click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Tuesday, April 6, 2021

Sehari di Sungai Besar, Selangor...

Semuanya bermula tanpa dirancang. Niat asal sekadar jjcm di Pt 9 Sekinchan. Hampir tiba, teringat rakan yang begitu lama tidak bersua. Adat berjumpa, dibawanya kita dimerata tempat. Maka hampir seharian masa dihabiskan di Sg Besar.






Suasana  diperkampungan sawah sangat mendamaikan..kini musim padi sedang menghijau...luas saujana mata memandang.


Di Sekinchan makan-makan di Restoran Lembah Bernam. Lokasinya boleh dikatakan ceruk..Kami tahu pun melalui internet. 

Adat menerjah tempat orang, rakan tadi tidak berkesempatan untuk turut serta kerana mempunyai program kemasyarakatan sempena menyambut bulan puasa.


Kini diceruk mana sekali pun tak mengapa, bila hidangan enak dan special, melalui kuasa viral pengunjung dari segenap pelusuk tempat sanggup bertandang.

Menu masakan adalah masakan ala kampung, ulaman, ikan atau daging-daging eksotik. Ayam kampung, landak, rusa, kijang, ikan baung, patin, sembilang, pekasam dll

Rupanya restoran ini diusahakan oleh  adik kepada pemilik Restoran Selera Rimba di Sg Panjang .. Patut pun menu lebih kurang sama.. Barangkali beliau mencontohi abang yang begitu menjadi mengusahakan masakan sebegitu. 

Hari biasa pun ramai apatah lagi dihujung minggu atau hari kelepasan am.

Kunjungan kami di Laman Tebu Parit 2 begitu unik sekali.


 Mulanya sekadar warong biasa tepi jalan menjual air tebu, apabila warong dihias dengan deretan tanaman tebu, kini pelbagai menu ditawarkan dengan kunjungan orang ramai yang tidak putus-putus.




Pasar Jerami, Ban Kenal adalah pasar minggu di tepi terusan yang menjual pelbagai jenis barangan dan juadah tempatan. Lokasinya yang berada dilaluan pintas SgBesar-Tg Malim sering sesak di hujung minggu.
Ban Kenal dipinjam dari perkataan orang putih 'Bund Canal' yang bermaksud terusan yang mempunyai tebing tinggi.

Ada juga yang kata Main Canal atau Terusan Utama.

Terusan dibina untuk pengairan sawah sejak zaman British lagi.

Syok berkunjung ditemani orang tempatan . Tempat-tempat menarik atau tempat-tempat makan enak yang belum tersohor boleh dikunjungi melalui jalan-jalan pintas. 


Udang lipan goreng celup tepong Jalan Lama Klang-Sg Besar, Sg Haji Dorani

Mee kari udang lipan..

Kami dibawa ke lokasi-lokasi baru.

Kilang beras dan pulut yang diusahakan oleh anak tempatan.



Melawat kilang amat rugi jika tidak membeli. Untung jika membela ayam dikawasan yang terdapat kilang padi..dedak beras ini berharga seringgit sekilo. 

Tak boleh merentas negeri maka elok memanfaatkan kunjungan ke destinasi baru senegeri tapi lain daerah.

Selepas ini sudah berkira-kira untuk ke kelong di Sabak Bernam pula... 

Jom jom jom...



3 comments:

  1. Replies
    1. Yea kemas tersusun..menjadi tempat org bergambar..itu pasal viral wak.

      Delete
  2. Subhanallah!
    Macam-macam tarikan di negeriku ini. Sayangnya belum berkesempatan untuk jelajah. Moga Covid-19 segera berlalu, dapatlah balik Malaya.

    ReplyDelete

CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK