click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Thursday, April 29, 2021

Manfaat Berternak Keliling Rumah

  1. Walaupun duduk di taman bertanah keluasan terhad, dengan sedikit kreativiti sesiapa saja boleh berternak. Namun, jika kita hanya mencongak untung dan rugi tanpa melihat manfaat tersembunyi, nescaya aktiviti ini akan menyebabkan kita mudah lelah.
Pejam celik sudah masuk tahun ke 2 penulis membela ayam dan ikan dicelah rumah. Kalau dulu terlalu sangat mendengar pendapat orang, nescaya aktiviti itu berkubur sebelum sempat membela...Bau lah..lalat lah, tikus lah ularlah dll.

Setelah berternak masalah yang dinyatakan memang wujud tapi tidak seteruk yang dimomokkan.

Bermula dengan PkP pertama dan kini entah dah berapa kali pkp, pkpb, pkpp, menternak ayam dan ikan terus berlalu tanpa masalah besar. Dah banyak dah ayam dan telur yang telah dijadikan hidangan diatas meja. Mula terdetik untuk menambah induk ayam supaya telur ayam kampung boleh ditolak ke rakan yang berniaga dipasar, untuk dijadikan modal membeli makanan ayam berkualiti.

Walaupun lebih mudah membeli dipasar, tapi membela ayam sendiri, banyak memberi kelebihan.

Memanfaatkan waktu adalah kelebihan terbesar. Kini rutin harian paling kurang setengah jam pagi dan petang diperuntukkan untuk ternakan. Seronok melihat ternakan membesar didepan mata. Terhibur dapat mengutip telur-telur.

Selain daging dan telur, reban dan ayam mampu dijadikan mesin baja organik.

Rumput basah dan daun-daun kering keliling rumah selain dibakar dalam kebuk khas, sebahagian lagi diselerakkan ke dalam lantai reban.

Kelihatannya ayam ayam sangat suka memakan rumput selain mencari ulat atau serangga yang terkumpul bersama sampah-sampah tersebut. Ayam gembira, bau reban pula dapat dikurangkan.

Hasil yang tercerna kelak akan dikumpul dan dicampur dengan hasil bakaran sisa buangan taman dan kompos dari sisa organik bahan dapur untuk ditabur ditanaman pula.

Kini apa saja sisa makanan boleh dimanfaatkan ke dalam makanan ayam, tiada lagi yang terbuang ke dalam tong sampah. Dulu penulis serabut melihat jambu air yang banyak gugur, kini tidak terbazir lagi untuk diolah dalam makanan ayam.


Berbanding membela ayam, membela ikan lebih ringkas, cuma makanan tak boleh diberi sembarangan, terpaksa membeli yang telah siap.

Disebabkan kurang diberi perhatian nampaknya ikan penulis lambat membesar .

Berbekalkan semangat untuk menuai hasil untuk dijadikan hidangan pagi raya, penulis akan beri perhatian juga untuk ikan ikan..Kalau sebelum ni asyik lupa menabur dedak..kini perlu lebih berdisplin.


Rakan setaman yang memberi tumpuan membela ikan dah banyak kali menuai hasil. Sekilo 3, 4 ekor . Oklah tu membela hanya dikolam konkrit berkeluasan tak seberapa ditepi rumah.



Walaupun mungkin tak sempat untuk raya aidil fitri..rasanya ikan talapia dan puyu emas penulis sempat dituai untuk raya aidil adha...



Wah berjuadah ikan dan ayam kampung raya nanti..hehe

Tuesday, April 27, 2021

Kiosk Gunting Bas Mini...


Kiosk Gunting Bas Mini kini telah berada dilokasi baru, Bandar Country Homes Rawang.

Walaupun belum mendapat lesen PBT, rasanya berbaloi mengambil risiko memulakan operasi. Bas diletakkan di tanah persendirian dan kebenaran tuan tanah sudah diperolehi. Jika beroperasi tanpa lesen sekalipun, hanya saman boleh dikeluarkan oleh PBT tanpa boleh menyitanya.

Setelah hampir setahun tersadai, kiosk gunting dijangka boleh meneruskan khidmat seawal pertengahan Ramadhan ini.




Terpaksa menggunakan khidmat dua tow trak. Trak pertama tidak berjaya menurunkan dan menyusun bas dilokasi dikhendaki kerana tersangkut ramp laluan masuk.


Trak lain dipanggil untuk memudahkan kerja. Sekejap saja bas dapat diletakkan dilokasi dikhendaki.

Trak penunda diusahakan anak muda tempatan. Menunda bas merentas daerah dikenakan caj RM600 dan trak tambahan RM150. Caj sangat berpatutan.

Hari yang sama bekalan elektrik disambung dipremis yang dikongsi dari jiran gerai. AC juga dalam proses pemasangan...


Bas dimandikan untuk membersihkan segala lumut dan kotoran maklumlah hampir setahun tersadai.

Stiker tambahan akan ditampal untuk lebih berketerampilan.

Kiosk akan terus dibuka tanpa menunggu kanvas bumbung siap, setidaknya boleh menguji pasaran..

Berdasarkan maklum balas rambang, mereka juga tidak sabar untuk mencuba bergunting disitu.

Bismillahi ArRahman ArRahim

Sahaja aku memulakan khidmat gunting rambut dilokasi ini kerana Allah Taala..

Allahuakhbar.

Sunday, April 25, 2021

Pemarut Kelapa Mini...

Sebiji kelapa siap parut berharga sekitar Rm2.50., seunit pemarut kelapa elektrik berharga Rm170-250. 

Kelihatannya seperti tidak berbaloi membeli sekadar untuk kegunaan domestik. Belum lagi berpeluh mengupas buah kelapa. Lebih baik beli santan dikedai

Tapi pedulilah, pejam mata membeli alat pengukur kelapa.


Pemarut mini berharga Rm170., biarpun agak mahal, rasanya tidak rugi menyimpan peralatan ini. Bila- bila masa boleh digunakan untuk mendapatkan santan segar.

Di perkarangan rumah terdapat 3 pokok kelapa, 2 darinya tidak putus berbuah..Sepokok lagi sedang membesar. Jika tidak dikait, buah tua akan gugur dengan sendiri. Sayang, jika buah dibiarkan begitu saja.


Terdapat lebihan pahat dalam stor, maka diubah suai untuk dijadikan alat pengopek sabut kelapa.


Pengopek sekadar disandarkan dicelah dahan pokok, sabut kelapa kini mudah dikopek. Sebelum ini menggunakan pagar besi runcing.


Dibawah pokok ini saja terdapat 6 biji kelapa yang telah tumbuh sebab terbiar sesudah gugur.

 Dulu pernah rajin menggunakan blender untuk mendapatkan santan.

Kopek sabut-pecah kelapa-congkel isi-kupas bahagian keras dan blend.

Argh leceh..

Kini dengan adanya alat yang lengkap, proses berjaya diringkaskan.



Buah yang dipokok menunggu hari untuk gugur.

Dengan adanya peralatan yang lengkap, kini santan segar dihasilkan sendiri.


Tak perlu dikukur sehingga tempurung, isi berbaki boleh diberikan kepada ayam.

Semua bahagian kelapa bermanfaat, sabut yang terhasil akan dicampak dipangkal pokok.



Pokok mangga yang sekian lama mandul kini berbuah dan mangga menunggu masa untuk ranum.

Tak rugi berbudi pada tanah...

Jom jom berkebun...

Friday, April 9, 2021

Puncak 2 Ringgit, Bukit Sentosa Hulu Selangor

Hairan bagaimana puncak bukit ini mendapat nama mendorong kami beriadah di situ.

Destinasi diketahui melalui internet, berjarak 30km dari kediaman kami, tersenarai sebagai lokasi rekreasi menarik daerah Hulu Selangor.

Hulu Selangor, sesuai dengan kedudukannya ditanah tinggi , memang banyak puncak-puncak bukit yang boleh didaki.

Setelah memakir kenderaan disebelah kilang kaki bukit, mula mengorak langkah.


Pergh, mendaki landai sekitar 100m pertama, laluan berikutnya disajikan dengan dakian mendongak lebih 30 darjah...

Orang rumah angkat bendera putih, memang sebaiknya tidak memaksa diri meneruskan dakian jika itu lebih memudaratkan.

Lagipun jarak ke puncak lebihkurang 1.8km,  kalau dipaksa mendaki, masa akan banyak terbuang di sepanjang laluan. Biarlah dia beriadah dikaki bukit saja.

Maka kita pun meneruskan dakian bersendirian...Keputusan yang tepat, untuk ke puncak, dakian sentiasa mendongak.

Beberapa meter mendaki baju sudah dibasahi peluh...



Untuk yang biasa beriadah disini tiada masalah mendaki. Sepanjang pendakian bertemu beberapa pasangan.

Mengkarung..

Berselisih dan bersembang dengan pasangan wargaemas yang menjadikan dakian ini sebagai rutin harian/mingguan. Memang dahsyat..Kalau yang tak biasa, memang rasa nak putus urat nafas. Banyak angin terlepas semasa pendakian.


Tiba dititik tertinggi, tertera tulisan puncak RM 2...Tiada siapa yang dapat memberi jawapan tepat, bagaimana puncak ini mendapat nama. Ramai yang ditanya memberikan jawapan 'mungkin' dulunya pendaki dikenakan bayaran Rm2 untuk beriadah disini. Yea mungkin...


Banyak lagi rupanya hutan yang boleh dilihat dari tanah tinggi.

Untuk yang biasa, bukan sekali bahkan 4 pusingan mendaki sambil berlari seperti anak muda ini.

Kita mendaki dan menurun santai, tercapai juga misi beriadah di Puncak 2 Ringgit.

Seusai mendaki enak sungguh menikmati nasi lemak sepinggan penuh berlauk sambal sotong, telor rebus dan telor mata. 

Teh tarik satu lagi ! 

Tudiaa...Sambil beriadah sambil cari tempat sarapan baru...hehe

Jika tinggal berdekatan, tempat ini boleh dijadikan venue riadah tetap, tapi jika diberi pilihan, sekiranya ingin riadah mendaki, rasanya lebih syok beriadah di Puncak Templer, destinasi lebih hampir dengan suasana kesegaran hutan tulin. Lepas mendaki boleh berkubang dikolam air terjun.

Jeburr...!

Thursday, April 8, 2021

Tanam Cili Secara Fertigasi...

Pertanian adalah perniagaan. Sudah beberapa orang,  penulis temui yang melibatkan diri dalam pertanian, kebanyakkannya berpenampilan simple tapi memiliki kebun tanaman berpuluh ekar sehingga hasil dieksport keluar negara.

Semasa melawat rakan di Sg Besar baru ini, beliau juga mengusahakan tanam bendi..Pokok tak sempat membesar peraih telah datang untuk memborong hasil tanaman.


Kunjungan harini ke plot tanaman cili fertigasi rakan setaman. Ketika ini beliau menanam seribu pokok cili dalam polibeg.

Projek berikutnya menanam bendi dan terong diplot tanah kosong bersebelahan.

Penulis percaya beliau boleh pergi jauh melihat kepada kesungguhan dan pengetahuan yang dimiliki.

Beliau menjangkakan 5-7tan cili mampu dihasilkan semusim 6-9bln. Harga cili borong kebun adalah rm15 sekilo. Hasil tuaian sentiasa tidak mampu memenuhi permintaan pasaran.

Bertani skala separa/besar perlukan kesungguhan, jika tidak cuma dapat penat badan dan menghabiskan modal saja.


Untuk penulis, ini saja yang diusahakan hariini...hehe tanam singkong/ ubikayu 4 pokok.,disamping menajak rumput  pangkal tanaman lain.

Menanam lebih untuk berpeluh dan hasil untuk kegunaan sendiri memanfaatkan tanah kosong depan rumah.

Pokok-pokok yang ditanam pula adalah jenis mentenen rendah disamping mampu hidup bertahun lamanya...

 Pokok ubi pulut yang ditanam sebelum ini dah tak habis dimakan pucuknya., Daun tua yang dicelur air panas dicampur  untuk ayam makan. Nampaknya, daun-daun celur yang menjadi rebutan. 


Pokok cili 3 pokok yang dibeli dari rakan tadi, tak pasti berapa lama mampu bertahan. Rasanya tak mampu menjaga segigih  rakan diatas.


Melihat kepada limau kasturi dan limau purut yang subur dan lebat berbuah, naik semangat menambah koleksi pokok lemon jenis lain. Sepokok Rm18

Taik ayam percuma bercampur sisa dapur domestik dijadikan baja kompos, memang tak rugi   berbudi pada tanah...

Tuesday, April 6, 2021

Sehari di Sungai Besar, Selangor...

Semuanya bermula tanpa dirancang. Niat asal sekadar jjcm di Pt 9 Sekinchan. Hampir tiba, teringat rakan yang begitu lama tidak bersua. Adat berjumpa, dibawanya kita dimerata tempat. Maka hampir seharian masa dihabiskan di Sg Besar.






Suasana  diperkampungan sawah sangat mendamaikan..kini musim padi sedang menghijau...luas saujana mata memandang.


Di Sekinchan makan-makan di Restoran Lembah Bernam. Lokasinya boleh dikatakan ceruk..Kami tahu pun melalui internet. 

Adat menerjah tempat orang, rakan tadi tidak berkesempatan untuk turut serta kerana mempunyai program kemasyarakatan sempena menyambut bulan puasa.


Kini diceruk mana sekali pun tak mengapa, bila hidangan enak dan special, melalui kuasa viral pengunjung dari segenap pelusuk tempat sanggup bertandang.

Menu masakan adalah masakan ala kampung, ulaman, ikan atau daging-daging eksotik. Ayam kampung, landak, rusa, kijang, ikan baung, patin, sembilang, pekasam dll

Rupanya restoran ini diusahakan oleh  adik kepada pemilik Restoran Selera Rimba di Sg Panjang .. Patut pun menu lebih kurang sama.. Barangkali beliau mencontohi abang yang begitu menjadi mengusahakan masakan sebegitu. 

Hari biasa pun ramai apatah lagi dihujung minggu atau hari kelepasan am.

Kunjungan kami di Laman Tebu Parit 2 begitu unik sekali.


 Mulanya sekadar warong biasa tepi jalan menjual air tebu, apabila warong dihias dengan deretan tanaman tebu, kini pelbagai menu ditawarkan dengan kunjungan orang ramai yang tidak putus-putus.




Pasar Jerami, Ban Kenal adalah pasar minggu di tepi terusan yang menjual pelbagai jenis barangan dan juadah tempatan. Lokasinya yang berada dilaluan pintas SgBesar-Tg Malim sering sesak di hujung minggu.
Ban Kenal dipinjam dari perkataan orang putih 'Bund Canal' yang bermaksud terusan yang mempunyai tebing tinggi.

Ada juga yang kata Main Canal atau Terusan Utama.

Terusan dibina untuk pengairan sawah sejak zaman British lagi.

Syok berkunjung ditemani orang tempatan . Tempat-tempat menarik atau tempat-tempat makan enak yang belum tersohor boleh dikunjungi melalui jalan-jalan pintas. 


Udang lipan goreng celup tepong Jalan Lama Klang-Sg Besar, Sg Haji Dorani

Mee kari udang lipan..

Kami dibawa ke lokasi-lokasi baru.

Kilang beras dan pulut yang diusahakan oleh anak tempatan.



Melawat kilang amat rugi jika tidak membeli. Untung jika membela ayam dikawasan yang terdapat kilang padi..dedak beras ini berharga seringgit sekilo. 

Tak boleh merentas negeri maka elok memanfaatkan kunjungan ke destinasi baru senegeri tapi lain daerah.

Selepas ini sudah berkira-kira untuk ke kelong di Sabak Bernam pula... 

Jom jom jom...



CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK