Entry kali ini penulis ingin menulis lagi mengenai berkebun keliling rumah...Sentiasa bersemangat untuk berkebun setelah menonton perkongsian minat yang sama di Utube.
Sebenarnya tidak memiliki tanah yang luas bukan alasan untuk tidak berkebun...Kita boleh memanfaatkan setiap ruang yang ada dengan menggunakan bahan- bahan terpakai.
Bayangkan tanah seluas 4000kps boleh ditanam dengan beratus jenis tanaman dan turut membela ternakan..Hasilnya turut dijual di pasar tani. Begitulah kesah di luarnegara yang cukup memberi inspirasi yang penulis ikuti di Utube
Pernahkah anda melihat pokok betik rendang tapi berbuah lebat...Rupanya pokok tersebut melalui proses tut terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke tempat lain...Harini penulis ingin
mencuba.
Batang betik dipotong dan disendal dengan ranting kayu supaya akar mudah tumbuh setelah dibungkus dengan tanah nanti.
Selalunya kaedah tot dibuat dicabang betik yang tumbuh dari pokok induk. Namun jika tiada cabang boleh saja ditot pohon induk tersebut.
Jika tiada masalah dalam 3-4minggu akar akan tumbuh dan boleh lah dipindahkan samada terus diatas tanah atau tong bertanah.
Melalui kaedah ini pohon akan sentiasa rendang dan mudah untuk memetik hasil nanti..
Ini adalah pemindahan anak pokok betik yang tumbuh sendiri dicelah celah batu...Tumbuh hasil pindahan benih oleh burung barangkali..Setelah besar nt boleh dicuba lagi kaedah tot diatas supaya rendang.
Cubaan kedua adalah menanam keledek dalam tong... Adalah sangat merugikan sekiranya ilmu yang diperolehi tidak dipraktikkan.. Penulis teruja melihat keledek yang ditanam dalam tong sederhana besar memberikan hasil berkilo- kilo.
Mudah saja untuk memperolehi benih anak keledek..Ubi keledek dipotong dan direndam dalam air dan dibiarkan beberapa hari sehingga tunas mulai tumbuh di ubi tadi..
Setelah itu petik tunas dan rendam supaya tunas mengeluarkan akar sendiri...
Setelah berakar, pindahkan anak pokok ke atas tanah atau tong bertanah...
Selepas 3 bulan kita lihat hasilnya samada menjadi...Harap harap menjadilah yea...
Selamat mencuba...🤗