Beli nombor menarik...rasanya kebanyakan orang suka., Jika tidak masa kan yang berkemampuan sanggup berhabis ratusan ribu ringgit semata-mata untuk memiliki angka digemari..sementara orang kebanyakan turut terikut-ikut membeli angka menurut persepsi masing-masing..ada yang mengabadikan berdasarkan tarikh lahir dsb...Jika ada sepuluh kenderaan, bersusun kenderaan dengan nombor yang sama...Walaupun secara peribadi aku tak suka menggunakan no menarik lebih-lebih lagi jika terpaksa berbelanja untuk membida nombor tersebut ...namun aku sangat suka bila melihat banyak kenderaan mewah menggunakan no 4 yang tersangat pantang dikalangan orang cina...Buktikan pada mereka nombor adalah sekadar angka...tapi dapat juga aku perhatikan ramai orang cina sekarang tak berapa kesah pun pasal no 4 ni...mungkin generasi baru kot...
Berbelanja barangan lusuh/antik- .. Ada orang sanggup berhabisan semata-mata untuk barangan lusuh.. atau adakah citarasa manusia menjadi pelik bila berduit...? sekadar ribu-ribu mungkin dapat diterima dek akal, tapi kalau ratusan ribu hatta jutaan memang tak terfikir oleh otak aku....hu hu..motor lusoh, kereta lusoh, potrait lusoh, tembikar lusoh, cincin lusoh, pedang / keris lusoh dsb
Lagi aku tak faham ada orang yang sanggup berbelanja besar untuk seluar jean lusoh..he he..Yang ini bukan ribu riban, ratusan ringgit sudah cukup memusykilkan aku, kenapa ada yang sanggup membeli bekas pakaian orang lain dengan harga yang tersangat mahal...berilah pelbagai alasan..jenama, kualiti kain dsb aku semacam tak boleh terima semua alasan itu...sedangkan sekarang seluar jean baru berkualiti boleh diperolehi serendah 25 ringgit.! Ini yang aku lihat dikedai bundle petang tadi, kebetulan aku singgah untuk memendekkan jean aku yang labuh.. 300..400..500..sehelai..! dan menurut pengusaha ramai yang sanggup membeli...! sungguh tak masuk dek akal aku...
Dan lagi aku pelik...ada orang sanggup berbaris panjang semata-mata ingin menikmati makanan yang digemari..tunggulah nanti dibulan ramadhan..ada yang sanggup berbaris seawal 3 petang...! Sungguh aku musykil..adakah kesedapannya boleh dirasai sehingga berbulan-bulan ...?
Euro 2012
Pelik...? He he..tepat ramalan aku Itali menang lawan Jerman, walaupun jaringan 2-1, tapi perbezaan gol tetap 1-0 sebagaimana yang aku ramalkan. Boleh jadi bomoh bola. Mari..mari..mariii! ha ha..