. Mana mungkin pihak yang lemah dipaksa bersaing dipersada terbuka...hasilnya yang kuat bertambah kuat, yang lemah terus ketinggalan...dan ini sangat tidak baik untuk sesebuah negara..

Berbanding dulu adakah pendirian aku berubah...? tidak...aku masih mengharapkan pembangkang yang kuat..Walupun tidak sempurna, ternyata pemerintah sekarang lebih peka dengan tuntutan rakyat hasil suara pembangkang yang kuat. ..Secara peribadi aku merasakan  mereka lebih tulus dalam perkongsian kuasa...Aku mengharapkan dengan pengalaman yang ada, PR terus menjadi pembangkang yang kuat.  Namun untuk mereka menerajui pemerintahan negara aku harap  .Lainkalilah...

Sekadar pandangan peribadi. 

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK