click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Monday, May 25, 2015

Jom Jom Bonsai...

Amacam..? Dengan mengeluarkan 'sedikit ' belanja  boleh tahan lah juga hasilnya. Sedikit terserlah kecantikan pokok yang ingin dibonsaikan apabila pasu ditukar dari yang biasa-biasa ke pasu berbentuk leper bersegi, Sukar  mencari pasu begini,, Kebanyakan nurseri tidak menjualnya. Kebetulan singgah di deretan nurseri berdekatan Hospital Sg Buluh hah terus membelinya. Harga RM90 sebiji. 






Pokok-pokok bunga ditanam menggunakan dahan matang. Tak sangka mudah hidup. Kalau menanam dari benih nak tunggu pokok membesar ketahap ini tentunya berjanggut menunggu.  

Hah  jomlah apalagi kita luangkan sedikit waktu dengan berkebun...Ini juga sebahagian dari terapi minda..


Saturday, May 16, 2015

Sehari di P.Pinang...

15 Mei 2015

Ada tugasan di Bertam, Kepala Batas  P. Pinang. Sedang elok. Teringin meronda pulau lagi sambil lalu jambatan JK2PP- Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah.

Laluan antara Tol plaza Juru dengan Sg Dua nampaknya semakin sesak.  Lebuhraya PLUS dah macam tak mampu menampung  bilangan kenderaan yang semakin meningkat saban tahun. Jadi bayangkanlah  jika ura-ura mereka yang bermotorsikal  bakal dikenakan tol betul betul terlaksana...Apabila pengecualian  tol untuk mereka yang bermotor sudah ditarik balik, maka sebahagiannya akan kembali berkereta...Selain menjimatkan masa, sesetengah penonggang motorsikal sanggup berhujan berpanas demi menikmati kelebihan ini. Hah puashatilah mereka yang sangat anti dengan mat-mat motor nih...Ada pengguna lebuhraya marah- marah pada mat motor dan mencadangkan supaya tol turut dikenakan pada mereka.. Artikel berkaitan  boleh dibaca di pautan ini..,Motorsikal Diharamkan di Lebuhraya...?


Setelah tugasan selesai, keesokan hari jam 10 pagi terus menuju ke pulau melalui jambatan pertama. Harini bercadang mengelilingi pulau bermula dari Georgetown- Batu Feringgi - Balik Pulau seterusnya ke Batu Maung untuk kembali semula ke tanah besar melalui JK2PP. Kali terakhir ke pulau adalah pada November 2012 sewaktu konvoi Kembara 1Malaysia.


Sewaktu menuju ke Georgetown terpandang papan tanda Bandar Warisan Dunia Unesco. Teruja berkunjung ke sana....Namun separuh jalan hilang hala tuju .,Tiada kesinambungan tunjuk arah . Bayangkan rakyat Malaysia berlainan negeri  boleh sesat ditanah air sendiri bagaimana dengan pengunjung luar negara.? Apa yang diperhatikan papantanda tunjuk arah masih cacamarba..Kawasan tumpuan bertaraf internasional pun kita tak mampu ke sana tanpa tersesat terlebih dahulu.., berkunjung ke kawasan tak ternama lagilah haru. Sewaktu kembali ke Tanah besar melalui JK2PP pun sama. Dari Balik Pulau, tak nampak pun papantanda untuk ke JK2PP. ..Pulau yang sekangkang kera pun boleh sesat adoiii...


Terkilan kenapa tiada tempat untuk pengunjung mengabadikan kenangan...Sepatutnya projek mega sebegini tidak hanya dipromosikan sekadar jambatan yang menghubungkan dua kawasan, Seharusnya dijadikan ikon yang menjadi kunjungan wajib pengunjung juga.. Banyak nilai tambah yang mampu dijana dengan usaha ini.


Lagi diperhatikan seolah tiada kesungguhan untuk mengindahkan kawasan, Kawasan bandar, pantai dsb tak nampak berseri ..Kenapa tak ditiru usaha  Putrajaya maupun Kuala Lumpur dalam mengindahkan kawasan mereka. Pulau takderlah besar mana pun untuk menjayakan usaha itu.. Batu Pahat Johor yang bertaraf daerah pun nampak kesungguhan untuk mengindahkan kawasan inikan pula sebuah ibunegeri yang terdapat pusat tumpuan tarikan dunia disana, Perbezaan ketara hanya apartmen-apartmen tinggi yang galak dibina. Walaupun pulau itu sendiri terutama di kawasan Batu Feringgi  secara semula jadi adalah cantik tapi kecantikan ini seolah terbazir dengan  tiadanya kesungguhan untuk menyerlahkan keindahan itu..Di kawasan industri, air sungai kekal hitam dengan bau yang sangat meloyakan. Hairan bagaimana penduduk di sekitar kawasan itu boleh tinggal dalam sausana sedemikian.



Usaha kerajaan negeri Johor melalui Iskandar Malaysia  mengindahkan Sungai Danga sangat wajar dipuji dan harus dicontohi oleh negeri negeri lain...

Jam 9mlm tiba di Kuala Lumpur. Home Sweet home...







Wednesday, May 13, 2015

Jom Pulau Besar Melaka...



Kali terakhir melawat Pulau Besar Melaka adalah 31 tahun dulu. Ketika itu sesudah SPM kami bertujuh berpakat berkhemah di pulau tersebut. Sabtu 11 April 2015 kami berlapan, 7 orang yang sama termasuk seorang rakan baru mengambil keputusan melawat kembali ke pulau untuk  mengambalikan nostalgia silam . Menaiki bot dari jeti Medan Ikan Bakar Pernu.. Bayaran RM150 pergi dan balik termasuk mengelilingi pulau. Perjalanan selama 20-30 minit sahaja.




Perubahan fizikal berbanding dahulu, kini terdapat kenderaan dipulau. Tak pasti samada 30 tahun dulu ada kenderaan atau tak..Terdapat  sekolah dan pusat tahfiz. Pusat peranginan dan padang golf yang dikhabarkan sekian lama terbiar juga akan dibuka semula dalam waktu terdekat. Dulu penduduk pulau menghadapi masalah bekalan elektrik, kini bekalan elektrik telah diperolehi dari tanah besar. Mencari tempat makan juga tiada masalah kerana terdapat banyak gerai berjualan di sana. 

Pusat tahfiz diwujudkan untuk mengimarahkan pulau seterusnya  menbendung amalan khurafat seperti pemujaan kubur di sana. Kepercayaan khurafat nampaknya masih tebal dikalangan sebahagian pengunjung/penduduk.. Hari itu angin kuat melanda pulau .  Kami terpaksa berpegangan khemah agar tidak diterbangkan angin . Seorang pengunjung menghampiri kawasan khemah dan memberitahu supaya 'meminta izin ' sebelum mendirikan khemah. Angin yang kuat ini petanda 'penjaga' pulau marah ... Perghhh...









 Dinilai tempoh lebih 30 tahun, perubahan yang dialami adalah kurang mengujakan. Sausana di pulau kelihatan lesu dan tidak tersusun.. Prasarana awam kelihatan dhaif..Kenderaan awam yang beroperasi  langsung tidak  berketerampilan. Bilangan kenderaan wajar dihadkan di pulau. Perlu secara serius mewujudkan faktor WOW..! sebagaimana sausana resort peranginan atau taman- taman botani yang sentiasa bersih, cantik dan kemas…


Pihak berkuasa perlu memikirkan halatuju pembangunan dipulau. Tak pasti samada terdapat ‘Master Plan’ untuk keseluruhan pulau.. Jika belum perlu difikirkan pelan komprihensif sebagaimana pemaju memajukan sesebuah kawasan. Pulau yang belum mengalami arus pembangunan pesat masih mempunyai ruang untuk dikemaskini.. Kita tak maulah pembangunan  dijalankan secara sembrono disebabkan tiada perancangan teliti.


Persoalannya pulau ini ingin dikenali sebagai apa..? Adakah sebagai penempatan atau destinasi percutian yang kekal tenang   atau sebagai pulau yang mengekalkan keindahan semulajadi atau pulau yang ingin dikenali sebagai tempat yang hiruk pikuk. Jika pulau ingin dibangunkan sebagai pulau yang ‘happening’ salah satu opsyen adalah dengan membina taman tema permainan bertaraf antarabangsa. Untuk memeriahkan lagi boleh juga membina kereta kabel dari tanah besar. .

Pilihan-pilihan atau keunikan yang cuba dilaksanakan itu jika dilaksanakan secara serius mampu saja menjadikan pulau ini sebagai tempat yang sentiasa menarik untuk dikunjungi.. . Kita tahu perancangan begini memerlukan perbelanjaan yang besar tapi dengan potensi ekonomi yang bakal diraih adalah berbaloi untuk melabor. Melaka perlu mengeksploitasi lokasinya yang strategic serta kedudukan pulau yang tidak jauh dari tanah besar sebagai lubuk duit…  


Wednesday, May 6, 2015

Jom Guanzhao- Shenzen...

Catatan perjalanan hari 1 dan 2  boleh di baca di SINI






Hari ke 3 kami ke Shenzen...Seawal pagi  telah menuju ke stesen keretapi laju..Perjalanan menaiki teksi mengambil masa selama lebihkurang 45 minit melalui lebuhraya bertol. Membayangkan perjalanan ke Shenzen mengambil masa yang panjang kami membeli tiket  kelas pertama berharga dalam RM100 seorang sehala..Tiket kelas kedua berharga dalam RM55 seorang sehala...Ingin membeli tiket terpaksa meminta bantuan pegawai kaunter informasi menuliskan destinasi juga kelas tiket dalam bahasa cina. Sepatah haram tulisan rumi  tidak boleh difahami oleh penjaga kaunter jualan tiket ..Pengajarannya.. Bukan prasyarat untuk menjadi  negara maju mesti  mengetahui bahasa asing terutama inggeris...Memahami adalah kelebihan.. itu saja...Kita sibuk menekankan seolah semua warga mesti fasih berbahasa inggeris...Kalau tak menguasai seolah akan kekal mundur...





Kelas pertama penumpang dibantu oleh pramugari ..sausana seperti dalam kapalterbang..hehe walaupun ini kali kedua menaiki keretapi laju di China tapi masih tetap teruja..Kali pertama menaiki keretapi sewaktu di Beijing...Sepanjang perjalanan ini ,tak silap  ada dua kali berhenti untuk menurun dan mengambil penumpang di stesen terpilih, Hentian ke tiga kami telah tiba dihentian Shenzen...Hah dah sampai..Tak sampai pun setengah jam perjalanan..Rasa tak berbaloi membeli tiket kelas pertama..Catatan terlaju yang terpampang di skrin adalah 305km sejam..




Menurut carian diinternet  Shenzen merupakan bandar yang baru dibangunkan..Dahulunya kawasan ini merupakan perkampungan nelayan yang tidak memiliki tempat  menarik untuk ditonjolkan...Tiada objek tinggalan bersejarah dsb sebagaimana tempat tempat lain..Walaupun dilihat sebagai satu kekurangan tapi itu tidak menghalang Shenzen  kini menjadi tumpuan warga luar kerana terdapat dua tarikan utama disini. Window of the World dan Magnificent China..Window of the World menghimpunkan replika-replika ternama seluruh dunia manakala Magnificent China menghimpunkan replika ternama seluruh China..Di tanah air kita juga memiliki sebahagian replika replika ternama dunia ynag terdapat di Taman Tamadun Islam Trengganu..











Disebabkan kawasan pameran yang tersangat luas kami hanya berkesempatan melawat Window of the World...Tiket memasuki taman boleh tahan mahal. RM250 seorang. Tidak dapat meneliti replika secara teliti...Bersegera berpindah dari satu replika ke satu replika yang lain  untuk menghabiskan keseluruhan kawasan pameran. Sesudah lawatan pulang semula ke Ghuanzou. Jika mempunyai masa memang saja bermalam di sini..Boleh terus ke Hongkong yang berbaki 45minit perjalanan menaiki keretapi laju..Apa nak buat tiada persediaan awal...Ke Guanzhou kami membeli tiket keretapi kelas ke2..

Terlalu banyak...Sebahagian lagi replika yang terdapat ditaman ini..







Keesokan hari kami  menghabiskan masa di Guanzhou.. Membeli belah  ole ole dipusat beli belah berhampiran dengan hotel penginapan.. Sebelah malam  kembali ketanah air...

Setelah pengiraan, perbelanjaan keseluruhan untuk 4 orang didapati  tidak melebihi RM7000 termasuk membeli ole ole..Sangat berbaloi...Kebetulan terserempak dengan rombongan yang baru menamatkan lawatan ke Guanzhou sahaja,  sewaktu di lapanganterbang dimaklumkan lawatan 3H 5M mereka  dikenakan bayaran RM 2500 seorang. Pastinya tidak termasuk kos membeli belah ole ole.. Hehe ini yang semakin seronok nak meronda lagi secara persendirian....Semoga berjumpa lagi dilain kembara..Tunggu..!

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK