click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text

Friday, May 31, 2024

Benih Betik..


Harini menyemai biji betik ..nak cuba menjadi atau tak, belajar ikut utube..



Banyak khasiat buah betik termasuk biji untuk penghidap gout..bijinya berkhasiat untuk buah pinggang yang sihat. Punca gaut disebabkan buah pinggang tidak mampu menapis uric asid  hasil  pencernaan makanan kaya purin oleh hati..lebihan uric asid ini  akan disimpan di sendi-sendi..Pengidap akan meraung bila persekitaran sendi membengkak, UA membentuk kristal dan menyucuk  tisu-tisu daging.

Semai betik belajar di Utube..sangat mudah...sekarang betik 8 ringgit sekilo...

Benih yang telah dibuang lendir diletak didalam bekas plastik beralas dan bertutup tisu basah..kemudian simpan di ruangan gelap.

Selain cili, betik, nenas dan pisang akan dijadikan tanaman selingan Puncak d'Rasa... setidaknya bila berbuah nanti adalah ole ole yang dibawa balik setiap kali ke kebun..




Cili kampong pemberian rakan kebun..Tunggu besar sedikit sebelum dipindahkan ke polibeg berasingan. Pokok cili akan ditanam di dalam tayar yang ditinggikan sepanjang laluan ke puncak  bersesekali dengan pokok nenas maupun betik..



Pokok betik juga akan di tanam di teres laluan kaki sebagai penanda ..sekarang ini tanpa penanda  mudah terlupa teres pejalan kaki setelah ditumbuhi semak...Penat buat teres secara manual, jika tidak dimanfaatkan sebaiknya., mulalah meredah, bukan dilaluan yang dibina sehingga  terperosok lubang dan tergolek..

 

Nenas pun sama..Pokok nenas yang ditanam dari jambul berpuluh- puluh ditanam di kebun tumpang. Sekarang ini selain betik, nenas menjadi buah pilihan sebab sangat mesra gout. Nak buang jambul sayang, jadi memanfaatkan segala pasu- pasu yang tidak dipakai untuk menanam jambul di ruangan kosong halaman rumah. Akan datang akan ditanam di kebun bukit pula. Kelebihan menanam pokok nenas dalam pasu, kuranglah  kerja-kerja merumput..

Apalagi..Jom jom manfaatkan ruang..

Thursday, May 30, 2024

Visor Tingkap Kembara

Semua aksesori Kembara yang dibeli online telah sampai...

Visor ok puashati, penghadang cahaya agak kureng..penghadang berjaring tersangat jarang tidak menepati matlamat untuk menghalang pemandangan dalam kabin.

Suis tingkap utama telah dipasang, namun hanya satu suis berfungsi...rasanya ada masalah pendawaian..

Sebelum dipasang visor ibarat kening botak..



Setelah dipasang ibarat kening beralis hitam lebat gitu..

Cermin tingkap boleh diturunkan ketika di parkir terbuka supaya suhu dikabin tidak seperti oven. 


Dengan adanya visor, tingkap CamperKembara masih boleh diturunkan walaupun hujan untuk pengudaraan di dalam kabin. Dengan bantuan kipas, udara segar luar boleh disedut masuk manakala  udara panas  kabin ditiup  oleh unit kipas lain keluar melalui tingkap yang lain pula. Tidur malam akan menjadi lebih selesa.


Apalagi jom jom bercamping..

Wednesday, May 29, 2024

Kembara Park Puncak d'Rasa..

Dimana ada kemahuan disitu ada jalan..bermula dengan angan- angan, fokus akan terarah terhadap apa yang diinginkan... 
Kalau dulu hampir setahun akses dibina secara manual untuk Kembara  mendaki sehingga ke kaki kebun, kini tiada sebab Kembara tidak boleh sampai ke puncak kebun. 

Seribu langkah bermula dengan langkah yang pertama, hariini memulakan pembinaan akses ke puncak. Dijangka tak lama untuk akses disiapkan. Berbanding akses terdahulu, akses ke puncak ini nampaknya lebih mudah, hanya melandaikan permukaan yang agak curam dan tidak rata..Dulu terpaksa menebang pokok hutan yang menghalang laluan selain topografi yang lebih curam. 


Walaupun sekejap sudah dapat dalam 4-5m. Biarpun berbukit, tanah sangat gembur, sekali hayun tenggelam kepala cangkul..


Kembara Park akan dibina dipertengahan puncak, tidak terlalu jauh dari pondok sediada. Hanya dataran CamperKembara selain bangku berpayung, tandas turut akan dibina..Kemudahan melepak hatta jika ingin bermalam sekalipun. Lampu solar akan disediakan.

 Tujuan pembinaan lebih kepada menyediakan tempat beristirehat orang rumah semasa menemani kita berkebun. Disini line telefon lebih jelas. Bersama orang rumah waktu ke kebun lebih fleksibel. Seawal mungkin  boleh bergerak ke kebun, jam 10 sewaktu matahari belum begitu terik sudah boleh balik. Kebun tak luas seminggu 2-3 jam berkerja sudah memadai..Jika ada kerja perlu diselesaikan segera boleh saja datang lagi bila- bila masa.

Bila dataran berada di pertengahan puncak tidak terlalu mengah untuk mendaki semula setelah berpenat dikaki bukit...Walaupun dipertengahan, pemandangan 270 darjah sudah cukup cantik.





Permukaan yang dicangkul dipadatkan dengan Kembara...Berfirasat akan lebih mudah untuk Kembara mendaki setelah permukaan akses ditabur dengan sisa bahan binaan terpakai..

Semangat..semangat..

Tuesday, May 28, 2024

Aksesori Tambahan Kembara




Misi melengkapkan keperluan CamperKembara diteruskan.

Pengalaman bermalam 2 kali terdahulu memberi petunjuk penambahbaikan.  Kembara setelah menjalani proses baikpulih intensif semakin mantap dan lebih konfiden untuk dibawa ke destinasi lebih jauh. Seiring dengan itu kelengkapan CamperKembara perlu dipertingkatkan untuk keselesaan bermalam.


Penghadang cahaya✅

Pembelian telah dibuat online. Ini adalah alternatif murah berbanding pemasangan tinted tingkap. Keseluruhan harga dlm Rm35 termasuk cermin hadapan dan belakang.. Walaupun tidak sesempurna tinted namun memadai untuk menghalang pemandangan menjolok mata didalam kabin seperti kelengkapan barangan  bercamping  apatah lagi ketika  berbaring  di parkir awam. 

Visor Tingkap✅

Kanvas sisi telah dibeli dan sangat praktikal dipasang di parkir persendirian atau terpencil namun tidak sesuai digunakan di parkir awam seperti di RnR. Visor adalah pilihan terbaik menggantikan kanvas sisi. Tingkap masih boleh diturunkan sedikit tanpa risau kabin basah ketika hujan. Pembukaan cermin tingkap penting untuk pengudaraan didalam kabin

Suis utama tingkap✅

Ini merupakan penggantian kali ke 2..Bahan OEM tiada jaminan kualiti, bergantung kepada nasib...pembelian terdahulu hanya bertahan beberapa bulan. Jika tingkap jem, tidak dapat pe gudaraan kabin walaupun dibantu dengan kipas melainkan menggunakan aircond.

Harga suis dalam RM35

Lampu utama depan❌

Masih boleh digunakan hanya kelihatan lusuh, namun bercadang menggantikannya untuk lebih berketerampilan..Harga sepasang dalam rm300

Lampu signal belakang❌

Sama dengan lampu utama harga sepasang dalam RM40.


Kunci pintu belakang ❌

Pintu tidak bertutup rapat..bunyi bergegar menyakitkan telinga...kunci pintu yang lain telah ditukar baru, cuma pintu belakang rosak terkemudian. 

Seunit Rm45


Kipas mini ✅

3 unit telah dibeli, namun 2 unit tersangat tidak berkualiti harga bawah Rm15 seunit, bateri tidak mampu bertahan lama..pembelian model terkemudian sangat menepati spesifikasi..bateri mampu bertahan melebihi 10 jam penggunaan berterusan. Waktu malam memadai menggunakan kipas dengan tingkap diturunkan sedikit untuk mengalirkan udara segar ke kabin. 

Seunit  kipas tambahan berharga Rm55. Sedikit mahal tapi berbaloi...

Pengikat tilam/Talipinggang Tilam✅

Pengikat berbentuk talipinggang dapat mengikat gulungan tilam supaya mudah diusung selain kemas  tidak menyepahkan kabin. Apabila barangan camping kemas tersusun tidak menyakitkan mata..

Seunit 1.8m RM2.50


Powerbank❌

Perlu sentiasa tersedia untuk kelengkapan tambahan.


Ada beberapa kebun rakan yang ingin dikunjungi..Dusun Durian Jelebu.N.Sembilan...Dusun Durian /Nangka Kerling, Selangor, Kebun Nangka Temerloh Pahang..Kebun Sawit Chaah Johor dan banyak lagi..


Jom jom bercamping..

Monday, May 27, 2024

Ole ole Kebun...

Orang memberi kita merasa, tak cukup luas tapak tangan, nyiru kita tadahkan.


Bertandang ke kebun rakan bila balik mendapat buah tangan. Bukan saja buah pisang dan buah longan Brazil/matoa, turut diberi sepasang anak pokok matoa, durian belanda, delima dan pokok mentega.

Pokok pokok ini akan ditanam di kebun bukit...masih banyak ruangan kosong yang boleh dimanfaatkan. Apabila ruangan dimanfaatkan semaksima, kerja membersih kawasan semakin minima.. Setelah kesemua pokok membesar nanti kebun akan menjadi lebih teduh, lahan akan kurang tumbuh rumput liar ...ketika itu tidak lagi risau dengan terik matahari, boleh saja berkerja tak kira masa selagi terdaya..












Pokok matoa berbuah sebesar pinang.. Dahan yang menjulang ke langit dicantas supaya lebih rendang.

Ketika ini dikebun penulis sudah sepokok ditanam dan membesar dengan baik, memang sedang mencari anak benih pokok tambahan. Dengan tambahan 2 pokok rasanya sudah memadai...

Begitu juga dengan pokok durian belanda, tambahan 2 pokok akan menjadikan keseluruhan nanti kepada 5 pokok...






Pertama kali menanam pokok delima begitu juga dengan pokok mentega, sebelum ini tak kenal pun pokok mentega..katanya rasa buah seperti mentega.

 
Jom jom berkebun...

Sunday, May 26, 2024

Jelajah Kebun Kg Orang Asli Sg Selisik...

Jelajah kebun memburu inspirasi diteruskan..Kaliini di pendalaman pinggiran Hutan Simpan Empangan Sg Tengi, Kg Orang Asli,  Sg Selisik Hulu Bernam...

Apa guna berhabis modal membuat camperKembara jika tidak dimanfaatkan.

Kita menyangka kebun kita sudah ceruk rupanya kebun rakan ini lebih  terpencil, terpisah dari penempatan awam orang asli sejauh lebih 1km...Dari jalan utama melebihi 5km. Dari perkampungan orang asli ke kebun hanya boleh diakses dengan kenderaan 4wd. Biarpun terpencil rakan bersendirian mengusahakan kebun berkeluasan 3 ekar dengan pelbagai tanaman dusun, kopi, koko, kolam ternakan dll. 



Menyangkakan hanya sebuah pondok kebun ternyata bukan..Rumah kebun serba lengkap bersaiz rumah kampung 24'x42' tak termasuk tambahan kanan kiri untuk menyimpan peralatan kebun..

Dalam kita melayan laluan offroad kebun sawit dan getah setibanya disajikan dengan dusun terjaga dengan suasana rumah kampung tradisi...terlupa yang kebun ini jauh terpencil.



Punca air dari hutan simpan kekal Empangan Sungai Tengi...




Bekalan air tersangat mewah..kolam ikan sentiasa mendapat bekalan air segar hutan simpan..

Bekalan elektrik dari generator dan tenaga solar..



 
Anjing sebagai teman setia mengawal pencerobohan haiwan liar..






Rumah kebun dilengkapi dengan tandas dan bilik mandi, namun kita memilih mandi di anak sungai, air segar dari hutan simpan.



Unggun api dinyalakan untuk mengasap persekitaran, menghalau serangga kalkatu juga nyamuk...



Kedudukan rumah kebun ditengah tengah kehijauan hutan simpan dan tanaman kebun..




Walaupun boleh saja menginap di rumah kebun tapi kita memilih bermalam di dalam Kembara. Ingin menguji kelengkapan kabin tidur. Sebagaimana camping yang pertama, ujian bermalam ke 2 ini  juga diiringi dengan hujan lebat, jadi tiada masalah kepanasan tidur di kabin..Kanvas sisi berfungsi dengan baik, tiada kebocoran walaupun membiarkan  pintu sedikit terbuka untuk udara segar masuk. Kipas bateri juga bertahan sehingga pagi..

Walaupun keseluruhan sangat berpuashati masih ada ruang penambahbaikan supaya lebih selesa dalam apa jua cuaca...

Friday, May 24, 2024

AC Kembara...

 


Sistem AC perlu mantap untuk dapatkan hasil mantap. Kompresor baru tukar, AC ok sejuk bila kenderaan bergerak, jika berhenti atau bergerak perlahan terutamanya  ketika jem rasa kurang sejuk..mesti ada yang tak kena. 

Harini membuat servis AC, kalau dibiarkan begini nanti kompressor  terbeban untuk mengekalkan kesejukan kabin...sepatutnya boleh berehat dengan adanya sistem cut off apabila suhu kabin telah mencapai kesejukan tertentu...





Sejak Kembara dibeli tak pernah membuat servis AC major, pemilik terdahulu pun rasanya sudah lama tidak membuat servis berdasarkan keadaan enjin Kembara. Kondensor perlu dibersihkan, sistem piping perlu di buat flushing, keluarkan kekotoran di dalam paip yang menghalang kelancaran pergerakan cecair penyejuk.

Bila keseluruhan kenderaan mantap akan semakin syok bawak Kembara..Enjin sudah tidak lagi  mengaum kasar, sedap didengar  telinga., yakin menempuh jem tak khuatir suhu meningkat mendadak...AC pula sejuk beku fuh...

Bawak berjalan jauh ada sikit konfiden. Hujung minggu ini ingin bercamping di kolam ikan kebun rakan, Behrang..

Kos servis termasuk menukar belt AC RM210

Kembara... biar pun tua semakin klasik... ko tetap dihati...

Tuesday, May 21, 2024

Kembara Park..Puncak d'Rasa

Sisa bahan binaan...Sampah bagi orang, emas bagi kita...


Misi Kembara menawan puncak kebun diteruskan. Sekarang Kembara hanya mampu ke pondok di kaki puncak, tak jauh lagi, sekitar 60-70m mendaki . Dulu pondok dibuat di kaki bukit sebab tak sanggup memikul bahan binaan ke atas. Ada perancangan untuk membina pondok lagi dipuncak tapi nampak gaya dibatalkan, tak maulah berhabis modal untuk sesuatu yang tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya., datang kebun hanya sekali dalam seminggu itu pun hanya beberapa jam. 


Jika hanya untuk berehat beberapa jam atau bermalam sekalipun, cukup menyediakan akses dan tapak camperKembara bersama khemah sisi pasang siap. Di puncak pemandangan 270 darjah sangat superb... Pemandangan banjaran titiwangsa, puncak Genting Highland, sementara di sudut lain pemandangan kehijauan belukar atau kebun-kebun berjiran dan ladang kolam ikan di tepian Sungai Selangor. Pagi boleh melihat matahari terbit di sebalik Banjaran Titiwangsa..Ketika hujan malam, pagi berkabus karpet. Di puncak bukit liputan telefon pula lebih jelas.

Tayar terpakai digunakan sebagai tembok penahan tebing akses. Mengoptimumkn penggunan ruang, ruangan tayar  akan ditanam dengan pokok nenas, cili dsb..

Semua kerja dibuat secara manual, tiada tempoh masa ditetapkan...permukaan mendaki akses akan ditabur dengan sisa bahan binaan .

Kita kayuh pelan pelan yang penting... kekal semangat..

Jom jom berkebun..

Friday, May 17, 2024

Betik Thailand ..


Melawat kebun rakan kita meminta benih cili kampung, dalam masa sama ditawarkan benih betik. Bab menyemai memang agak fobia, sebab jarang yang menjadi.. Rakan nak beri benih yang sudah bercambah...Ini sudah cukup bagus.. Dia main cabut begitu saja...katanya keesokan hari baru tanam dalam polibeg pun tak mengapa..


Pagi ni dah dipindahkan ke polibeg, 9 pokok kesemuanya...sebahagian besar akan di tanam di kebun bukit yang lain di kebun tumpang.

Sementara menunggu tanaman utama berhasil ada lah yang dibawak balik setiap kali ke kebun..Tak terasa membuang masa sangat pergi kebun sekadar untuk membersih kawasan untuk tempoh yang lama...Antara jajaran pokok utama boleh diselingkan dengan pokok jangkamasa pendek seperti betik dan pisang. Buat sementara ini selagi pagar tak setel   tak boleh menamam pokok selingan dengan banyak. Pagar dibuat sesudah  pokok besar   mati dan tumbang dengan menakik kulit...Kita nak tebang tak berani...Berpagar tapi pokok besar keliling sempadan dibiarkan, monyet boleh melompat dengan mudah.


Ada rezeki  berbuah nanti dan boleh menikmati hasil. Harapnya sementara ini tidak diserang penyakit dan haiwan liar...


Jom jom berkebun...

Thursday, May 16, 2024

Tuai Pisang Tanduk...


Nak dibanding dengan pisang yang berjaga memang out. Pokok pisang ini dijaga lebih kurang sebab itu hasil tak secantik yang dibelai dengan penuh kasih sayang. Walaupun demikian tetap mengeluarkan hasil. Setandan 10 biji sebesar lengan budak awal remaja, jadi takda sebab kita tak mau memanfaatkan ruangan kosong persekitaran rumah..

Akhir- akhir ini saja  berazam untuk diberi baja sebulan sekali...Sayang setelah berpenat menanam pokok dibiarkan begitu saja..Melihat daun kembali menghijau seolah dapat suntikan semangat. 

Perkongsian di media sosial setandan pisang tanduk boleh mencecah 30 kilo, sebiji sebesar lengan orang dewasa. Tapi melihat kepada usaha yang dibuat selayaknya buah mereka besar..pokok berbaja, daun bersembur racun kulat, serangga dan foliar. Sistem pengairan sempurna.


Kita taklah dapat tiru seratus peratus dapat sebahagian pun cukup lah..


Jom jom berbudi dengan tanah..



Monday, May 13, 2024

Teroka ..Tanam.. Tinggal..Tuai 4T..

Bermula dengan 2 lot tanah terbiar, sekarang dah hampir 3 lot kita teroka. Kalau satu lot berkeluasan 6000kps sudah hampir  suku ekar kita teroka. Tanam dengan pokok pisang dan tanaman lain yang mudah dijaga. Walaupun tak semuanya subur..kira bolehlah.. 4T..Teroka Tanam  Tinggal dan Tuai.. 

Anak pokok pisang jika dibiarkan, mengganggu tumbesaran induk, nak dicantas sayang, maka kita buka rumpun baru, itu yang melarat ke lot baru.. Lot kosong depan rumah tuan tanah tak dapat dikesan, mana yang tak diusahakan terbiar semak dan dapat notis saman PBT, tanah yang diusahakan selamatlah...Harap tuan tanah menghalalkan hasil yang diperolehi..

Bila bertanam persekitaran kenalah dibersihkan .. tak susah, tak habis pun satu tangki minyak mesin rumput, potong sekali lalu supaya rumput tidak terlalu tinggi...nampaklah terbela. 

Mana yang air bertakong digali parit tanah...Tak mampu disiapkan sekali, ulang berkali kali..Buat ketika semangat datang..Masa lemau ok saja terbiar..Takda penetapan masa..



Pokok pisang ni dulu nyaris mati sebab sekeliling berair..sekarang serumpun dah dituai hasil dan sepokok lagi sedang menunggu matang...harini memindahkan lagi 2 anak pokok...

Jiran sebelah kanan dulu kita minta izin untuk tanam pisang, ermm... dia keberatan..sekarang menawarkan semula untuk kita usahakan bila tak sanggup asyik membersih dan meracun... Argh tak maulah..


Bila tanah tanpa tanaman memang terasa berat membersih berbanding tanah bertanam sebab otak kita teruja membersih sambil melihat pokok- pokok yang membesar..Lagipun ruangan yang perlu dibersihkan semakin kecil hanya antara tanaman. Rumput pun tidak begitu cepat meninggi.




Bila benih yang disemai tumbuh, semangat yang malap kembali segar..lupa segala kepenatan...6 pokok avocado dari 17 benih yang disemai berperingkat kini telah tumbuh...Di kebun bukit sudah ada 7 pokok. Misi menanam 30 pokok avocado  makin hampir menjadi kenyataan...

Siput jangan berani kacau pucuk...Siap kau..




Saturday, May 11, 2024

Pencuri Ketupat Tumpas....

Tewas. Selincah-lincah tikus mondok akhirnya terlekat jua..

Ini betul betul misteri..ketupat yang disediakan untuk menyambut tetamu, setalam lesap keesokan pagi berbaki satu saja. Banyak...lebih 20 biji juga. Hairan bagaimana tikus ini boleh mengusung satu persatu. Terbayang tikus mengusung seperti dalam filem animasi Tom & Jerry..Ketupat yang dilarikan secara tak sengaja ditemui di bilik pakaian pada petang hari. 


 
Dulu masa membela ayam tak heran memerangkap tikus yang banyak lagi gemuk..Malam hari mereka menyelinap di dalam tong makanan.

Pasang pelekat getah kekadang sehingga berbelas terperangkap. 

Awalnya tak tau nak buat macamana dengan hasil tangkapan..,jika dibiar begitu memang panjang umur. Tips mudah jemur dibawah terik matahari..ermm sekejap saja berpisah roh dari badan...



 

Friday, May 10, 2024

Ciku Mega...



Alhamdulillah, pokok ciku mega berjaya dibiakkan. Walaupun tot kali ini agak lama, kerana tidak menyapu penggalak akar pada pangkal yang di tot, akhirnya batang  mengeluarkan akar juga..cuma 2  dari 5 batang tidak mengeluarkan akar sempurna, baru mula berakar berbanding 3 lagi akar telah banyak...beranggapan akar tergumpal didalam tanah, kita potong kesemua batang, masa dipindahkan ke polibeg baru perasan akar  tersangat baru..harapnya hiduplah..

Tak hidup pun ok, ada banyak dahan lagi yag boleh di tot..penggalak akar pun dah beli.

Pokok indok di tepi rumah telah berbuah, ditanam sejak pkp lagi, dibeli secara atas talian, harga tak silap dlm rm35 sepokok tak termasuk pos. Daripada rimbunan pokok dicantas begitu saha lebih baik di tot untuk dipindahkan ke kebun bukit..Banyak penjimatan.

Di kebun bukit, sepetak kawasan boleh memuatkan 15-20  pokok ciku..Sepokok yang telah ditanam, sekarang sudah berputik...

Kita tanam saja dulu..Apa nak dibuat dengan buah-buah nanti kita fikirkan kemudian..



Monday, May 6, 2024

Cameron Highland Mei24

Bila kaki mulai pulih, mula lah gatal  merayap..lebih seminggu bergolek jalan bertongkat kerana gout diikuti dengan sakit sendi tendonitis.  Makan berpantang menunjukkan hasil positif. Tak pasti tujuan asal, sesudah memasuki tol plaza baru ambil keputusan ke  CH. Beg pakaian memang sentiasa tersedia di kenderaan.

Datang hari biasa Khamis, CH tak sesak..Jumaat terdapat pertambahan pengunjung dari negeri cuti Jumaat , tapi tidak sesesak Sabtu Ahad..Sewa bilik hotel masih mesra poket  dalam lingkungan Rm100+- . 

 

Skyfarm Agro Highlands.



Kesempatan ke CH membeli stok makanan dan buahan mesra gout. Strawberi bagus, keledek, jagong, timun pun mesra gout.

Tak banyak pilihan untuk orang berpantang. Hanya memilih makanan semula jadi, tiada makanan proses maupun Gorengan dan tanpa Gula







CH destinasi berbaloi untuk dikunjungi, suasana dingin dan nyaman. Kalau aspek kekemasan dan kebersihan ditingkatkan lagi nescaya CH menjadi permata destinasi pelancongan tempatan.

Permerhatian mendapati  masjid masjid di CH sudah sampai masa dinaik taraf..luaran kelihatan uzur, baik  Masjid Brinchang, Tanah Rata maupun Ringlet...

Datang melalui hiway PLUS exit Tapah balik melalui Sg Koyan -Raub- Bukit Fraser-Rawang...

Next kita meronda jauh lagi...


CUTI CUTI

Korea - December 29, 2010 Slideshow: Nor’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Seoul, South Korea was created by TripAdvisor. See another Seoul slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.

Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM TENGOK