Dah dua kali aku menyaksikan kemalangan melibatkan pemandu tersepit..Kedua-duanya melibatkan pemandu trailer..Yang pertama dulu melibatkan lori tangki minyak di jalan lama menuju Rembau dan yang terbaru lori kontena. Kes terbaru berlaku pada Rabu 8hb Mei 2013, berita dimuatkan dimuka hadapan kebanyakan akhbar utama. Ketika itu aku baru saja memasuki semula lebuhraya setelah terpaksa keluar mencari stesen minyak untuk mengisi minyak motor yang berada diparas kritikal...Terlupa nak singgah di R n R terdahulu... . Kemalangan berlaku di jalan susur keluar menuju utara Simpang Ampat/ Alor Gajah lebuhraya PLUS . Trailer gagal dikawal semasa menyusuri selekoh dan kenderaan terbalik kura-kura. Tayar atas badan bawah...
Dalam kedua-dua kes dan mungkin banyak lagi kes, pemandu berjam meraung menahan kesakitan . Ada beberapa kemungkinan urusan mengeluarkan mangsa mengambil masa yang lama..Pihak bomba dan penyelamat terpaksa berhati-hati mengeluarkan mangsa kerana dikhuatiri tindakan terburu-buru bakal memudaratkan lagi mangsa ataupun mungkin peralatan yang terhad melewatkan urusan menyelamat.
Semasa menyaksikan kemalangan pertama dulu , sementara menanti kehadiran kren awam untuk menyangga/mengangkat kepala trailer yang remuk, kayu penyangga terpaksa digunakan untuk menghalang badan trailer daripada menghempap/ menghimpit mangsa.. Dan lebih malang kehadiran kren awam pertama tidak mampu mengangkat trailer yang tersangat besar dan terpaksa menunggu kehadiran kren awam kedua yang lebih berkapasiti besar. Kemungkinan hanya kren berkapasiti sedemikian yang mampu diperolehi ketika itu.
Berdasarkan senario diatas, alangkah eloknya sekiranya pihak bomba dan penyelamat turut dilengkapi dengan kren penyelamat khas sendiri dan bukan lagi bergantung kepada ihsan kren awam semasa membuat operasi menyelamat. Aku tak dapat bayangkan, walau seketika jari tersepit begitu seksa azab ditanggung, inikan pula kaki tersepit berjam lamanya...! Semoga pemandu terbabit segera pulih dari kesakitan lahir dan batin...Amin...

No comments:
Post a Comment